Tuesday, July 24, 2012

Lorong Pak Mat


Di sebelah rumah Pak Mat ada sebuah lorong. Memang di kebanyakan rumah teres, di pertengahan deretan rumah akan ada lorong di bahagian tengah. Biasanya lorong ini tidaklah berapa besar. Kadang-kadang boleh lalu sebuah kereta saja. Ada juga lorong yang kadang-kadang kalau diadjust, boleh muat dua buah kereta lalu kalau berselisih.

Alkisahnya Pak Mat ni mempunyai beberapa buah kereta di rumahnya. Disebabkan ruang parkir yang tidak berapa nak ada di laman rumahnya dek kerana beliau merenovate rumahnya sebulan lalu, beliau memutuskan untuk menggunakan lorong sebelah sebagai tempat parkir. Bukan satu, kadang-kadang Pak Mat meletakkan sampai 3 bijik kereta di lorong itu. Mungkin rezeki beliau dan anak-anak. 

Apa yang menjadi masalah Pak Mat ialah keadaan di lorong sebelah tersebut begitu gelap. Dek kerana risaukan keselamatan kereta-keretanya yang diparkir di luar tu, Pak Mat telah melakukan sedikit wiring dan meletakkan sebiji lampu kalimantang di luar rumahnya yang mana dapat menerangi keadaan di lorong gelap tersebut. Itulah Pak Mat yang sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan harta bendanya terjaga dan terpelihara.

Pada suatu hari (macam cerita sang kancil pulak), ada sebuah kereta Mercedes diletakkan di lorong tersebut. Pada mulanya, Pak Mat tidak berapa kisah sangat kerana memang kadangkala ada orang lain ambil parkir tempat Pak Mat tu walaupun Pak Mat tidak pernah 'membeli' tapak secara kasarnya. Namun, masuk pukul 9 malam, Pak Mat mula angin.

"Aku malas nak bukak lampu kalimantang luar rumah ni..", luah Pak Mat kepada isterinya. 

"Kamu tengokla tu, ada Mercedes kat luar nun dah ambik parking kita..!", sambung Pak Mat lagi. 

"Ala abang, bukak aje le lampu luar tu. Kasi terang sikit luar tu. Bukan rumah orang lain pun. Rumah kita jugak. Setakat sebuah kereta tu aje, biarkan aje ler...", balas isteri Pak Mat.

"Ah, maleh aku. Biorkan aje kereta tu bergelap. Dia kan kaya, lantakla kalau kereta dia kena pecah pun. Dahla amik parking kita!", gertak Pak Mat tak mahu mengalah.

Sebulan kemudian, kereta Pak Mat dipecah masuk walaupun ada lampu kalimantang terang benderang di luar rumahnya.

Sekian.


Bukan lorong sebenar

No comments:

 
Google Analytics Alternative