Monday, June 22, 2015

Ramadan di Tahun GST

Singgah bazar Ramadan dan hasil tinjauan untuk tahun ni....

Air berperisa makin mahal. Roti john naik harga. Ayam percik makin kecik. Kuih 5 bijik RM3. Daging kambing RM10 per 100 gram. Murtabak inti sikit.

Hasil zakat mencanak je setiap tahun tapi masih ada peminta sedekah di bazar.

Macam ni kau kata UMNO bela bangsa Melayu??

Sunday, June 21, 2015

Struktur dan Ringgit

1 Singapore Dollar = 2.80 Malaysian Ringgit

Orang Malaysia segelintirnya tak kisah pun ringgit jatuh sebab apa? Sebab depa tak terasa lagi. Tak terasa bukan sebab tak ambik tahu tapi kurang kesedaran dan bangang (dalam kata mudah). Contoh mudah, kalau kau nak beli barang hard disk komputer yang cip-cipnya diimport. Harga hard disk ni dah naik kalau engko perasan. Pasangnya memang di sini tapi komponen penting diimport. Sama juga macam harga kereta. Kalau perasan, mana ada promosi meluas daripada penjual-penjual kereta buat masa sekarang.

Tapi yang melayu sibukkan adalah struktur tulisan UMNO yang nak dirobohkan dari cerita ringgit jatuh. 

Kesian, "laung hidup Melayu, jangan cabar Melayu" tapi senyap-senyap kena pedajal dengan pemilik struktur tu.




Wednesday, June 17, 2015

Jatuhnya Suara Rakyat

 16 Jun 2015

Isu berkuburnya Pakatan Rakyat seperti yang diperkatakan Lim Guan Eng sebenarnya menandakan bahawa PR sedang 'tenat' pemimpin. Kehilangan tokoh seperti Anwar, arwah Nik Aziz atau mendiang Karpal amat dirasai. Lalu, muncullah puak-puak yang mempunyai fikiran yang kacau bilau dan tidak tenang.

 Dalam kes ini, tidak patut gua menyalahkan sesiapa di dalam PR. Cuma, jika dilihat, arwah TGNA tidak pernah pula menyerang DAP atau berkata buruk dengan rakan mereka di dalam PR. Ditambah pula dengan golongan profesional yang sebelum ini membawa angkatan mereka serta mewujudkan Kelab Penyokong Bukan Islam untuk PAS pun ditolak baru-baru ini. Secara ringkasnya, PAS lebih berminat menegakkan dasar parti daripada cubaan untuk menumbangkan kerajaan zalim dan celaka BN. Itu yang dirasai rakyat kini berbeza ketika zaman arwah TGNA. 

Hal hudud itu memang sudah menjadi dasar parti dan ia adalah proses yang sentiasa berjalan, namun, tujuan utama PR adalah untuk memperkukuhkan sokongan rakyat dengan menolak BN dan menjadi suara bagi rakyat yang ditindas. Berbeza dengan TGHH sekarang. Begitu juga dengan Nik Abduh yang suatu ketika dilihat mempunyai ketokohan seperti bapanya namun, kini seperti sudah hilang punca dengan lebih berminat untuk menghentam rakan proksi. 

Kesimpulannya, boleh diibaratkan kita bakal melalui satu lagi fasa yang mana kita memerlukan satu tokoh atau dua, tiga untuk membawa suara rakyat. Proses ini sebenarnya adalah merugikan kerana ia ibarat memberi talian hayat kepada BN. Mereka berevolusi dan PR juga (atau alternatif lain) berevolusi. Ia akan memakan masa dan rakyat akan terus ditekan dengan penguasa zalim untuk beberapa tahun mendatang.

Monday, May 25, 2015

Hikayat Ropingya


Di zaman sekalian mak bapak moyang kita masih bercerita dengan lilin menyala, maka terdapatlah seekor makhluk beruang yang dahulunya ada ketirisan di Kementerian Pertahanan kini bangkit bersuara ibarat beruang lapar dan buncit. 

"Kerajaan Bani Leman harus bantu pelarian Ropingya! Sila tunjuk keikhlasan dengan bantu mereka!!"

Pada masa yang sama, beruang bodoh tersebut yang di fungsinya lebih atas daripada Kerajaan Bani Leman tidak pula bersuara mahu membantu sekumpulan pelarian tersebut. Sebaliknya, Kerajaan Bani Leman yang hanya punya tanah sekangkang kera itulah yang mahu disuruh bantu pelarian Ropingya tersebut. Kerajaan Bani Leman dengan akur berkata,

"Kami tiada masalah dan sedia bantu. Katakan saja."

Dasar beruang bengap itu semakin gila.

Saturday, May 09, 2015

Tabung Bajie


Ramai juga yang saya perhatikan di laman sosial (penyokong Umno) tidak memahami isu Tabung Haji dan Tun Razak Exchangenya. Saya pun bukanlah arif tetapi sekurang-kurangnya kita pasti dapat mengutip ilmu melalui pembacaan dan pemahaman persekitaran.

Tabung Haji Properties (THP) membeli setengah ekar tanah daripada 1MDB yang pada asalnya dibeli dengan RM4 juta dengan harga yang melambung tinggi mencecah RM 194 juta. Mengikut analisis dan perkiraan THP, ia bakal memberi pulangan pelaburan mencecah RM500 juta (betulkan jika salah) memandangkan faktor kawasan tersebut terletak di segitiga emas Kuala Lumpur. Isunya di sini adalah kenapa terlalu mahal?

Terdapat tulisan di laman sosial mengatakan bahawa ia perlu diselamatkan daripada pelabur luar dan totok Umno berpendapat ia akan memberi keuntungan jangka panjang kepada THP dan kerajaan. Isunya di sini adalah 1MDB adalah syarikat 100% kepunyaan kerajaan dan THP pula adalah GLC. Mengapa dana THP digunakan untuk membeli tanah daripada syarikat kepunyaan kerajaan sedangkan umum tahu bahawa 1MDB itu sahaja sudah bermasalah dengan hutang dan aliran tunainya yang teruk? Ini belum sentah lagi isu "conflict of interest" dengan lembaga pengarah THP dan 1MDB tu adalah orang yang serupa.

Saya teruskan pembacaan di alam maya dan menjumpai kebanyakkan komen yang bersedih dengan provokasi yang diciptakan kepada THP (entah siapa cipta?) dan mengatakan orang Islam berdengki sesama Islam dan akhirnya tanah THP itu jatuh ke tangan pelabur lain.



Dalam hal ini, saya boleh katakan mereka yang bermain dengan sentimen Islam dan Melayu (jika ada) sebagai seorang yang mempunyai akal yang singkat dan pemikiran yang hodoh. Masakan ia tidak nampak kebobrokan dan isu utama yang lebih mudarat daripada sentimen Islam dan tanah kepada orang Islam. Lebih banyak wang rakyat yang digunakan untuk melepaskan (bail-out) 1MDB yang berhutang berbillion itu tidak pula mereka nampak manakala tanah Islam yang tergadai (kononnya) itu mereka nampak? Namun, isu kesingkatan akal totok Umno ini hanyalah isu picisan. Lebih teruk, minda totok Umno sudah tidak dapat diubati lagi.

Insyaallah, saya akan menulis lagi.


Ini Bajie

Tuesday, May 05, 2015

Mujur


Perodua Myvi dahulu pernah masuk dalam senarai kereta yang aku ingin beli dahulu. Mujurlah, ia tidak menjadi kenyataan sekarang.

Kehkehkeh....

Tuesday, April 14, 2015

Siling


Tidak lama dahulu, aku pernah ceritakan dalam warkah ini yang aku dengan selamba badaknya telah merekabentuk sistem mekanikal secara single-handedly untuk sebuah sekolah di tempat kelahiran Pipiyapong.

Namun, langit tak selalu cerah pada manusia sombong.

Satu hari, wakil kontraktor di tapak projek ini wassap aku...

"Eh, pusat sumber ni ada siling ke? Arkitek kata takde siling la. Macamana mau pasang aircond siling?"

"Hah, yeke? Biar saya confirmkan kejap.."

Aku pun wassap arkitek yang dah macam kawan sebaya aku.

"Weh, betul ke Pusat Sumber ko buat tu takde siling.."

"Haah.." jawapnya pendek.

Ah, sudah! Mana mungkin nak pasang aircond jenis ceiling cassette tanpa siling!

Aku tepuk dahi beratus kali. Inilah akibat tiada koordinasi antara arkitek dan jurutera. 

Namun, dengan menggunakan ilmu kejuruteraan yang dikurniakan Allah, aku yakin perkara ini akan selesai walaupun aircond tersebut mungkin akan dipasang tanpa ada siling. Doakan aku ya.



Saturday, April 11, 2015

Industri Minyak dan Gas Penuh Cabaran


Industri minyak dan gas sekarang tengah jatuh. Banyak syarikat buang orang. Harap sesiapa yang berminat dalam industri ini, boleh cuba buat pendapatan sampingan terlebih dahulu sebelum apply semula.

Haha.

Sunday, March 29, 2015

Manusia Haiwan Mengajar Manusia Lain Cara Haiwan


Kebelakangan ini makin kerap kita digembar gemburkan dengan kes ragut, pecah rumah atau samseng jalanraya. Tak dinafikan kita pasti akan menonton beberapa video yang memaparkan orang ramai membelasah peragut di jalanan misalnya. Soalannya, adakah ini tindakan yang betul?

Tentu sekali tidak! Siapa kita untuk menghukum peragut sehingga berlumuran darah, pecah kepala, patah tulang belulang. Apa guna undang-undang yang diciptakan manusia? Siapa kita untuk mengambil nyawa manusia lain hanya kadangkala semata-mata dia mencuri pisang atau tabung masjid? Dan apabila kita katakan sebegini, sebahagiannya akan menjawab..

"Eh, bayangkan kalau mak ko kene ragut? Ko biar je dan tengok?"

Ya benar. Apabila kena pada keluarga kita sendiri, apa yang kita boleh buat adalah sabar dan hukumlah mereka dengan undang-undang yang ada. Bukannya memecahkan kepala mereka dan membelasah ramai-ramai. Iman kita setipis kulit bawang dan janganlah kita tipiskannya lagi. Ketika marah, memang emosi akan menganggu dan seterusnya akan menjemput syaitan supaya terus melakukan perbuatan yang tidak pernah Rasulullah S.A.W ajarkan. 

"Ah, ko nak cakap pasal nabi pulak. Baginda tu nabi, kita ni siapa?"

Yelah, saya perlu bandingkan situasi ini dengan Nabi suruhan Allah. Kalau bukan kita ikut cara Nabi, kita nak ikut cara siapa? Ingatlah ketika zaman Nabi berperang dahulu pun, beliau tidak menyeksa tawanan malahan Baginda melayan dengan berhemah. Ini baru cara Islam yang betul. Bukannya menghukum pesalah lain bak undang-undang rimba.

Sunday, March 01, 2015

Dua 'K' di Vietnam

Kalau engkorang dan rakan makcik korang kepingin berkunjung ke Vietnam, jangan lupa mencuba dua benda 'K' ini :

1. Kopi
2. Kain (bagi kaum wanita jela)

Kopi dia entah kenapa memang takkan jumpa di Malaysia. Walhal aku bukanlah penggemar minuman berkafein ini pun. Tetapi, kopi Vietnam ni memang lain. Isi dia kaw gila. Cara dihidangkan juga spesel iaitu dihidangkan sekali bersama penapis. Kita akan tunggu air kopi jatuh daripada serbuk kopi yang ditapis tersebut. Untuk penuhkan cawan tu, mungkin ambil masa dalam 2-3 minit. Namun, ia berbaloi. Ada juga kalanya mereka hidangkan yang dah hampir siap ditapis dan boleh terus alihkan penapis lalu minum. 


 Penapis di atas, cawan di bawah


Alihkan penapis dan minumlah dengan bismillah..

Sosiobudaya Bisnes


Ada member gua pernah promote Public Mutual kat gua. Seperti yang lu orang tahu, benda ni guna masa pencen nanti. Dia tolak duit daripada akaun kita dalam EPF dan akan dibayar dividen masa kita bersara nanti. 

Member gua asyik call ajak jumpa, asyik sms, asyik whatsapp. "Bila free bro? Jomla lepak-lepak". Padahal member lama tak pernah bertanya khabar pun lepas habis sekolah.

Gua punya tensen, satu hari gua tanya dia melalui aplikasi whatsapp.

"Berapa kena ada dalam akaun 1 tu yang membolehkan aku join Public Mutual ko?"

"Tak banyak bro.. RM1XXXX je"

"Kahkahkah, aku angka dalam akaun 1 banyak tu pun tak sampai..."

"Eh, takkanlah bro. Ko dah keje berapa lama?"

"Baru 4 tahun..."

"Ermm, kalau gitu, ko kena bayar pakai duit sendiri dulu dalam RM100 tiap bulan, boleh?"

"Tak..."

Semenjak itu, member gua tu tak pernah lagi dah ajak jumpa, ajak melepak dan mengeteh.

Kesimpulannya, benda macam bisnes cari orang, MLM, etc ni memang akan buat engko jadi rambang mata dan tamak haloba. Dia cuma cari kau bila ada kepentingan atau makna kata lain, bila dia perlukan orang untuk dia berbisnes. Jadi, engkorang boleh tunjukkan jari tengah bila jumpa malaun lahabau yang tetiba nak ajak engko lepak setelah berbelas tahun terpisah.

Sunday, February 15, 2015

Pra-Kejatuhan

Tahun 2014 mencatatkan penurunan atau kejatuhan nilai ringgit.

Bukan sahaja nilai ringgit jatuh, bahkan kadar posting blog ini tahun lepas juga adalah yang terburuk.

Moga aku terus istiqamah dalam menyampaikan berita dan laporan diri aku untuk tahun ini.

Kamon!!
 
Google Analytics Alternative