Friday, January 28, 2011

Pemberontakan Anak Muda


Dalam diri anak muda itu, ada 2 sifat yang paling dekat dalam jiwa mereka. Pertama, memberontak. Kedua, sifat ingin tahu yang tinggi. Tapi kali ini aku hanya menyentuh mengenai sifat memberontak. Atau dalam bahasa orang Parit, Perak adalah rebel. Agaknya, bila last sekali kita rasa nak memberontak? Mesti hari-hari ada kan? Tapi rebel kanak-kanak yang paling best kalau nak cerita. Setakat rebel orang dewasa apalah sangat, ye dak?

 Indahnya berjiran dengan kejiranan PDRM

Antara rebel yang selalu jadi kat aku masa kecik-kecik adalah melibatkan permainan bolasepak. Masa tu umur dalam 9 tahun la. Taman perumahan yang aku diami memang bermusuh dengan taman perumahan sebelah di mana taman tersebut adalah taman perumahan polis. Jadi, dengan anak-anak polislah yang kami sering bermusuh. Bermusuh dalam padang bolasepak memang lumrah. Kadangkala sampai bawak ke luar. Maklumlah, anak-anak polis kebanyakkannya akal singkat dan tak berapa nak cerdik. Maaf cakaplah tapi itu pengalaman aku sepanjang 16 tahun tinggal bersebelahan kejiranan polis. Tapi setakat ni, takdela sampai bertumpah darah dan gaduh teruk. Setakat provokasi dan kelakuan-kelakuan kurang ajar je yang aku terima. Kesimpulan di sini, bapak borek anak rintik. Memang sampah!

Rebel bersama jiran baru

Antara lain rebel yang aku alami adalah apabila apabila jiran baru berpindah kat belakang rumah aku. Masih berkisar mengenai bolasepak. Di sebelah rumah aku, ada satu lorong yang digunakan oleh rakan-rakan sepermainan untuk bermain 'street soceer'. Setelah bermain di kawasan yang diapit dua buah rumah itu selama 3 tahun lebih, datang sebuah keluarga berpindah tepat di belakang rumah yang juga mengapit kawasan street soccer kami. Masa nak main bola tu, keluar satu susuk lelaki yang aku agak dia adalah ketua keluarga rumah tersebut. Apalagi, dia sound kami yang dah ber'mastautin' di lorong tersebut sekian lama dah menyuruh kami main di tempat lain supaya tak menganggu dia dan risau tingkap rumahnya pecah.

Nak dicarut tak boleh sebab orang tua, jadi kami duduk je tepi tembok dan buat muka rebel sambil dengar dia bambu entah apa-apa. Selama main kat situ, tak pernah ada jiran komplen dan ada tingkap yang pecah, tapi datang keluarga beliau, habis rosak aktiviti kami sekian lama. Maka, kami jadilah remaja yang rosak dan tiada masa depan lalu join mat-mat rempit sambil hisap dadah akibat kegagalan pihak berkuasa tempatan dan pemaju perumahan menyediakan padang serta menunaikan janji membina sebuah padang permainan.


 Inilah tempat street soccer yang kini jadi kawasan letak kereta atas dasar kapitalis manusia berhati haiwan



 People who never made mistake, they'll never learn

Antara lain rebel yang menjadikan aku tidak menipu ibubapa lagi berlaku semasa aku darjah 6. Aku bilang pada ibubapa aku yang aku ada perjumpaan pengakap di sekolah. Sebaik saja, ayah aku balik menghantar aku, aku dan 3 orang kawan lain terus ke pusat membeli-belah di Jalan Loke Yew. Bukan nak buat apa pun, cuma saja seronok-seronok. Aku tipu sebab masa tu parents aku sangatlah strict bab berjalan ke luar ni. Ada lebih baik aku keluar bersama keluarga daripada kawan-kawan, kata mereka. Atas sebab itu, aku mula rebel dan sanggup menipu dorang. Last-last kantoi aku tipu sebab member pengakap aku pecah lubang. Memang rasa nak tumbuk je muka dia tapi apa boleh buat, benda dah jadi. Hari Isnin, kami berempat dipanggil guru disiplin dan menghadap muka Cikgu Arman, cikgu yang handle pengawas masa tu sebab aku wakil pengawas dalam berempat tu. Tapi benda ni lah yang mengajar aku hari ni. Jika aku tak buat silap masa lalu, aku takkan belajar. Dan jika tiada hukuman tu, mungkin akan merosakkan aku lebih teruk.


Aku dan Liga Juara-Juara

Kalau rebel kat universiti yang aku ingat paling mantap adalah masa belajar di Pulau Pinang dulu. Sejak dapat timbalan pengarah kampus baru, banyak undang-undang ketat dilaksanakan di kolej pelajar. Antara lain ialah, mesti pulang ke kolej kediaman sebelum pukul 11.30 malam. Lepas dari itu, pintu grill akan dikunci. Atas semangat kesukanan yang kuat atau lebih tepat lagi, nafsu untuk menonton Champions League setiap pagi Rabu dan Khamis, aku dan member-member panjat pagar dan terjun melalui tangga yang mempunyai ruang keluar. Memang bahaya. Sebijik macam main wall climbing cuma takde tali je. Jadi, setelah beberapa lama buat kerja rebel nih, terkantoi sekali satu hari tu ngan pak guard. Lepas ambil nama dan nombor kad matriks, kami menerima amaran, " Siaplah korang, naikle ke mahkamah nanti!"

Seperti dijanjikan pak guard yang nyata tidak berbohong, aku dan member-member semua dihadapkan ke Mahkamah Hal Ehwal Pelajar. Pergh, aku dah rasa macam baru buat kesalahan berkhalwat atau buat video 3gp memalukan pihak U je. Padahal kami nak layan bola Liga Juara-Juara je. Setelah mendengar 'hakim' membuat pertuduhan, tiba-tiba kes kami digugurkan atas sebab kesalahan pertama kali. Memang gelak habis kami semua sepanjang perjalanan balik dari so-called mahkamah tu.

Kesimpulan di sini, rebel itu tidak salah asalkan kena gaya dan caranya. Jangan sampai merosakkan diri sendiri dan akhir kata, silalah menonton filem lakonan James Dean, Rebel Without A Cause.

2 comments:

Anonymous said...

salam bro..

aku mmg setuju betul bab anak2 polis ni akal ngan perilaku singkat. ada org kata sbb membesar makan duit haram (tak semua la kan) wallahualam.
aku berckp bdasarkan pengalaman jugak.

-silent reader

eJAI said...

wsalam...

oh yeah.ade jgak org stuju..Hehe. Betul, ade org ckp mcm tu jgak. BTW, thanks beri komen bernas..

 
Google Analytics Alternative