Tuesday, February 16, 2016

United Banglas National Organization


TPM kelmarin mencabar belia supaya mengisi kekosongan jawatan di dalam bidang 3D (Dirty, Dangerous, Difficult). Aku kira, ini bukanlah ucapan yang patut keluar daripada seorang menteri yang bijak. Namun, memandangkan ia keluar daripada mulut Zahid Hamidi, aku rasa, aku harus menerimanya.

Menteri sepatutnya keluar solusi yang lebih bijak dan menguntungkan warganegara sendiri. Bukannya dengan jalan pintas mengambil tambahan 1.5 juta pekerja asing. Kemudiannya, mencabar belia itu ini. Adakah ini rupa menteri yang kita anggapkan mampu memimpin rakyat dengan membentangkan pelan jangka panjang menyelesaikan masalah kekosongan bidang yang dinyatakan? Adakah ini menteri yang engkau undi? Adakah kita tergolong dengan golongan menteri bebal ini?

Kedatangan pekerja asing zaman ini tidak ubah seperti bagaimana British membawa masuk imigran luar suatu ketika dahulu untuk mengisi sektor perladangan dan perlombongan. Dan, pada akhirnya kita menerima kesemua mereka walaupun pada hari ini, terdapat orang-orang yang masih bising menuduh kaum Cina dan India sebagai pendatang. Ini semua adalah dejavu terhadap apa yang pemerintah kolonial lakukan kepada kita suatu masa dahulu yang diulang semula oleh pemimpin Melayu yang mengetuai kerajaan hari ini. Tidak mustahil, 20 tahun atau mungkin 10 tahun dari sekarang, kita pula akan bising-bising memanggil Bangladesh sebagai pendatang walaupun ketika itu, mungkin sudah ada Parti Gerakan Bangladesh, Pertubuhan Kebangsaan Bangladesh Bersatu (UBNO) dan lain-lain.

Impaknya bukan sahaja sektor yang Zahid Hamidi kata kononnya, anak muda tidak mahu kerja, tetapi ia lebih besar meliputi aspek sosio-ekonomi, pembudayaan masyarakat, tumbesaran populasi, aliran tunai keluar masuk dan lain-lain yang Zahid Hamidi malas nak fikir. Mungkin bukan malas tetapi ini cara pintas untuk persediaan PRU14. Agaknyalah.


1 comment:

yusuf mujahidin ™ said...

kahkahkah..

ko fikir sama mcm aku fikir bro.
sedih rasa bila baca kenyataan menteri2 bebal..

 
Google Analytics Alternative