Friday, February 03, 2012

Kalau Main Bola Boleh Dapat RM2 Juta, Sudah Lama Saya Bersungguh-Sungguh Dulu!

Sebenarnya, kita tak boleh mendabik dada mengatakan negara kita lebih maju dan kaya ekonomi dari Indonesia kerana mempunyai KLCC. Walaupun Indonesia tidak mempunyai bangunan pencakar langit, tapi saya percaya di sebalik kelesuan ekonomi jiran seberang ini, terdapat beberapa kemakmuran yang kita sukar untuk tandingi.

Lihat sajalah contoh Safee Sali yang mengikat kontrak RM2 juta. Bukan sahaja dibayar gaji tinggi bahkan disediakan pemandu peribadi, rumah dan paling penting, cukainya dibayar kelab. Kelab Arsenal pun tidak menawarkan kemudahan tidak masuk akal sebegini. Pelita Jaya juga bukanlah sebuah kelab yang berada di golongan kelab elit Liga Indonesia, jadi bagaimana mereka mampu membayar setinggi ini?

Itu antara persoalan yang berlegar di kepala saya dan mungkin juga berlegar di kepala orang kuat FAM. Apakah resepi yang membuatkan liga Indonesia ini menjadi tarikan. Saban musim pasti akan ada pengunjung walau seburuk mana prestasi pasukan tersebut. Fanatik mungkin menjadi jawapannya. Sesetengah orang mungkin akan berkata, mereka tiada hiburan lain selain daripada berkunjung ke stadium menikmati bolasepak. 

Itu juga mungkin boleh menjadi antara faktor. Dibandingkan di sini, kita terlalu banyak pilihan untuk berhibur menjelang waktu malam. Di sebalik agihan hasil bumi yang tidak sama rata di seberang sana, tersirat satu hikmah juga. Kapitalis mungkin ancaman terbesar di sana tetapi apabila pemain bolasepak mampu meraih pendapatan lumayan, apalah nak dihiraukan lagi.


 Jutawan tanpa perlu membayar cukai


Bukan ingin menyanjung sistem yang digunapakai di Indonesia. Saya cuma berasakan kita terlalu bermegah dengan kemajuan negara kita sehingga melupakan perkara yang sedikit. Safee Sali mungkin tidak pernah bermimpi bergelar jutawan di negara orang apatah lagi di negara yang kita sering caci miskin dari segala segi. Nah, sekarang kita sebagai ibubapa ternganga di rumah kerana tidak mampu menjadikan anak kita seorang pemain bolasepak yang hebat seperti beliau.


Notakaki - Maafkan saya kerana merepek.


 Truth might hurts

No comments:

 
Google Analytics Alternative