Tidak dinafikan strategi politik Najib adalah antara yang paling
bijak dan sukar ditandingi (buat masa ini) antara menteri-menteri UMNO
yang pernah wujud. Ibarat kucing yang mempunyai 9 nyawa, begitulah juga
sang Najib.
Ketika ini, benarlah kita merindui sosok dan figura
tokoh hebat yang sering dicaci maki orang mengaku Melayu iaitu Anwar
Ibrahim. Dengan memastikan Anwar kekal di penjara, Najib dapat
meneruskan kelangsungan hayat politiknya.
Bagaimana pengakhiran
Najib? Kita semua pun tidak punyai idea samada ia bakal berakhir dengan
baik buat beliau atau berakhir dengan kemenangan buat rakyat yang
dambakan keadilan dan anti korupsi.
Cuma yang pasti, ia pasti akan tertulis dalam 'buku sejarah rakyat'
tentang dari permulaan proses bagaimana Najib menjadi seperti hari ini
sehingga bagaimana pengakhirannya.
Buat Apandi Ali, tahniah kerana melaksanakan tugas anda dengan baik jika ia benar. Jika sebaliknya, maka, tidak perlulah anda diperingatkan tentang adanya syurga dan neraka.
Buat Apandi Ali, tahniah kerana melaksanakan tugas anda dengan baik jika ia benar. Jika sebaliknya, maka, tidak perlulah anda diperingatkan tentang adanya syurga dan neraka.
27 Januari 2016 : 12:12AM
No comments:
Post a Comment