Jika dilihat ruangan komen PM di status berkaitan MRT, maka, kita 
akan melihat beberapa mangki atau penganut Umno/BN memuji Datuk Seri 
Piem.
 Ini adalah satu benda baik dan menyenangkan rakyat. Namun, 
hakikat sebenar kita tidak boleh lupakan bahawa kita berterima kasih 
kepada perompak.
 Satu hari, perompak masuk ke rumah kita dan 
mengambil pelbagai barangan berharga dalam rumah kita. Kita tak dapat 
berbuat apa-apa dan kes pun tak selesai. Ribuan ringgit lesap begitu sahaja tanpa ada follow-up.
 Dan pada satu hari yang lain pula, kita ternampak perompak yang kita 
kenal itu sedang membina titi kecil untuk kita gunakan menyeberang 
sungai. Kita sudah ada jalan lain untuk ke seberang tapi nampaknya titi 
kecil itu lebih murah dan menjimatkan masa untuk ke seberang. Maka, kita
 pun berterima kasih kepada perompak tadi sambil memeluknya dengan erat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
No comments:
Post a Comment