Zaman aku membesar, banyak benda karut marut datang menerjah Malaysia.  Terutamanya permainan video. Aku mula ada permainan video masa aku  darjah berapa ntah. 3 kot. Masa tu tape dia orang panggil katrij. Masa tu game katrij memang mahal macam celaka. Ada  ke 1 katrij harganya sampai RM60-RM70. Nasib baik kalau dalam 1 katrij  tu ada banyak game. 10 in 1 ke. 5 in 1 ke. Kadang-kadang ada sampai  beratus game dalam satu katrij. Tapi harga dia punya mencanak sampai  beratus gakla. Time tu kalau ada permainan video ni memang aristokrat  la. Masa tu Playstation mana ada lagi. Depa belum cipta. Yang paling  kuat pun ada Nintendo. Pastu ada gak Atari yang aku pun tak tahu sangat.  Agaknya pakai katrij juga kot.
Macam nilah lebih kurang videogame pertama aku. Siap ada pistol lagi  beb.
Lepas tu, jeng jeng jeng. Muncullah Playstation menyinari bumi Malaysia.  Gile kerek ayat. Aku tak ingat Playstation masuk Malaysia tahun berapa  tapi aku dalam sekolah rendah la. Maknanya dalam tahun 1993-1999 la kot.  Maybe 95 kot. Tak kisahla. Tapi nak mempunyai Playstation ni adalah  satu perjuangan yang panjang bagi aku. Jika budak-budak golongan  aristokrat boleh berbangga memiliki Playstation setelah memiliki  Nintendo yang harganya riban-riban tu, aku pula menanti lama hanya untuk  memilikinya sebuah. Tak silap aku masa Playstation 2 dah ura-ura nak  keluar baru aku dapat beli Playstation.
Ni contoh game katrij. Yang ni 128 in 1. Banyak seh. Harga masa tu  jangan cakapla.
Tapi masa tu, bukan je  ada PS. Masa tu ada gak GameBoy dengan DreamCast. Tapi Playstation la  barang hot masa tu. Ok, masa  Playstation start keluar semua budak macam cacat gila kalau tak dapat  main PS kat kedai game. Dulu mana ada Cyber Cafe ape semua. Yang ada  hanyalah kedai game yang guna pelantar PS sebagai marketing dorang.  Budak-budak sekolah la target market dorang. Kebanyakan yang bukak kedai  game PS ni kebanyakannya golongan Cina la.
Apa?Ko tak paham?  Adui, samala konsepnya dengan CC sekarang ni. Main 1 jam kena RM3 masa  tu. Pilih je mana-mana game. Harga sama. Budak-budak sekolah termasuk  aku habis duit kat kedai Cina ni je. Mau tak kaya dorang kan? Aku dengan  abang aku sanggup pulak tuh berkayuh ke kedai depan yang jaraknya dalam  3 kilometer. Ala, kat Taman Minang,Cheras la susah sangat. Selalunya  lepas sekolah petang pegila main kejap. Biasanya sabtu ngan ahad la.  Siap pergi ngan member-member jiran lagi. Bawakla dalam RM10. Hujung  minggu memang penuh kedai-kedai game PS ni. Pastu siap kena tunggu  giliran lagi. Bila time dapat giliran punyalah seronok bukan kepalang.  Masa tu famous ngan game bola fifa, wrestling dengan GranTurismo. Kalau  tak main game-game ni semua boleh amuk satu pekan jadinya. Haha.
Ada  jugak budak layan main game RPG macam Final Fantasy. Dey tambi, ini  kedai game la! Lu orang mau save-save pegi angkat satu PS la ! Ada ke  dorang main stail yang kena save kalau nak sambung lagi. Bajet esok  datang lagi nak main balik. Tengok-tengok aku dah pedajal delete semua  game dorang. Lantaklah, bukan orang tahu pun. Ada ke patut main game RPG  camni kat kedai game. Pastu ada yang tak puas hati sanggup beli memory  card PS sendiri pastu layan game dia. Bapaklah dorang ni. Macam sangap  gila plak. Nasib baik kadang-kadang tokey kedai tak kasi bawak memory  card sendiri. Tapi ada gak member aku yang perangai sial sikit, dia  pergi rembat cd game PS. Yela, korang tau tak yang kalau korang bukak cover PS tu sambil game tengah running, imej kat skrin still ada lagi. So, dengan rasa tak  bersalah terus blah sambil rembat game PS. Bengong gak member aku ni.  Dia pergi rembat cd tu nak main kat mana? Taktaula aku kalau dia ada  kawan dengan anak aristokrat lain pulak.
Memandangkan gejala  bermain game di kedai cina dah sampai ke tahap kronik sehingga  menjejaskan hubungan kekeluargaan, mak ayah aku mencadangkan aku dengan  abang aku supaya membeli sendiri Playstation. Yak adoi! Ibarat satu  tompokan tahi jatuh ke muka kami. Harga Playstation masa tu bayangkanlah  berapa ribu bhai. Kalau beli seekor lembu pun lepas masa tu. Duit  simpanan dalam bank campur berdua pun memang tak cukup. Jadi,hasrat ni  pun tertangguh seketika. Maka, gejala menghabiskan duit tetap berlaku di  kedai-kedai game. Tak best kedai ni, pergi try kedai baru. Masa tu,  kedai game berorientasikan PS tumbuh macam cendawan. Cuma takleh makan  je.
Setelah bertahun-tahun gejala ni terjadi, akibat satu  persitiwa aku dapat juga memiliki Playstation. Mungkin selepas 3 tahun  PS diperkenalkan kot. Peristiwa yang aku maksudkan ialah peristiwa abang  aku main basikal jatuh patah tangan. Ada ke bawak laju turun bukit  dekat lorong belakang rumah tu. Masa tu banyak timbunan simen yang dah  kering. Meninggi je simen-simen kering tu. Bukk. Tercampak dia dalam  longkang.
Tangan patah + duk umah bosan = dapat PS.
Senang  je teori atas ni kan? Tapi tulah dia. Abang aku dengan aku bergabung  duit la beli. Sambil-sambil tu mak ayah aku support. Yang sedihnya,  kitorang pegi keluar duit tabung haji tu semata-mata nak beli PS. Memang  hedonistik betul la. Habis simpanan untuk haji aku. Huhu.
Then,  masa kitorang beli tu memang jadi hero kampung la. Mau taknya, dalam  taman aku tu agaknya aku sorang je yang ada PS masa tu. Memang jadi  kebanggaan taman la. Semua budak nak lepak main. Ah, jangan haraplah.  Aku nak main sorang-sorang.
Kini, Playstation aku dah disimpan  kembali dalam kotak sebagaimana asalnya. Aku dah tak guna. Aku nak tolak  je kat orang tapi ayah aku pulak tak bagi. Ada sentimental value katanya.  Agaknyala kot.
PS2 yang semakin hampir untuk diframekan di rumah.
Dan dalam tahun 2007 aku pun beli PS2 dengan saki baki duit Tabung Haji  aku. Habis semuanya. Hmm. Aku beli tu bukan apa. Sebab PC yang aku  selalu dok main game tu pakcik  aku dah angkut balik rumah dia. Dia baru kahwin masa tu. So, dia nak la  balik barang dia. Aku pun dengan hati yang lara ni pegi bantai beli PS2.  Geram nak main game sebenarnya. Dan, sekarang aku nampak peluang untuk  PS2 aku memasuki kotak dia balik adalah cerah. PS2 tu jugak dah berhabuk  dan berdebu. Entahlah...
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
No comments:
Post a Comment