Maka berbondonglah page-page FB seperti Tentera Troll Kebangsaan Malaysia dan Jkkk Fan Club memainkan semula video reformasi tahun 1998.
Satu hakikat yang mereka tidak faham dan gagal faham adalah konsep
perjuangan dalam politik itu sendiri. Rakyat yang faham pada reformasi
1998 lepas tidak berjuang hanya kerana sosok bernama Anwar Ibrahim.
Tetapi, rakyat berjuang kerana menentang ketidakadilan, kezaliman dan
korupsi dalam kerajaan ketika itu. Bukan kerana taksub pada
pemimpin. Anwar Ibrahim hanyalah perantara dan asbab kepada kebangkitan
perjuangan rakyat era itu. Sama seperti era sekarang, rakyat yang bijak
bukan mengikut perjuangan politik individu tertentu sebaliknya rakyat
mengikut perjuangan menentang kegagalan sistem dan salahguna kuasa.
Maka, jika mereka memperjuangkan nasib Anwar ketika itu, merekalah
insan yang kecewa ketika ini apabila mendapat tahu berita Mahathir
menyertai pembangkang.
Dan jika ada kisah dendam peribadi Anwar
kepada Mahathir, itu bukanlah menjadi tanggungjawab dan hak kita untuk
ambil kisah (jika masih ada perseteruan antara keduanya). Yang penting
bagi rakyat adalah terus berjuang untuk era kini.
Jika ada
korupsi lalu, maka, apa yang kita boleh buat? Mungkin kita masih boleh
memberi tekanan kepada penguasa sekarang untuk membicarakan si pesalah
masa lampau supaya dihukum. Cuma, masa kini (baca: era Najib), kita juga
dibebani masalah korupsi dan kleptokrasi daripada sistem UMNO. Maka,
perjuangan untuk era kini masih perlu terus berjalan dan adalah satu
bonus jika dapat kedua-duanya.
Kesimpulannya, page-page dungu
seperti ini bukanlah cerdik dalam membuka minda masyarakat sebaliknya,
mereka akan terus meletakkan 'penutup mata' buat pengikut mereka yang
dungu supaya page-page ini boleh terus menari memperbodohkan pengikut
sambil mendabik dada bahawa mereka tidak menjilat politikus.
No comments:
Post a Comment