Sunday, March 17, 2013

Jurnal Kembara 11: Ke Negara Eropah (Part 2)


25/2/13 Isnin : 7.30am (3.30pm waktu Malaysia) - Frankfurt

Syukur alhamdulillah aku telah selamat touch down di Frankfurt Airport. Dari luar pesawat, semuanya nampak putih salji saja. Selesai pemeriksaan kastam, aku dan 2 rakan lain mencari hala menuju ke Terminal 1 bagi menaiki tren ke Stuttgart kerana kilang pam tersebut terletak di Schwaebisch Mund yang berada di daerah Stuttgart. Ketika ini, sudah terasa sejuk sampai ke tulang kerana dikhabarkan suhu mencecah -1° C. Aku mula menyarung glove dan memakai jaket tebal. Itupun masih terasa sejuk lagi. Nafas pula sudah 'berasap'.



Suasana di Terminal 1 Frankfurt


Bertemu Pelajar Malaysia

Kami pun menaiki shuttle bus untuk ke Terminal 1 dan ia mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sampai di Terminal 1, kami bertemu beberapa pelajar Malaysia. Sebenarnya, leader kumpulan kami bertiga ini tidak pernah ke Jerman dan kami sebenarnya kurang pasti bagaimana untuk ke Stuttgart. Nasib baiklah kami bertemu pelajar Malaysia berketurunan cina ini bagi memudahkan perjalanan kami. Syukur kepada Allah. Kami semua menaiki tren yang sama daripada Terminal 1. Pelajar Malaysia ini mengambil jurusan Kejuruteraan Biokimia di Mainz dan ada di antaranya pernah praktikal di syarikat kontraktor yang pernah berurusan dengan syarikat aku di Malaysia.






Dalam perjalanan ke Stuttgart dan stesen Karlsruhe (gambar bawah)


Tren ke Stuttgart mengambil masa selama lebih kurang satu jam setengah. Sebelum tiba di Stuttgart, tren berhenti di Mainz dan kami mengucapkan selamat tinggal kepada pelajar Malaysia yang membantu kami serta berharap dapat bertemu mereka lagi. Perjalanan diteruskan dan kami perlu menukar tren beberapa kali untuk sampai ke Stuttgart. Sistem pengangkutan mereka sangat bagus dan tidaklah perlu menunggu lama sangat bagi menaiki tren seterusnya. Ini sebenarnya patut dilakukan kerajaan kita. Bukan asyik berpolitik. 

Melawat Kilang Pam

Pukul 1 tengahari, aku sampai di Stuttgart. Kami mengambil teksi untuk ke kilang pam Ritz di Schwaebisch Mund bersama beg-beg yang berat. Sesampainya di Jerman, kami terus bekerja. Hebat bukan? Pegawai dari syarikat tersebut sudah menunggu kami dan kami terus dibawa melawat kawasan dalam kilang tersebut setelah menjamah sedikit makanan. Pelbagai peralatan pam dan aksesori sedang dibuat di sana. Seterusnya, kami sampai ke bahagian pengujian pam. 




Sewaktu FAT pam tersebut

Pam submersible pressure shroud memang menanti kami dan sedia untuk diuji. Tanpa melengahkan masa, ujian dimulakan dengan aku sendiri memilih beberapa point data pada graf 'Head melawan Flow'. Data bagi flow perlu dipilih bagi memeriksa samada ia mampu mencapai head yang ditetapkan. Alhamdulillah, ujian selamat dijalankan dan kami semua pun meminta diri untuk pulang ke hotel. Sebelum pulang, kami sempat mengabadikan kenangan di hadapan kilang tersebut.

Depan bangunan pam tersebut


Bermalam di Hidelfingen

Perjalanan kami ke stesen tren dengan pemandu teksi wanita yang tidak tahu bercakap Inggeris itu mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dari stesen tersebut, kami menaiki tren untuk bermalam di bandar Stuttgart. Sepanjang perjalanan tren, suasana salji sangat indah sambil aku melihat kebanyakan bangunan di sini bercirikan tradisional dan sungguh tenang. Kami pun tiba di Apart Hotel di pekan Hidelfingen. Walaupun hotel ni dari luar nampak kecil tetapi bilik sangatlah besar. Bilik aku saja ada 1 queen size dan 1 single bed walaupun kami semua sorang satu bilik.


