Kita nampaknya sudah semakin sampai pada zaman di mana kuasa wang adalah yang teratas. Bukan kecintaan, bukan tanggungjawab, bukan jatidiri, bukan semangat. Kesemuanya adalah kuasa wang.
Setelah
bolasepak luar diperdagangkan sebagaimana kapitalis mahukan, kita juga
nampaknya sudah terikut dengan agenda ini. Benarlah, dalam sesebuah
negara, hanya akan ada beberapa individu sahaja yang kaya-raya
terlampau. Si miskin akan melutut dan 'menyembah' kepada si kaya ini meminta
simpati dan bantuan kewangan demi menyelamatkan mereka. Bukankah negara
ini mempunyai sumber galian dan khazanah yang tidak terhingga, mana
perginya kekayaan sama rata yang dilaung-laungkan di dalam Dasar Ekonomi
Baru dahulu.
Ini soalan
yang sepatutnya ditanyakan kepada pemimpin selaku pembagi-bagi khazanah
negara. Mengapa jadi begini? Mengapa segelintir yang kaya? Yang miskin
pula dituduh malas, asyik komplen sana-sini, tidak mahu berusaha.
Inilah zamannya. Zaman itu telah tiba.
No comments:
Post a Comment