Friday, June 17, 2011

Fenomena Tahun 1997


Tahun 1997. Ketika itu aku darjah 4. Keluarga singgah sebentar di Giant Seksyen 18 setelah pulang melawat saudara. Kesempatan itu aku gunakan untuk meninjau ke kedai kaset di dalam Giant tersebut. Aku mencari sebuah kaset sebenarnya. Aku cari-cari di bahagian 'Artis Tempatan' pada label yang terdapat di rak kaset tersebut. Alhamdulillah, aku jumpa kaset yang aku nak. 

Aku dengan riang gembira terus hulurkan ke kaunter dan membayar harga kaset tersebut. Harganya aku sudah lupa, mungkin dalam belasan ringgit jugak. Keluar saja kami daripada Giant, apalagi aku terus menempah pemain kaset dalam kereta ayah untuk aku pasangkan kaset yang baru ku beli tadi. Lagu pertama bertajuk Puji-pujian sungguh mengasyikkan. Beberapa lagu selepas itu juga amat mempesonakan di telinga aku terutama sekali Iman Mutiara. 

Tahun 2008. Aku kembali lagi ke Giant Seksyen 18. Landskap persekitaran sudah berubah. Banyak kedai di sekitar tumbuh bak cendawan. Ironinya, kedai kaset di dalam Giant itu masih ada lagi dan kaset yang aku beli dulu juga masih ada dijual. Sungguh memori...




The best of all time....

No comments:

 
Google Analytics Alternative