Friday, May 06, 2011

Kereta Nasional

Baru-baru ini, ada beberapa orang mencadangkan aku beberapa buah kereta menarik untuk dibeli. Aku bukan berminat pun nak beli (dalam waktu sekarang ni la). Kebanyakan mereka berpendapat, kereta yang sesuai untuk masa sekarang dan ekonomi untuk dibeli adalah..guess what? Proton! 



Ok, tak patut ada tanda seru kat situ. Baik, dalam banyak-banyak pilihan kereta di pasaran, kenapa mesti Proton? Ok, kita tinjau harga pasaran kereta sekarang. Jika sebuah Proton Saga BLM sebenarnya boleh dapat dalam RM40k la minimum. Myvi pulak lebih mahal sikit dengan harga sekitar RM60k mengikut apa yang aku tinjaulah. Viva pulak dalam RM40k jugak lebih kurang BLM. Hah, kenapa kereta nasional? Ini apa yang aku tinjau buat masa sekarang, memang ramai budak-budak fresh grads atau yang baru start keje gomen tu pilih kereta-kereta ni bersandarkan harga yang murah. Masalahnya, memanglah murah sebab kereta nasional ada perlindungan kerajaan. Cuba kalau gomen tak sekat dan kasi cukai tinggi untuk kereta luar, dah tentu kereta nasional ni orang beli buat pegi jamban je.

Berbalik kepada harga-harga yang disebutkan tadi, memang BLM dan Viva orang selalu angkat. Biasanya budak baru nak up memang akan cari kereta-kereta macam ni tayang kat orang kampung padahal ansuran dekat 10 tahun punye bayar. Compare BLM dan Viva pulak, mostly manusia hati kental akan pilih BLM sebab ekonomi. Yelah, BLM lagi luas dari Viva. Kuasa kuda pulak ada sampai 1.3. Viva ada jugak kot tapi yang Elite tu aku rasa. Tu pun dah nak dekat RM50k. So, ramai orang akan berpendapat BLM lah pilihan tepat untuk menggambarkan citarasa dan aspirasi generasi orang muda. Ptuihh die!!

Kredit to Paultan.org


Ok, sebelum tu, bukan nak hina pemilik kereta Proton. Aku dapat kisah-kisah ni dari member, sepupu dan laman-laman blog. Bukan blog yang dok tayang video lucah tu. Ape Papagomo? Apa bengap punye papagomo ni? Baik, berbalik kepada kisah BLM. Apa pasal aku ludah Proton? Atau dalam bahasa kesatnye, apa pasal aku benci Proton. Ah, tak cukup kesat di situ. Lain kali jelah aku guna bahasa kesat tu. 

Proton start tahun 1985 kalau tak silap aku. Bandingkan dengan KIA. KIA mula start awal 2000 kalau tak silap aku jugak. Kalau aku silap, beranikanlah tegur aku kerana hamba pacal yang hina. Tapi berapa ramai orang Malaysia yang tahu jenama KIA banding dengan orang Korea tahu pasal jenama Proton? Ok, aku tahu Proton tak pegi belah timur. Depa banyak main market belah Middle East dengan Afrika je kan? Tapi, lu orang cuba bayangkan kalau KIA dah boleh tembus Amerika sedangkan Proton masih terkial-kial merangkak dengan usia beliau dah menjangkau 26 tahun. KIA ambik beberapa tahun je untuk established market belah Asia dan boleh gegar Amerika. Malu ke tak Proton? 

Zaman emas Proton ni adalah masa tahun 90-an je. Ayah aku pun pernah pakai 2 kali kereta Proton dan terus terang cakap, performance kereta depa tahun-tahun tu memang mantap. Tak banyak buat taik macam sekarang ni. Aku pun taktau la apa yang RND deparment depa dok pikiaq. Maybe depa ni nak cut cost dan macam-macam benda yang kurang kualiti depa bagi kat kita. Proton BLM sepupu aku selamba je rosak die punya sistem alarm. Tiba-tiba berbunyi sendiri. Apa kes? Pastu dia buat-buat cover kononnya ni berlaku kadang-kadang je. Aik, tak penah plak aku dengar Kancil punya alarm tak betul. 

Cerita lain member aku, Persona dia buat hal setelah baru beli dalam lebih kurang 2 bulan. Dia punya lantai untuk penumpang sebelah driver tu boleh bocor pulak. Ape ke heinye?? Dia sekarang dah tukar pakai Swift. Lantakla keluar duit sikit asal puas bawak keta kata dia. Kalau nak cerita pasal tingkap tak naik, gearbox problem, lampu tak menyala tu memang dah mainan pemilik kereta Proton ni la. Memang banyak sangat benda-benda ni jadi. Tapi, sebab depa tak berani nak tukar dan cuma berserah jela kereta yang depa ada ni. 

Jadi, kalau lu orang rasa pilihan lu orang tepat apabila memilih kereta Proton Saga BLM tadi, cuba pikir balik. Aku bukan nak menghasut tapi apa guna pakai Proton konon nak patriotik dan semangat nasionalis sebaliknya apa yang hangpa dapat semuanya macam taik? Better Myvi lagi bagus kalau nak compare even harga dia tinggi sikit tapi seriusli aku tengok tak banyak problem macam Proton. Proton ni semua dia nak kejar. Sekarang nak research pasal hybrid car pulak sedangkan problem macamana nak kasi tingkap naik pun tak setel-setel.

Yang kita pulak kene tipu dengan orang kat atas nun. Kereta luar boleh dapat murah kalau kerajaan tak tolong jaga periuk nasi Proton dan kenakan cukai melambung kepada kereta-kereta import. Apa boleh buat, inilah nasib rakyat. Ada pilihanraya pun belum tentu boleh kasi tukar. Lastly, no offense to Proton dan aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Jika ada orang suggest aku angkat Proton, aku dah boleh cepuk-cepuk dahi dia.

6 comments:

Anonymous said...

nnt belikan honda city.^_^

eJAI said...

boleh2...:)

Anonymous said...

salam bro..

eh dh kembali rupanya. ingat dok rehat ngan kit kat lg hehe.. bab yg ni aku suka..

nk kongsi skit cerita dekat 10 thn dulu bkenaan keta Proton ni. time berjinak2 pakai first car lepas grad ...Satria Gti jer pun. bukan mcm skang berlambak keta harga lebih ekonomi tapi kualiti bagus. konon high end product dari proton la masa tu, nyesal tak pk panjang..6 bulan pertama aku pakai alhamdulillah takde mende yg berlaku tapi masuk fasa kedua dah ade bibit bibit percintaan antara keta aku ni ngan pusat servis Proton kt Mutiara Damansara nun. bermula dengan power window yg tak berapa nk power sebelah kiri kejap tersekat separuh..kejap dah bwk turun tak leh naik..( aper brg keta sport tingkap takleh tutup tingkap time ujan kan? ) kemudian menular ke lampu SRS Airbag kt speedometer yg tak berenti-renti menyala.. masa ni termometer merkuri aku dh start naik dh.. kemuncaknya bila dibwk ke Proton Service diorg sahkan ade sensor airbag aku yg conk. so bila aku refer blk dengan club member yg lain memang ade jugak yg facing prob yg sama. ade yg anggap ni masalah kecik ade yg sebaliknya.. so bincang punye bincang terpaksa la aku mengakhirkan jodoh dengan talak 3 bersama Proton. aku tak tau la lepas2 tu akan ader lagi prob2 lain or tak.

pergh..panjang gak aku komen kali ni ek..biasa dok citer pasal tabiat anak polis dengan arsenal jer..huhu..

yg terkini aku dgr nk produce Exora version Turbo lak..aduhh jgn kipas turbine tercabut ke masalah2 Lag ke time tgh sedap melayan sudah hehe.. adios

p/s nota kempen : Toyota Prius 3rd Generation pun ok bro. hehe

-silent reader - again n again n again.?

eJAI said...

habis, skang bro pakai keta ape setelah bercerai talak 3 ngan proton?

pasal exora version turbo tuh betul ke?apsal tak upgrade inspira je...

prius 3rd generation?hybrid ke ape? kete stail cmtu memang aku xmampu kot..ahaha..nk cari first car lpas grad je.ingat nak cari murah2 je 2nd hand...

