Tuesday, December 04, 2012

Menjadi Pemimpin


Menjadi pemimpin itu bukan satu tugas mudah. Terlalu banyak dan amanah yang kita akan pikul. Apabila gagal, setiap satu daripadanya akan dipersoalkan kelak di padang mahsyar hatta menjadi ketua kelas sekalipun. Sepatutnya, orang yang mencari kita untuk menjadikan kita sebagai pemimpin. Jika kita yang beria-ia untuk menjadi pemimpin, dari situ kita sudah boleh nilai akhlak mereka yang beria-ia benar untuk menjadi pemimpin.

Aku masih ingat lagi di zaman sekolah dahulu di mana, ada beberapa sekumpulan rakan-rakan aku yang beria-ia benar untuk bergelar Majlis Pemimpin Pelajar (MPP). Ada di antaranya sanggup berkawan dengan MPP tingkatan 5 semata-mata mahu mendapatkan tiket mudah menjadi MPP. Dalam bahasa pasarnya, orang kata kuat kipaslah. Aku hairan dengan orang sebegini. Apa yang berada di benak fikiran mereka. Jika dengan meng'ipas' boleh memberikan jawatan sedemikian, apakah mereka mampu untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang bakal digalas?

Aku bukan rasa cemburu dengan kebolehan mereka yang mampu memperolehi jawatan-jawatan seperti MPP ini dengan cara sedemikian. Cuma, aku rasa tiada istimewa lagi jawatan pemimpin jika ia hanya diberikan kepada mereka yang hanya berkawan baik dengan MPP tingkatan 5. Bagi aku, biarlah jawatan itu diperolehi secara terhormat dan di atas kerja keras mereka sendiri. Biarlah manusia yang menilaikan diri kita, bukannya kita terhegeh-hegeh gilakan jawatan.

Contohnya, aku. Izinkan aku riak sedikit. Aku telah terpilih menganggotai badan yang menjaga merit pelajar di mana ia perlu dianggotai oleh pelajar-pelajar yang telus dan amanah. Pada mulanya aku menolak kerana sedar dengan tanggungjawab besar tersebut, mana tahu aku terkhilaf nanti dan disoal di akhirat kelak. Namun, guru yang menyelia badan merit tersebut tetap mahukan aku menganggotainya dan aku dengan berat hati pun menerima tanggungjawab yang amat besar itu. 

Jadi, nasihat aku kepada pemuda pemudi zaman sekarang, berhentilah menjadi kaki ampu dan bodek. Jadilah diri sendiri dan bekerja keraslah untuk menggalas amanah orang. Jika ditawarkan pemimpin, pastikan anda mampu menggalasnya dengan rasa tanggungjawab dan amanah kerana jika tersalah sedikit pun, ia akan dinilai oleh Allah kelak. Sekian lintas langsung daripada Perhimpunan Agung Umno.

4 comments:

mmsyah said...

nak nanges baca~ sob3

eJAI said...

alamak, presiden baca la pulak..adoiii..mampoih

Anonymous said...

as salam.

"..Menjadi pemimpin itu bukan satu tugas mudah. Terlalu banyak dan amanah yang kita akan pikul"

saya sangat bersetuju dengan intro entri saudara. contoh paling klasik, menjadi pemimpin kepada diri sendiri. rasanye belum tentu dapat dikoordinasi dengan baik dan saksama bersama amanah pinjaman dari Allah berupa pancaindera, anggota badan dsbg. kadang2 tu terkhilaf jugak kita sebagai manusia.

cumanya yang adil, saksama dan sempurna itu sifat Allah kita hanya boleh mencuba dengan sebaik mungkin.

apatah lagi sebagai pemimpin yang menerajui saf pimpinan.

-silent reader-

p/s : tapi kalau soal najis mughalazah pun tak terjawab payah juga ye?

eJAI said...

hehhe...terima kasih atas pandangan saudara. bab najis mughalazah tu saya setuju, payah juga..haha

 
Google Analytics Alternative