Syok juga bilik sorang ni

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 5 petang namun suasana sudah hampir gelap. Kami melepaskan lelah seketika sebelum keluar makan pada 8 malam karang. Namun, malang bagi kami apabila sebaik saja kami keluar hotel sekitar 8 malam, suasana di pekan tersebut sudah 'mati'. Semua kedai sudah tutup dan tidak banyak kenderaan di jalanan. Nasib kami baik apabila ada sebuah stesen minyak berhampiran masih dibuka dan dapatlah kami membeli air mineral buat menghilang rasa lapar. Aku pula hanya makan salad di restoran hotel bagi mengalas perut.


Pemandangan belakang bilik aku, Hidelfingen


Jadi, kalau anda ke Stuttgart pada musim sejuk, pastikan anda makan sebelum pukul 6 petang supaya tidaklah terasa lapar malam nanti. Walaupun sudah makan salad (yang tak sedap tu), aku terasa lapar lagi. Dan nasib baiklah aku membawa megi cup dari KL. Disebabkan tidak boleh menggunakan heater atau peralatan elektrik, aku menggunakan air panas daripada singki bilik air saja bagi memasak megi. Alhamdulillah, kenyang juga aku malam tu dan dapatlah tidur sambil menyorot kembali memori hari pertama di Jerman. Lebih penting lagi, dapat menggunakan internet bagi menghubungi insan-insan tersayang di tanah air.

Makan megi bagi mengalas perut


Boleh dikatakan bandar Stuttgart banyak bangunan satu-satu (atau lot) termasuklah rumah kedainya dan bercirikan tradisi Jerman lama. Ketenangan di bandar ini sangat mencuit hati aku sehinggakan aku berasa aku ingin membeli rumah di sini dan hidup dalam suasana ketenangan tanpa perlu memikirkan kepalsuan ahli politik tanah air.





26/2/13 Selasa

Muzium Mercedes Benz
Hari Selasa dimulakan dengan sarapan pagi seperti cornflakes dengan susu dan beberapa keping roti bersama nutella. Lantas, kami meneruskan perjalanan dan kembara di bumi Jerman setelah selesai tugasan kerja (yakni FAT tersebut) dengan berkunjung ke Neckarpark. Apa yang menarik di sini pastinya, Muzium Mercedes Benz!! Tidak syak lagi, Mercedes sudah menjadi satu ikon dan lambang kemegahan bagi Jerman. Dan, alangkah ruginya jika anda berkunjung ke Stuttgart tanpa menjengah Muzium Mercedes. Bayaran masuk cuma 5 euro kalau tidak salah aku. Di sini, kita akan mula berkunjung ke tingkat 8 kerana di sinilah perjalanan Mercedes Benz bermula.














Pemandangan-pemandangan di dalam Muzium Mercedes


Dipendekkan cerita, lawatan ke muzium ini dapat membuka mata kita tentang kehebatan teknologi Jerman kerana bukan sahaja kisah jatuh bangun Mercedes Benz saja dipaparkan, malah keseluruhan sejarah Jerman dan kisah-kisah besar di seluruh dunia dipaparkan sekali di situ. Kunjungan aku ke sini adalah antara memori yang tak dapat aku lupakan. Sebaik saja kami menjejakkan kaki keluar daripada muzium, salji turun dengan lebatnya. Inilah kali pertama aku merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan salji. Indah sungguh ciptaan Maha Kuasa. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini.




 Salji mula turun ketika jam menunjukkan 10 pagi

Sebelah petangnya, kami berjalan-jalan sekitar kawasan stesen Stuttgart dan aku sempat membeli plug elektrik untuk kegunaan di sini. Plug yang aku beli di KL tak ngam pula dengan suis di sini. Malam tu pula, aku dan pembekal pam berjalan-jalan di Outlet City yang terletak di Metzinger. Konsepnya sama seperti Johor Premium Outlet. Bagi aku, barang di sini sangatlah murah jika kita berwarganegara Jerman. Bayangkan sehelai jaket Nike tu cuma berharga 10 euro. Kalau kita convert ke ringgit memanglah dapat RM40 lebih kurang. Tapi kalau dapat gaji 2000 euro kat sini, memang hidup mewahlah. Aku cuma mampu beli Adidas Shower Gel dengan harga 3 euro dek ingin menjimatkan duit. Dan, sebelum pulang aku terpaksa singgah di restoran 24 jam bagi mengisi perut yang lapar.




