Tuesday, July 01, 2008

Kesepian

Tahniah buat Sepanyol atas kejayaan yang gemilang selepas menunggu 44 tahun.

Semalam aku berkesempatan menonton Sepi.Agak menarik.Kesepian aku(maksud aku berseorangan) menonton filem ini membuatkan ia begitu terasa.Ceh,jiwang pulak! Namun pujian patut diberikan warga kerja Sepi terutama Khabir dan gerak kerja kamera yang cukup indah. Sukar aku untuk mengingati filem-filem lain yang lebih cantik daripada ini selain Cinta. Kisah yang paling menonjol aku rasakan ialah kisah Adam lakonan Afdlin. Kisah kedua dan ketiga pula lebih syahdu dan menangkap perasaan.

Aku menontonnya bukan untuk melihat pelakon-pelakon gah di dalamnya atau ingin mengikuti jalan ceritanya sangat tapi ingin melihat sejauh mana falsafah Khabir Bhatia gunakan dalam filem ini. Selepas Cinta,aku dapat rasakan keistimewaan pengarahan Khabir. Tidak keterlaluan tema filem ini lebih berat dari Cinta dan itu yang menariknya ia daripada Cinta. Lakonan setiap pelakon begitu berkesan cuma Syed Husin masih nampak 'berlakon'. Pemandangan Taman Tasik Taiping dipergunakan sepenuhnya oleh Khabir lalu terhasillah paparan indah di layar lebar dan grafik bangunan di latar belakang taman itu begitu realistik sekali. Begitu juga adegan perlanggaran yang nampak real terutamanya babak jip yang melanggar Rozita Che Wan. Pasar borong Selayang pun boleh terlintas dalam fikiran Khabir dan shot di sini juga menjadi cantik.

Menontonnya selama hampir 2 jam bagaikan tidak puas apabila perjalanan cerita tampak laju dan diharapkan produksi Sepi boleh menghasilkan extended version dalam DVD. Bagi aku,adegan paling menarik dalam cerita ini ialah semasa imbas kembali watak Imaan(Baizuara) yang melihatkan apa yang terjadi kepada Pierre Andre. Hanya muzik yang melatari imbas kembali tersebut dan penyampaian sebegitu manjadi berkesan sekali. Walaupun kisah Imaan ideanya tidak asli atau nampak basi, gaya penyampaiannya memang lain daripada yang lain.Itu yang buat ia menarik.

Jika korang bukan peminat Cinta sekalipun, pastinya amat berbaloi mengeluarkan RM8 untuk menontonnya. Percayalah ia tidak menghampakan...

No comments:

 
Google Analytics Alternative