Salah satu faktor yang mampu memacu seseorang dalam menghadapi
kehidupan tanpa membuatkan orang berasa janggal dengan tingkah laku anda
adalah dengan mempunyai ilmu.
Bercakap tentang perlunya
mempunyai ilmu adalah perlu dilihat dari segi konteks cara dapatan ia.
Ilmu memang mudah diperoleh tetapi harus dilihat sumber pemerolehannya
yakni lebih baik datangnya daripada universiti atau kolej tak kiralah
peringkat apa sekalipun.
Kita
boleh kata bahawa orang yang mempunyai SPM juga boleh berjaya. Tetapi,
kita perlu melihat bagaimana ia berasimilasi dengan masyarakat
sekeliling.
Maka, biarlah aku berterus terang. Kita tahu bahawa
Dato Alif Syukri atau Dato Vida (sekadar menyebut beberapa nama)
menceburkan diri dalam perniagaan semasa zaman sekolah di mana peringkat
terakhir pembelajaran mereka adalah SPM. Dan ada yang kata, Dato Vida
ada doktor falsafah yang mana ia belum dibuktikan lagi. Ya, mereka
berjaya tetapi adakah mereka berjaya berasimilasi dengan masyarakat? Ya,
mereka memang pandai bergaul dan boleh menjalankan perniagaan tetapi
mengapa mereka sering membuat kelakuan pelik, jelik dan janggal di mata
masyarakat?
Inilah pentingnya ilmu yang kau dapat di kolej atau
universiti. Ia bukan sekadar mengajar kau apa yang kau perlu tahu untuk
belajar. Bahkan, ia mengajar kau cara berinteraksi dengan berkesan,
"adapt" dengan orang sekeliling, membuka minda dalam banyak perkara dan
lebih penting, menjadikan kau profesional.
Bukan tidak ada orang
berkelulusan SPM yang mempunyai tingkahlaku elok dan normal tetapi ia
sangat jarang dan jika ada, tidak menonjol.
Perlu difaham bahawa
posting ini bukan mengecam mereka yang hanya mempunyai SPM, sebaliknya
hanya satu proses penceritaan tentang perlu dan pentingnya ilmu selepas
zaman SPM kau. Kerana ilmu selepas SPM atau setelah kau memulakan kerja
akan menjadi bermakna sebaik kau menyedari hakikat bahawa pentingnya
segala proses pembelajaran yang kau perolehi dahulu.
Nota
pesanan - Tidak salah jika jutawan-jutawan populis ini mengambil sedikit
masa dan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat
universiti/kolej walau sudah mendapatkan segala kemewahan yang diidamkan
kini. Kesimpulannya, ilmu adalah harta paling bernilai.
No comments:
Post a Comment