Showroom Volkwagen

Di stesen utama Stuttgart

Menunggu tren untuk ke Metzinger

Di Outlet City

Suasana Outlet City di dalam ketenangan pekan Metzinger

Sebijik macam di JPO

Bangga jap bila ada tulis Malaysia, hehe..

Kedai Nike yang murah-murah (murah bagi warga Jerman)

Bangunan berhadapan stesen utama Stuttgart


Dalam perjalanan pulang, kesejukan suhu di Metzinger 'mengigit' bersama suatu kenangan yang takkan dilupakan di sini.

27/2/13 Rabu

Frankfurt

Hari ini, kami akan meninggalkan bandar Stuttgart dan bermalam lagi dua malam di Frankfurt. Kami menaiki tren dari stesen Wangen Markplatz dan bertolak ke stesen utama Stuttgart. Tren dalam bandar yang bergerak di antara jalanraya ini diberi nama Stadbahn. Lebih kurang 5 minit, kami pun sampai di stesen utama. Dari sini, kami mengambil tren ICE (Inter City Express) untuk ke Frankfurt. Perjalanan selama 45 minit aku dipenuhi bunyi bising makcik-makcik Jerman bersembang di belakang, sebelah dan depan kerusi aku. Bunyian itu aku tak hiraukan dek terlampau asyik melihat keindahan sepanjang perjalanan tersebut.


Menunggu tren Stadbahn untuk ke stesen utama Stuttgart

Menanti pula untuk ke Frankfurt

Troli untuk disewa

Suasana stesen utama Stuttgart

Dalam perjalanan ke Frankfurt

Keretapi lama?

Salji sudah tidak kelihatan lagi


Frankfurt Hauptbahnhof

Mari ke hotel!

Tren laju ICE
Kami pun sampai di Frankfurt Hauptbahnhof dan berjalan kaki saja ke hotel kami, Inter City Hotel. Di sini, hotelnya memang cantik dan selesa walaupun cuma ada satu katil. Dapatlah melepaskan lelah sekejap sebelum meneroka Frankfurt pulak. Pada pukul 2 petang, kami pun keluar untuk makan tengahari. Atas petunjuk wakil operator tersebut, kami akhirnya dapat juga makan nasi yang dihidangkan oleh restoran Pakistan. Yang menariknya, aku dapat makan nasi beriyani bersama kari kambing. Kalau di Stuttgart, memang susah sikit nak mendapatkan makanan halal, apatah lagi nasi. Jadi, dapatlah melepaskan rindu dendam kami pada nasi. Syukran!

Stesen Frankfurt

Macam KL Sentral pun ada

Bandar Frankfurt



Inilah hotel kami!

Bilik bujang..okla tu
 
Akhirnya jumpa nasi!!Nasi briyani plak tuh!

Selepas makan, aku sempat singgah di kedai cenderamata dan memborong magnet peti sejuk yang keseluruhannya berharga 183.50 euro. Termasuklah pinggan hiasan kiriman daripada tanah air. Malu jugak aku pada 2 lagi rakan tu sebab dorang pun takdelah borong banyak macam aku. Nak buat macam mana, kenalah ada sedikit cenderamata dan cenderahati untuk orang Malaysia. Sebelah petangnya, aku dan rakan berkunjung ke Frankfurt Main Tower yang tingginya 54 tingkat. Dari menara ni, kita dapat melihat hampir keseluruhan bandar Frankfurt. Sekali lagi, keindahan dari pandangan atas menara ni sukar nak dibayangkan. Tetapi, kesejukan yang teramat sangat menghalang kami untuk meninjau lebih lama. Itupun, banyak jugalah aku dapat snap. Hehehehe..

Teringat cerita Mr.Bean

Sempoi je kedai-kedai dia. Bersih

Tempat menunggu bas

Kedai halal banyak di Frankfurt

Tenang



Kedai cenderamata!!

