Sunday, January 31, 2016

Jutawan Kosmetik Yang Disukai Ramai Melayu


Hasil penelitian aku sejak dua menjak di FB ni, bangsa Melayu amatlah terkesan apabila :

1. Kita menasihatkan agar jangan mengagung dan menyembah kapitalis (baca: jutawan kosmetik) yang mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain sebaliknya kita akan dimaki pula:

- Biarlah dia nak buat apa pun. Itu duit dia.
- Kau melayu dengki dan iri hati.
- Kau ada duit macam dia ke sampai nak kutuk dia?


2. Aku terfikir apa yang dah terjadi kepada masyarakat melayu yang terfaktab ini sehingga jutawan-jutawan kosmetik ini tidak boleh ditegur dan dikritik? Mereka tidak apa-apa sebaliknya pengikutnya yang kononnya Melayu cuba mengangkat diri mereka bahawa mereka Melayu yang tidak dengki dan iri hati?

3. Adakah dengan mengkritik jutawan ini boleh menjatuhkan Melayu? Mereka yang mempertahankan sistem kapitalisme dan feudalisme inilah yang sebenarnya telah rosak. Mereka ini Melayu yang gelap hati. Melayu yang bangang mengikut telunjuk kapitalis. Melayu yang mengaku holier than thou. Melayu yang acah-acah sejati tidak berdengki sesama sendiri. Melayu yang terkesan dengan drama-drama bodoh di TV3. Melayu yang mindanya terkepung dan sempit.

4. Nasihat aku kepada Melayu yang jenis menghisap telur orang kaya ini semua, keluarlah dari kepompong rumah kau itu dan jenguklah dunia hakiki yang sebenar di luar sana. Kau akan jumpa Melayu yang tikam Melayu, Melayu yang pendendam, Melayu yang pijak orang Melayu lain untuk naik ke atas dan bermacam lagi. Kerana apa? Kerana menjadi jahat, syaitan, bangang dan bodoh bukan terletak pada kaum. Ia adalah individu.

Berhentilah menyembah kapitalis...

Wednesday, January 27, 2016

Kes Tutup

Tidak dinafikan strategi politik Najib adalah antara yang paling bijak dan sukar ditandingi (buat masa ini) antara menteri-menteri UMNO yang pernah wujud. Ibarat kucing yang mempunyai 9 nyawa, begitulah juga sang Najib.

Ketika ini, benarlah kita merindui sosok dan figura tokoh hebat yang sering dicaci maki orang mengaku Melayu iaitu Anwar Ibrahim. Dengan memastikan Anwar kekal di penjara, Najib dapat meneruskan kelangsungan hayat politiknya.

Bagaimana pengakhiran Najib? Kita semua pun tidak punyai idea samada ia bakal berakhir dengan baik buat beliau atau berakhir dengan kemenangan buat rakyat yang dambakan keadilan dan anti korupsi.

Cuma yang pasti, ia pasti akan tertulis dalam 'buku sejarah rakyat' tentang dari permulaan proses bagaimana Najib menjadi seperti hari ini sehingga bagaimana pengakhirannya.

Buat Apandi Ali, tahniah kerana melaksanakan tugas anda dengan baik jika ia benar. Jika sebaliknya, maka, tidak perlulah anda diperingatkan tentang adanya syurga dan neraka.


27 Januari 2016 : 12:12AM

Saturday, January 16, 2016

Dua Ribu Lima Belas Yang Lepas


Aku kira tahun 2015 adalah tahun yang agak menarik buat aku. Kerana aku berpeluang melakukan perkara-perkara ini :

1. Bekerja sambil berjalan di Vietnam


Berada di Vietnam tidak ubah seperti kita berada di Shanghai. Segalanya nampak sama kerana rupa mereka barangkali. Tidak juga. Budaya, persekitaran dan landskap mereka juga hampir sama. Sebagaimana yang pernah aku post sebelum ini, dua 'K' wajib dicari iaitu kopi dan kain. Jika ada wang lebih, pergilah borong kain di sini buat stok meniaga atau jual kat member-member.

2. Bertukar angin

Sebaik sahaja masuk bulan Ogos tahun lepas, aku sudah pun bertukar angin ke syarikat baru. Aku harap ini batu loncatan untuk aku mencapai tahap yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Untuk ulasan beremosi, eloklah rujuk di sini.




 3. Ikatan

Alhamdulillah, setelah sekian lama berkenalan sejak 2004 aku kira, akhirnya aku dapat mengikat tali pertunangan pada 29 November 2015 lalu. Asalnya ziarah biasa, akhirnya menjadi majlis pertunangan. Alhamdulillah kerana Allah permudahkannya. Insyaallah jika ada kelapangan aku akan menulis mengenai ini.

Sekian untuk kali ini.

Jibauk + Sit

Orang Cina apabila menyambut perayaan Tahun Baru Cina, mereka akan sambut betul-betul kerana mereka sudah kerja sehabis baik sepanjang tahun.