Thanks komen pjg2..:)

Anonymous said...

salam again..

S: habis, skang bro pakai keta ape setelah bercerai talak 3 ngan proton?

J: skang aku anak dh dua layan mpv le..senang nk bersepah brg dlm keta hehe..


S: pasal exora version turbo tuh betul ke?apsal tak upgrade inspira je...

J: mengikut sumber yg boleh dipercayai oleh aku skang ni Exora Version Turbo dlm peringkat akhir pandu uji. tester pun bukan kilang kt sini tapi Germany. wallahu'alam. pasal Inspira ni jugak yg aku tahu lesen Mitsubishi utk casis yg tu je bukan utk di upgrade sbb Inspira ni kan pakai casis yg sama dgn Lancer GT dan mirip Evo 10.

alah..kalau ko tgk bebetul keta2 polis yg konon guna Evo 10 (mengabiskan duit kita) tu bukan semua..skang byk yg dh pakai Lancer Gt n terkini Inspira lak pastu taruk sticker a.k.a airbrush PDRM. Kerajaan dh abes duit der..perabis kt tenggolok masing2 pastu ade hati nk buat menara warisan juta juta lagi tu..baik turunkan duti import ke..road tax ke..tarif letrik ke..hehe..eh eh melalut lak..

pasal nk cari keta 2nd ni..pada pandangan aku kalau blh dpt yg baru why not kan? sbb byk dah keta yg harga ekonomi n blh dpt baru. keta 2nd ni kalau dpt yg condition ok alhamdulillah tapi kalau tak brape nk ok ni agaknye kena la stanby 3 4 ribu dlm tgn kan lepas beli tu. lepas tu kalau tak pueh ati kang nk kena carik keta lain lak, duit lg..baik invest beli umah duit tu. tapi terpulang la pada view n bajet masing2 gak kan? hehe..

pd aku skang Perodua pun ok gak sbb bile tgk concept car dia mcm Perodua Bezza tak brape nk kedepan (sbb Jepun ngn Germany dh buat dulu pintu slide ketepi tu) tapi blh di apply dlm production. bukan mcm Proton buat concept car futuristik abis siap konon Lotus Technology pun dirojak skali pastu bila sampai nk produce harga ngan kualiti babai.

p/s nota kempen: utk first car ni tak kisah baru ke 2nd tp my sincere advise beli la keta yg ramai org pakai sbb spare part mudah dpt, senang n tak pening kepala. nanti kalau dh dpt title IR lepas abis tesis projek Cable System ke Power Plant projek ke blh aaa cari keta yg rare satu..


-silent reader-

eJAI said...

perh...memang terbaek.nice sharing abg..

yup, memang igt nk cari kete baru tp kete baru mcm x syokla nak modified + nk lenjan. Hahaha..Myvi je nampak mcm syok skit kalau modified. Huhu,semua bgantung pd bajet la. Kalau mengizinkan, ape salahnye amek yg baru kan...

cite pasal evo tu mmg aku stuju. Pasal Bezza plak, aku rase cm lambat lg kot.Apepun, dgr citer Perodua nak release model baru dlm taun ni, so, maybe tggu yg tu kot..hehee

title IR?fuh,jauh lg tuh. Bro mcm ade kena mengena je pasal engineering ni ek? Xnak share ke?hehe

 
Google Analytics Alternative