Bangunan-bangunan tinggi



Belah kanan tu adalah Frankfurt Main Tower

Berada pada ketinggian 91 m

Dapat melihat seluruh Frankfurt

Tiang televisyen kot ni
Selesai di menara tu, kami berkunjung ke Zeil iaitu sebuah pusat beli belah yang besar di Frankfurt ni. Kalau nak dibandingkan keluasannya dengan Midvalley atau Setia Alam Mall, memang kalah pusat beli belah Frankfurt ni. Agaknya orang Malaysia memang suka membeli belah kot? Tapi Iphone kat sini cuma 400 euro. Jeles aku tengok. Pulang ke hotel kemudiannya, aku masih tidak dapat menggunakan wifi. Lain dah ok, cuma wifi je agak sedih dengan tahap signal dia. Aku pun pelik.





Suasana di Zeil

Di Frankfurt, saljinya dah tak kelihatan lagi tapi keadaan beranginnya membuatkan suhu sangat sejuk. Asyik tak tahan, kami sering masuk ke dalam kedai konon-buat-buat-nak-beli-padahal-tak kerana mereka ada pasang heater. Dan di sini juga, kalau pukul 8 malam tu masih ada lagi beberapa kedai yang bukak terutamanya kedai buku, bakeri dan kedai runcit.
Ada satu brader kedai tu tegur aku, "Indonesia?". Aku jawap, "No, Malaysia.". Dia kata balik, "Yes, Indonesia and Malaysia are brothers right". "Yes". Lepas aku bayar ice lemon tea dia, dia pun cakap, "Terima kasih...". Aku terkejut jugak. Tak sempat aku nak reply balik, dia cakap, "sama-sama..". Aku pun jawap, "ya, ya...sama-sama. Thank you.."

Power betul orang Indonesia ni sampai boleh bukak retail store dekat Frankfurt.

28/2/13 Khamis

Keindahan Romer

Hari ni adalah hari terakhir untuk berjalan di Frankfurt kerana pagi esok kami perlu berlepas pulang ke tanah air. Jadi, awal-awal pagi lagi kami sudah menempah Bus City Tour untuk berjalan-jalan dengan bas dua tingkat (ala-ala Hop On Hop Off) dengan harga 28 euro per person. Kami dibekalkan dengan pemandu pelancong yang sangat-sangat peramah dan kelakar. Bas berhenti di Romer dan kami dapat menelusuri muzium-muzium lama tinggalan sejarah Jerman. Di sini juga terdapat Cathedral Tower iaitu gereja yang sudah berusia 160 tahun. Aku dapat melihat sendiri ruang dalamannya dan boleh dikatakan inilah kali pertama aku masuk ke dalam bangunan tersebut hatta di Malaysia pun tak pernah.








Romer

Mangga Valentine's Day


Cathedral Tower berusia 160 tahun




Di Romer juga, aku sempat membeli beberapa lagi cenderamata dan sebelum pulang ke hotel, singgah kembali di restoran Pakistan semalam untuk makan nasi lagi. Dan kali ni, aku makan bersama nan. Petang tersebut, aku mengambil keputusan untuk meronda Frankfurt sorang-sorang disebabkan sorang rakan aku nak berehat di hotel manakala, sorang lagi nak mencari jam tangan di sekitar Romer. Aku meronda pekan Frankfurt menggunakan kemudahan tiket percuma bagi pengangkutan awam yang dibeli bersama pakej hotel tersebut. Sayanglah, kalau tak gunakan ia. Lagipun, sistem pengangkutan awam terutamanya tren bawah tanah mereka tersangatlah mudah untuk dipelajari.

Beriyani ayam masala dengan nan. Tak pedas la pulak dorang buat

Paip atas tanah. Power!!

Bas pesaing ni

Stesen bawah tanah

Stesen Frankfurt

Woi, jangan langgar aku!!

Sangat-sangat sibuk

Frankfurter dari bilik

Burung merpati bersepah

Aku sebenarnya berjalan sekitar Romer jugak sebab pemandangan di sini banyak yang menarik. Lepas lepak sekejap, aku pun pulang dengan tren sama dan melepak pula di stesen utama Frankfurt. Kat sini, aku memerhatikan gelagat orang-orang Jerman yang kebanyakkannya bergerak pantas dan tidak menghiraukan orang sangat. Sebelum pulang kepenatan, sempat beli perfume dengan harga 3 euro. Malam tu, makan megi lagi sebab lapor pulak.

1/3/13 Jumaat

Kami bertolak ke airport sekitar jam 7.30 pagi sebab flight pukul 9 pagi selepas bersarapan di hotel. Suasana pagi yang gelap tu memang menambahkan kesedihan aku kerana terpaksa meninggalkan sebuah kotaraya Eropah yang sangat indah. Teksi Mercedes yang dipandu brader tu laju la pulak kat highway sampai 150km/h aku tengok dia bawak. Maklumlah, lebuhraya dia memang sedap kalau pandu laju walaupun speed limit dia 120km/h je. 

Tiba di Airport Frankfurt

 Insiden di Imigresen Frankfurt

Jadi, sebelum menanti pesawat berlepas, aku pun berjalan sekitar airport dan membeli mp3 untuk adik. Nampak macam comel je, so, beli lah dengan baki duit yang ada ni. Sebaik saja sampai pemeriksaan kastam Frankfurt, kebodohan aku menyimpan lebih 40 keping magnet peti sejuk dalam carry-on luggage menyebabkan kesemua magnet tersebut dirampas. Aku dah buat sedikit study dalam website airport Frankfurt dan memang tak ada disebutkan larangan membawa magnet peti sejuk dalam pesawat. Tapi makcik Jerman yang tak reti langsung bercakap Inggeris tu tunjuk 'magnetized goods not allowed' di kaunter imigresen membuatkan aku mengalah. 

Datang kawan aku, dia pulak sambung bertekak dengan makcik tu. Aku pun syokla sikit sebab ada back-up. Point kawan aku tu bagus. Dia cakap "kat airport pun ada jual magnet tu, kenapa pulak tak boleh bawak?," katanya. Makcik tu pun dah keliru. Datang pulak polis lapangan terbang sorang. Dia soal aku, kat mana beli magnet tu kalau betul beli kat area airport. Kawan aku tu tipu polis tu cakap beli kat airport sebenarnya. Abang polis ni siap mintak suruh tunjuk resit pulak. Tapi makcik tu berkeras suruh aku keluar kalau nak balik magnet-magnet tu. Aku pun mengalah dan terpaksalah menyerahkan magnet-magnet tu pada dia. 

Bila dah lepas pemeriksaan tu, aku masuk satu kedai berdekatan dan memang ada jual barang magnet. Apa lagi, aku terus tanya gadis kaunter Jerman yang comel tu, 'adakah barang magnet dibenarkan dibawa naik ke pesawat?'. Mereka kata tiada masalah dan aku pun ceritakan masalah aku yang dirampas semua magnet tu. Gadis tu pun cakap, sepatutnya memang takde masalah pun. Hmm..aku pun belilah sikit magnet kat kedai dia untuk cover balik magnet yang dirampas tu. Bengang memang bengang tapi nak buat macam mana. Aku rasa nak beli magnet tu tak salah tapi kena simpan di dalam luggage yang dibawa masuk ke pesawat bahagian bawah. Ataupun beli dalam jumlah yang kecil HANYA di airport saja.

Airport Frankfurt lengang lepas kejadian aku tu...Hahaha..

Aku tak ralat dengan harga yang aku belanjakan untuk magnet tersebut cuma yang aku kecewa, aku tak dapat beri cenderahati kepada orang-orang yang aku dah plan nak bagi. Aku cuma simpan sikit dalam luggage besar. Jadi, itu sajalah yang dapat cover untuk aku beri pada orang. Maka, mood aku sedikit terencat disebabkan kes ini. Aku anggap saja ni pengajaran dan perlunya aku lebih berhati-hati ketika berkunjung ke negara orang. 

Ada McDonald di airport Dubai, tapi....

...Kami memilih untuk makan di Burger King!


Dan seperti sebelumnya, kami transit di Dubai dan di situ, aku sempat beli sedikit lagi cenderahati untuk cover balik yang dirampas tu. Punya semangat aku sampai 2 kawan aku tu pun naik pelik. Kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi waktu Dubai. Alhamdulillah setelah selesai solat subuh di dalam pesawat, kami dimaklumkan akan sampai di KL sekitar jam 8 pagi. Syukur, selamat touch down di KLIA sekitar jam 9 pagi pada pagi Sabtu (2/3/13). Tamat sudah perjalanan dan kembara aku di bumi Jerman. Walaupun bibir kering dan kulit muka sakit sebab tahan sejuk, alhamdulillah semua selamat.

I'm coming home...Malaysia...


Jauh perjalanan, luas pandangan. Syukur aku diberikan kesempatan untuk menjelajah ke ceruk tempat lain yang diciptakan Allah supaya kita dapat berfikir tentang perbezaan yang menjadi pemisah antara kita namun masih menjadikan kita mempunyai satu persamaan iaitu pada akhirnya, kita semua hanya akan menyembah Allah Yang Esa. Sekian.


Selamat tinggal bumi Jerman. Moga ketemu lagi jika ada rezeki!!


Saturday, March 16, 2013

Jurnal Kembara 11: Ke Negara Eropah


Bagi setiap manusia yang mengambil subjek atau jurusan Kejuruteraan Mekanikal, pastinya antara salah satu negara yang ingin dilawati adalah Jerman. Jerman sinonim dengan teknologi kejuruteraannya. Maka, ini adalah salah satu sebab utama mengapa anda harus ke Jerman jika mengambil subjek Kejuruteraan Mekanikal. 

Dengan kuasa Allah, aku telah dipilih oleh-Nya pada tanggal 24 Februari 2013 lepas untuk ke Jerman. Ketika bos jabatan aku menyampaikan berita ini seminggu sebelumnya, aku kaget dan tidak tahu apa reaksi yang harus aku keluarkan. Gembira pun tidak, sedih pun tidak. Sedih tu sebenarnya patut aku rasa kerana aku tidak pernah keluar sejauh Singapura, maka, ada rasa sedikit takut. Malah, mendengar perkhabaran suhu ketika itu mencecah paras negatif membuatkan aku rasa sedikit kurang yakin.

Negatif

Tetapi segala pemikiran negatif itu harus aku buangkan jauh kerana hanya inilah satu-satunya peluang untuk aku ke negeri orang. Ke tempat orang putih. Ke Eropah. Suatu tempat yang tidak pernah aku impikan untuk jejakkan kaki seawal ini usia ini. Maka, dengan rasa suam-suam kuku, aku pun menerima tawaran bos jabatan mekanikal itu sambil berdoa dipermudahkan segala urusan aku pergi, semasa di sana dan juga semasa pulang.

Maka, segala titip kata nasihat beliau semburkan untuk aku termasuklah penyediaan baju sejuk dan barang makanan di sana. Sempat beliau meminjamkan jaket sejuknya bagi kegunaan di sana. Menjelang tarikh berangkat, aku pun menyiapkan segala kelengkapan bagi menghadapi cuaca sejuk di sana. Warmpacks, glove, snow cap, lip gloss, stokin tebal dan tak lupa megi juga menjadi antara persediaan aku.

Take-off

Genap tarikh 24 Februari, aku pun sampai di KLIA lebih kurang 5.30 petang sambil ditemani keluarga dan berjumpa dengan wakil dari syarikat pam dan wakil dari operator Terengganu. Oh ya, aku lupa nak bagitau tujuan kedatangan aku ke Jerman adalah bagi menjadi saksi pengujian pam air bersih atau dalam bahasa Inggerisnya, Factory Acceptance Test (FAT) untuk pam yang telah ditempah oleh pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Selaku wakil konsultan, maka aku ditugaskan untuk memeriksa data semasa pengujian nanti samada mematuhi ketetapan yang ditawarkan semasa dalam proses rekabentuk pam tersebut. Jika ok, bolehlah turunkan tandatangan dan jika sebaliknya, boleh reject.


 Mula menyanyi "Frankfurt, aku datang!"

 
 Penaja Arsenal


Perjalanan aku ke Jerman akan transit di Dubai sebelum sampai ke Frankfurt. Emirates Airlines pun mula bertolak pada pukul 7.30 malam waktu Malaysia. Aku mulai rasa berdebar. Fuhh, adakah ini semua mimpi? Ketika di dalam pesawat Emirates Airbus A380, kemudahannya sangat selesa. Kami dibekalkan dengan tv yang mempunyai ribuan jumlah filem, lagu-lagu, berita dan radio. Layanannya juga sangat memuaskan kerana kami susah nak tidur akibat sering diganggu dengan makanan dan pemberian tuala basah daripada pramugari-pramugari.


Mempunyai kamera dari pandangan luar pesawat. Terbaik!


 
 Pelbagai variasi buat penghilang bosan


 Dubai

Aku sampai di airport Dubai pada lebih kurang pukul 3 pagi waktu Malaysia (11 malam waktu Dubai). Tanpa melengahkan masa, aku dan wakil syarikat operator mengerjakan solat jamak dan qasar sementara menanti pesawat berlepas ke Frankfurt. Disebabkan pesawat hanya akan berlepas lebih kurang 3 jam lagi, aku dan mereka mengambil peluang untuk berjalan di sekitar airport Dubai. Airport ni sebenarnya lagi besar daripada KLIA dan lagi moden. Maklumlah, kebanyakan pelancong akan transit di sini untuk ke negara Eropah. Bagi membasahkan tekak, kami singgah di sebuah kedai kopi yang aku lupa namanya.

Tepat jam 3.30 pagi (waktu Dubai), kami pun take-off ke Frankfurt. Fuh, kali ni makin berdebar. Entah macam manalah keadaan di Jerman tu nanti. Sementara bosan di dalam pesawat, aku layan cerita Wreck-It-Ralph bagi menghadapi perjalanan selama 7 jam tersebut. Dan seperti biasa, kami dihidangkan dengan pelbagai makanan (kebanyakkannya roti) oleh pramugari Emirates Airlines. 


















Suasana di Airport Dubai


Oh Frankfurt!

Dan pada pukul 7.30am waktu Jerman (3.30pm waktu Malaysia), pesawat pun mendarat di airport Frankfurt. Aku berasa sangat teruja apabila memandang ke luar tingkap pesawat apabila melihat keseluruhan bangunan dilitupi salji tebal. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah. Aku dan rakan lain selamat mendarat dan selamat melepasi pemeriksaan imigresen pegawai Frankfurt. Seperti rasa mimpi, aku sudah menjejakkan kaki di salah sebuah negara Eropah yang aku impikan selama ini. Syukur kepada Allah kerana telah memakbulkan doa aku. Alhamdulillah. Seperti yang aku pernah tengok dalam drama atau filem luar, aku juga bernafas mengeluarkan 'asap'. Hehe. Sangat teruja.

Cukup sampai di sini dan aku akan sambung di Bahagian Kedua nanti.

Friday, March 15, 2013

Konspirasi Saman dan BR1M 2.0


Tahun lepas, ketika aku baru menerima BR1M daripada kerajaan, aku telah dikenakan saman kerana memandu laju. Boleh rujuk kembali di sini. Tetapi, itu cerita BR1M 1.0. Kali ini, ketika aku memperolehi BR1M 2.0, aku telah sekali lagi dikenakan saman kerana memandu menggunakan talifon bimbit.

Jadi, adakah ini konspirasi pihak kerajaan bagi mendapatkan semula sebahagian duit mereka?

Kadangkala, aku terfikir...

'Tidak mustahil juga'.

Thursday, March 07, 2013

Jambatan Dunia


Duit adalah penyebar kebahagiaan. Duit juga adalah pembawa kemusnahan. Maka, apabila seseorang manusia itu bergantung harap pada 'keagungan' duit, maka, mereka akan terus mencari dan mencarinya. Di sini, kita akan mula lupa akan fungsi kewujudan kita dihidupkan di atas muka bumi ini.

"Husaini!, apa rahsia anda kekal positif dan nampak seperti tiada masalah dalam hidup ni?" tanya Usman.

"Tiada apa-apa. Cuma saya tidak berharap kepada dunia. Jika saya menjadikan dunia sebagai teras kehidupan saya, pastinya hidup saya akan kelam kabut dan ditimpa banyak masalah. Jika sudah memang kita punya pekerjaan atau kehidupan itu ada banyak masalah, maka kita harus berfikir semula atau re-think matlamat kewujudan kita di dunia. Dunia hanyalah jambatan kita ke akhirat.

Banyak manusia hari ini lebih risaukan tugas-tugas mereka di dunia yang belum selesai sambil memejamkan mata terhadap persediaan di akhirat. Jadi, marilah kita memudahkan perkaranya sebegini: Jadikan akhirat sebagai matlamat akhir kamu dan jadikan tugas-tugas di dunia kamu untuk bekalan akhirat, Insyaallah, kamu akan berjaya di dunia dan akhirat.

Jika kamu hanya kejar dunia, kamu akan lihat betapa dunia akan mengejar kamu semula. Sebab itu kamu ditimpa pelbagai musibah di dunia yang memeningkan kamu."

Begitulah panjang lebar jawapan Husaini terhadap Usman.
 
Google Analytics Alternative