Oleh yang demikian, kita janganlah hairan apabila eksport bauksit ke China dihentikan menjelang Tahun Baru Cina ini kerana orang di sana pun sudah menerima import bauksit yang banyak dan cukup untuk cover mereka sehingga selepas Tahun Baru Cina.

Bijak menteri mengaburi mata rakyat. Tapi yang buat kerja cuci bauksit semuanya menerima arahan daripada kerajaan yang bangsat sementelahan pengusaha bauksit sibuk kira untung.

Pemenang Akhir


"Eh, lantakla dia nak taja. Bukan pakai duit kau.."

"Jeleslah tu. Orang Melayu kalau tak dengki memang tak sah.."

"Cerminlah diri kau tu dulu bro. Kau ada taja mana-mana pasukan bola tak?"

Melihat komen-komen di atas ketika saya menelusuri berita berkaitan perkara yang you-know-what membuatkan saya terkesima. Jika dibaca sekali lalu, ia seakan menunjukkan mereka berfikiran positif dan bersangka baik, namun apabila kita membaca dengan lebih mendalam terutama bagi mereka yang arif mengenai aspek tradisi bolasepak, pengurusan bolasepak dan berkaitannya, ia adalah antara komen-komen yang menyedihkan dan naif.

Mereka seakan berlagak malaikat walhal mereka sebenarnya adalah orang-orang yang sudah terpesong daripada norma-norma samada dari segi aspek Islam mahupun budaya. Apabila pelaburan berjuta terhadap sebuah pasukan bolasepak mereka katakan tidak apa, tidak mustahil negara kita masa depan hanya akan dipacu dengan kuasa wang.

Akhirnya kapitalis menang jua...

Tuesday, January 12, 2016

Turap Jalan


Akibat daripada kebejatan pihak berkuasa ataupun sang celaka yang mengaku berkuasa atas pentadbiran gagal dalam mengurus dan mentadbir, maka, tugas tadbir itu harus digalas rakyat.

Pihak berkuasa yang sepatutnya membuat kerja menurap jalan apabila diambil alih daripada marhaen, maka, kita akan menikmati apa sahaja yang ada. Pendek kata, jika kualiti turapan tidak sebagus mereka yang punya mesin beribu dan wang berjuta, haruslah kita redha dan terima apa sahaja bentuk dan kualiti turapan jalan oleh rakyat.

Kemanusiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi kebangangan itu adalah hak mutlak mereka yang duduk di atas kerusi empuk atas sana.
 


Pemimpin Biasa dan Pemimpin Luar Biasa


Saya teringat sebuah kisah mahsyur mengenai Saidina Umar yang menjadi idola.

"Saidina Umar tidak dapat tidur ataupun berehat kerana memikirkan rakyatnya. Umar bersumpah tidak minum susu dan makan selagi rakyatnya masih dalam kesusahan."

Tetapi, hari ini, kita boleh dapat RM20juta, RM50juta daripada peniaga atau pemimpin. Boleh dapat trak ditempah khas daripada Australia. Walhal masih ada yang tidak cukup makan.

Itu beza pemimpin hebat dengan yang biasa.

Zaman Yang Telah Tiba


Kita nampaknya sudah semakin sampai pada zaman di mana kuasa wang adalah yang teratas. Bukan kecintaan, bukan tanggungjawab, bukan jatidiri, bukan semangat. Kesemuanya adalah kuasa wang.

Setelah bolasepak luar diperdagangkan sebagaimana kapitalis mahukan, kita juga nampaknya sudah terikut dengan agenda ini. Benarlah, dalam sesebuah negara, hanya akan ada beberapa individu sahaja yang kaya-raya terlampau. Si miskin akan melutut dan 'menyembah' kepada si kaya ini meminta simpati dan bantuan kewangan demi menyelamatkan mereka. Bukankah negara ini mempunyai sumber galian dan khazanah yang tidak terhingga, mana perginya kekayaan sama rata yang dilaung-laungkan di dalam Dasar Ekonomi Baru dahulu.

Ini soalan yang sepatutnya ditanyakan kepada pemimpin selaku pembagi-bagi khazanah negara. Mengapa jadi begini? Mengapa segelintir yang kaya? Yang miskin pula dituduh malas, asyik komplen sana-sini, tidak mahu berusaha.

Inilah zamannya. Zaman itu telah tiba.

Friday, January 01, 2016

Resepi Tahun Baru

Sempena tahun baru ni, aku nak bagi sedikit tips atau resepi. Resepi yang aku nak bagi adalah bagaimana untuk menjadi orang berjaya dan genius macam aku. Kahkahkah. Ada dua je iaitu :

1. Bila kena buat kerja orang dan hendak menjadi ikhlas, jangan merungut lepas siap kerja walaupun dia tak ucap terima kasih. Dah siap kerja tu, diam je.

2. Bila ada orang yang tolong buat kerja kau, walau tak mampu bagi apa-apa hadiah atau upah, sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih dan hargai mereka. Itu selemah-lemah bantuan kau boleh buat.

Kau buat je dua benda ni, insyaallah, hidup kau senang. Musuh takde. Kehidupan tenang.
 
Google Analytics Alternative