Tuesday, January 12, 2016

Turap Jalan


Akibat daripada kebejatan pihak berkuasa ataupun sang celaka yang mengaku berkuasa atas pentadbiran gagal dalam mengurus dan mentadbir, maka, tugas tadbir itu harus digalas rakyat.

Pihak berkuasa yang sepatutnya membuat kerja menurap jalan apabila diambil alih daripada marhaen, maka, kita akan menikmati apa sahaja yang ada. Pendek kata, jika kualiti turapan tidak sebagus mereka yang punya mesin beribu dan wang berjuta, haruslah kita redha dan terima apa sahaja bentuk dan kualiti turapan jalan oleh rakyat.

Kemanusiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi kebangangan itu adalah hak mutlak mereka yang duduk di atas kerusi empuk atas sana.
 


Pemimpin Biasa dan Pemimpin Luar Biasa


Saya teringat sebuah kisah mahsyur mengenai Saidina Umar yang menjadi idola.

"Saidina Umar tidak dapat tidur ataupun berehat kerana memikirkan rakyatnya. Umar bersumpah tidak minum susu dan makan selagi rakyatnya masih dalam kesusahan."

Tetapi, hari ini, kita boleh dapat RM20juta, RM50juta daripada peniaga atau pemimpin. Boleh dapat trak ditempah khas daripada Australia. Walhal masih ada yang tidak cukup makan.

Itu beza pemimpin hebat dengan yang biasa.

Zaman Yang Telah Tiba


Kita nampaknya sudah semakin sampai pada zaman di mana kuasa wang adalah yang teratas. Bukan kecintaan, bukan tanggungjawab, bukan jatidiri, bukan semangat. Kesemuanya adalah kuasa wang.

Setelah bolasepak luar diperdagangkan sebagaimana kapitalis mahukan, kita juga nampaknya sudah terikut dengan agenda ini. Benarlah, dalam sesebuah negara, hanya akan ada beberapa individu sahaja yang kaya-raya terlampau. Si miskin akan melutut dan 'menyembah' kepada si kaya ini meminta simpati dan bantuan kewangan demi menyelamatkan mereka. Bukankah negara ini mempunyai sumber galian dan khazanah yang tidak terhingga, mana perginya kekayaan sama rata yang dilaung-laungkan di dalam Dasar Ekonomi Baru dahulu.

Ini soalan yang sepatutnya ditanyakan kepada pemimpin selaku pembagi-bagi khazanah negara. Mengapa jadi begini? Mengapa segelintir yang kaya? Yang miskin pula dituduh malas, asyik komplen sana-sini, tidak mahu berusaha.

Inilah zamannya. Zaman itu telah tiba.

Friday, January 01, 2016

Resepi Tahun Baru

Sempena tahun baru ni, aku nak bagi sedikit tips atau resepi. Resepi yang aku nak bagi adalah bagaimana untuk menjadi orang berjaya dan genius macam aku. Kahkahkah. Ada dua je iaitu :

1. Bila kena buat kerja orang dan hendak menjadi ikhlas, jangan merungut lepas siap kerja walaupun dia tak ucap terima kasih. Dah siap kerja tu, diam je.

2. Bila ada orang yang tolong buat kerja kau, walau tak mampu bagi apa-apa hadiah atau upah, sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih dan hargai mereka. Itu selemah-lemah bantuan kau boleh buat.

Kau buat je dua benda ni, insyaallah, hidup kau senang. Musuh takde. Kehidupan tenang.

Tuesday, December 22, 2015

Industri Tenat


Melihat kepada senario industri musik dari kaca mata seorang pendengar biasa seperti saya, tidak hairanlah mengapa orang ramai kurang berminat membeli album-album keluaran artis Melayu. Lihat saja lagu-lagu yang naik muak diputarkan di radio sampai sehari nak dekat 90 kali. Lagu-lagu dihasilkan dengan melodi mudah, lirik melepas batuk di tangga dan tidak puitis, tiada bridge yang ditambah dengan gitar solo, rap yang entah apa-apa wajib ada dan macam-macam lagi lagu yang dihasilkan oleh mesin. 

Lagu seperti Siapa Diriku, Cakerawala, Hey Kau, Supergirl, Terlalu Rindu, Hantu atau Buaya dan lain-lain (sekadar memetik beberapa tajuk) langsung tiada jiwa. Tiada nilai seni dan hanya sekadar sedap di halwa telinga untuk seminit dua. Lagu-lagu nyanyian Sissy Iman, Eyza Bahara, Nana Sheme, Elena Harris, Ayda Jebat, Wani Kayrie, Aziz Harun dan lain-lain yang entah datang dari pelusuk mana terus mendapat putaran ke udara berpuluh kali sehari. Ia tidak akan bertahan lama, tidak akan menjadi evergreen, tidak akan menjadi lagu wajib di pusat karaoke atau tidak akan disebut-sebut selepas 2,3 bulan. 

Ini menunjukkan industri kita kian tenat. Bukan tenat dalam penghasilan lagu. Tetapi, tenat dalam kekurangan lagu yang ada jiwa apabila dipenuhi oleh orang-orang bodoh di dalam industri baik di dalam studio rakaman mahupun stesen radio.

Sunday, December 13, 2015

Bismillah - 29hb November 2015


Tanggal 29hb November 2015

Hari yang cukup indah dan bermakna. Hajat asalnya lain namun, segala urusan telah dipermudahkan dan kata putus telah dicapai.

Allahuakbar! Allah Maha Besar!

Alhamdulillah! Segala Puji Bagi Allah!



Final 2015

Dengan harga tiket melambung sehingga RM40 untuk orang dewasa, apakah yang dapat kita simpulkan daripada cerita malam ini?

1. Tiket mahal namun kerusi tetap penuh. FAM bangsat ke?

2. Permainan masih tahap kampung. Bagaimana pengulas boleh kata Malaysia akan mampu berjaya di rantau Asia? Cukuplah 40 tahun lebih kita dibodohkan dan ditipu dengan pembangunan bolasepak sana sini yang akhirnya tetap ke laut sahaja. Hanya yang bodoh sahaja percaya ceritera KJ dengan NFDPnya.

3. Pemain tempatan tidak sebagus mana tetapi aksi kurang ajar dan provokasi lebih menguasai permainan.

Akhir sekali, walaupun FAM dibangsatkan, tiket mahal nak mampus, orang Malaysia segelintirnya tidak kisah. Biarlah dipijak sekalipun, namun kepuasan nafsu lebih utama. Kerana pada akhirnya, kita akan menyalahkan FAM juga.

Saturday, December 12, 2015

Tafsiran Akal

Kadang-kadang tidak susah menelaah dengan akal. Tidak susah juga mentafsir keadaan menurut akal pemberian Tuhan. Akal yang ada ada batasannya. Ada tahap maksimumnya. Jika ia tidak digunakan secara baik atau dibiarkan lelah tanpa pencarian ilmu, maka, selamanya akan tersesat ke lorong gelap akibat kedangkalan. 

Aku tidak menyalahkan kedangkalan ilmu yang ada pada manusia di dalam gambar ini. Cuma, aku berasakan mereka cuba untuk menipu diri sendiri. Cuba untuk bersikap living in denial kerana takutkan sesuatu ataupun mungkin mahukan sesuatu. Sedangkan Mantot (penulis CursingMalay) yang dahulunya bijak pun sudah tidak boleh memfungsikan otaknya dari terjebak ke arah kesesatan, apatah lagi mereka yang di dalam gambar ini yang sudah tentu mempunyai akses terhad terhadap alam pencarian ilmu yang maha luas.

Moga aku dan rakan-rakanku yang baik dijauhkan dari bala ini. 

 

Wednesday, December 09, 2015

Oportunis Si Tingkat Empat

Bagai mencampak pelampung ke arah orang yang sudah mati kelemasan.

Begitulah sifat Khairy. Asal ada peluang terbuka buatnya, ia akan gunakan sebaik mungkin. Sifat bermuka-muka ini tidak susah untuk kita hadam dan fikir. Lihat saja makmal kos sara hidup yang pernah dicadangkan. Ke mana haluannya? Sekali menipu, orang masih boleh terima. Tetapi, kalau dah selalu menipu, tak UMNOlah namanya.

Mudah kata, asal ada peluang, ia akan gunakan untuk menaikkan namanya. Kesimpulannya, benda dah jadi, barulah ia bersuara.
 
 

Friday, November 20, 2015

Mini Rasuah dan Songlap

Gejala rasuah dan songlap yang beranak pinak daripada menteri ni sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan manusia melainkan mereka dipandukan oleh Al-Quran dan mempunyai iman dalam hati mereka. 

Contoh paling kecil yang orang selalu buat macam tuntutan elaun perjalanan. Engkau dahlah travel tak set meter dari awal, bila bab isi mileage, kau letak ikut sedap. Ataupun, kalau bijak sikit, guna google maps untuk dapatkan berapa kilometer. Kalau tak boleh nak dapat tepat, engkau kurangkanlah sikit kilometernya daripada berlebih. Bila kurang, engkau sudah dikira sedekah pada syarikat. Bila berlebih, engkau berhutang dengan syarikat selagi syarikat tak halalkan. Mana kau nak?

Thursday, November 12, 2015

Hari Kebangkitan

Kedatangan akhir zaman seakan sudah boleh dibilang dengan jari akan dekadnya.

Apabila agama sudah dikomersilkan, engkau boleh tengok Pencetus Ummah atau Daie..
Apabila asap dijadikan makanan, engkau boleh tengok penghisap vape..
Apabila mengangkang depan doktor hensem tidak menjadi kesalahan, engkau boleh tengok segelintir wanita gila...
Apabila si jahil memerintah, engkau boleh rujuk menteri BN..

Moga Allah ampuni hamba-Nya yang banyak berbuat dosa dan dijauhkan kami dari api neraka.

Tujuh Sebelas


"Weh, jom pegi 7E. Ada Slurpee harga murah tapi leh ambik banyak.."

"Hah, yeke? Jom-jom....

"Jom, pastu leh upload Fesbuk...heheheh"

Apsal kau tak upload gambar kau makan oink-oink je?
Sebab oink-oink haram kan?
 Apa beza dengan perangai haram kau ni??

 
Google Analytics Alternative