Aku kira tahun 2015 adalah tahun yang agak menarik buat aku. Kerana aku berpeluang melakukan perkara-perkara ini :
1. Bekerja sambil berjalan di Vietnam
Berada di Vietnam tidak ubah seperti kita berada di Shanghai. Segalanya nampak sama kerana rupa mereka barangkali. Tidak juga. Budaya, persekitaran dan landskap mereka juga hampir sama. Sebagaimana yang pernah aku post sebelum ini, dua 'K' wajib dicari iaitu kopi dan kain. Jika ada wang lebih, pergilah borong kain di sini buat stok meniaga atau jual kat member-member.
2. Bertukar angin
Sebaik sahaja masuk bulan Ogos tahun lepas, aku sudah pun bertukar angin ke syarikat baru. Aku harap ini batu loncatan untuk aku mencapai tahap yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Untuk ulasan beremosi, eloklah rujuk di sini.
3. Ikatan
Alhamdulillah, setelah sekian lama berkenalan sejak 2004 aku kira, akhirnya aku dapat mengikat tali pertunangan pada 29 November 2015 lalu. Asalnya ziarah biasa, akhirnya menjadi majlis pertunangan. Alhamdulillah kerana Allah permudahkannya. Insyaallah jika ada kelapangan aku akan menulis mengenai ini.
Sekian untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment