Setelah aku berjaya menyelesaikan satu langkah anak tangga yang lalu maka esok akan bermulalah satu penitian ke anak tangga yang baru dalam hidup aku. Tangga ibarat perjalanan hidup. Untuk melangkah ke anak tangga yang baru,anak tangga sebelum itu mestilah diselesaikan dulu dalam makna lain kita perlu melangkah anak tangga itu dengan jayanya. Jaya tak jaya pun, kita masih boleh melangkah walaupun sebelah kaki.
Menamatkan diploma dan akan melangkah ke ijazah itulah tangga-tangga yang aku maksudkan. 3 tahun diploma adalah satu masa yang agak panjang tetapi tanpa kita sedari pada penghujung perjalanan itu ia adalah masa yang terlalu pendek. Masih segar dalam ingatan aku ketika mula-mula mendaftar untuk diploma lalu. Seluruh keluarga,sanak saudara,datok dan opah aku turut bersama-sama mengikut aku mendaftar. Bukan aku pinta tetapi mereka yang ikut serta.Mungkin mahu beri sokongan dan terima kasih aku ucapkan.
Sepanjang perjalanan aku mengikuti pengajian diploma pula penuh dengan suka-duka yang mengajar aku erti seorang mahasiswa. Bercampur dan mengenali berbagai ragam orang.Mengetahui siapa rakan,siapa musuh.Juga siapa yang tikam belakang.Semua itu ada dan pernah aku rasai. Ini semua dapat memberi kita erti dan makna kehidupan. Walau kita cuba elak tetapi kita tetap perlu hadapinya dan hanya masa yang menentukan.
Kali ini aku akan buka lembaran baru yang menanti di Shah Alam. Aku tak tahu samada rintangannya lebih besar atau sebaliknya,tapi yang pasti dan paling penting aku kena hadapi mahu atau tidak.
Harapnya blog ini tidaklah banyak sangat sawangnya nanti...Hehehe
Saturday, July 05, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment