Tuesday, May 18, 2010

Hantu?Setan?Jembalang?Toyol?


3. Rumah sewa aku kena rompak masa cuti sem. Yang tinggal kat rumah masa tu ada 3 orang kawan aku je. Ketiga-tiga hilang duit. Dekat beratus jugaklah. Bukan sekali dua. Dekat 2,3 kali jugaklah. Sayangnya, bukan manusia yang buat. 'Benda' lain buat. Siap bertuan lagi. Dengar cerita orang Indonesia. Bomoh mana entah yang bagitau ni kat kawan aku. Peliknya, duit je hilang. Komputer dengan laptop 'dia' tak minat nak curi pulak. Bukan IT punya spesis la ni. Lagi satu peliknya, kejadian ni hanya berlaku pada Rabu malam Khamis. Agaknya syarat dorang kot.

Akibat dah banyak kali sangat kejadian ni berlaku masa cuti arituh, member aku buat teori mudah. Simpan duit dalam bekas bertutup. Confirm dia tak ambil. Yelah, duit rumah ada beratus dalam tin biskut tak pulak 'dia' kebas. Agaknya 'dia' tak boleh buka benda bertutup kot. Nak lagi best, 'benda' ni boleh buat tilam member aku kat tingkat atas boleh turun kat tingkat bawah siap landing kat ruang tamu lagi.

Atas ni sedutan dari entri tahun lepas ni. Pasai apa aku letak balik benda ni? Memang korang hebat meneka. Ya, ia terjadi lagi sekali malam tadi. Apa yang aku boleh kata, modus operandi adalah sama seperti tahun lepas di mana terjadi lagi tilam di dalam bilik dengan tidak semena-mena di bawak keluar ke ruang tamu. Bila tanya semua orang, takde sorang pun dapat memberi jawapan. Kali ni banyak gak 'jembalang' ni dapat. Mau dekat satu ribu kot. Henpon member aku baru angkat guna duit PTPTN habis hilang macam tu je. Nasib baik hari tu dia tak jadi angkat IPhone. Kalau tak mau menangis dia tujuh hari tujuh malam duduk meracau dalam bilik. 

Aku pulak keje shift malam, jadi boleh kata terselamatlah. Duit gaji aku bulan lepas kira-kira RM50 dalam locker pun terselamat. Alhamdulillah la, kalau tak, meragut rumput depan rumah ajela sampai hujung bulan. Benda-benda tahyul macam ni memang berat nak terima tapi tulah hakikatnya. Laptop baik punya tak kena rembat. Yang hilang duit dan telepon je.

Aku syak 'benda' ni nak merasa pakai henpon kot sambil duit tu buat beli topup. Pasni mana tau, dia advance lagi angkat PC dengan laptop yang ada dekat 9 biji dalam rumah ni buat main Fesbuk.

3 comments:

jo said...

peh...mistik jugak ni...dah boleh panggil misteri nusantara untuk buat liputan. cuba tanya ustaz-ustaz mana surah yang elok untuk dibaca supaya takde gangguan lagi..

Siti Noor Aminah said...

hantu pun dah bijak serta cerdik pandai skrg..

eJAI said...

@jo - dah penah tanye sorg 'bomoh' ni...ade ke mintak rm500 nak halau benda ni...mane le kami bduit..

@gadis - samada hantu dah bijak atau manusia yg makin hantu kot

 
Google Analytics Alternative