Friday, April 23, 2010

Lagenda Budak Setan

Aku rasa Ahadiat Akashah masa dia buat buku tu dulu-dulu, dia suka tengok Hellboy kot...


Takpun dia minat MU...?


Banyak betul teori-teori relativiti sekarang ni...

Jamalulail

Itu hari macamana Jamalulail bole terlambat bangun pegi tempat praktikal. Selalu gerak pukul 7.30 paling lambat dari rumah. Ni jam dah pukul 7.40 baru beliau tersedar. Apa punya member rumah entah taknak kejut member. Padahal makan nasi lemak sama-sama kongsi. Jamalulail pun rushing la ke tandas nak mandi. Atau orang Kedah punya ayat, " Jamalulail pun pulun la pi tandas". 

Jamalulail dengan tak ambil gayung berisi sabunnya macam budak-budak asrama bawak gayung nak mandi kat tandas tingkat bawah sambil bertuala, terus menerjah bilik air. Jamalulail mandi style takde cover punya, jadi tuala beliau disangkutkan saja dekat kepala shower. Jamalulail punya kelam kabut memang tahap kaw-kaw kalau dah lambat macam ni. 

Tapi, tiba-tiba Jamalulail rasa nak terkencing. Dengan berus gigi digigitnya, beliau memulas flush tangki jamban duduk. Air menderu laju membasuh mangkuk jamban. Jamalulail pelik. Dia belum kencing lagi tapi kenapa tangannya gatal memulas flush tangki jamban. 

Dalam tangki jamban, air menitik perlahan untuk memenuhi semula tangki itu. Jamalulail dah lambat. Nak taknak terpaksa juga dia buang air kecil dalam mangkuk itu. Selepas itu, beliau terpaksa membuka penutup tangki itu untuk men'top up' air sendiri dalam tangki dengan kadar yang lebih laju supaya beliau boleh memulas flush tersebut untuk membersihkan sisa najis dalam mangkuk jamban. Lagi parah, berus gigi di gigi tadi jatuh dalam mangkuk.


Moral -  Pikir dulu sebelum lu nak flush. Kalau lu sanggup tunggu air menitik penuhkan tangki balik, takde masalah.

Monday, April 19, 2010

Hasil Kajian Tesis:Top Blogger

Setelah aku membentangkan hasil tesis yang setebal 256 muka surat kepada Persekutuan Blogger Malaysia minggu lepas tentang sifat blogger-blogger hebat dalam Malaysia, dapat aku simpulkan hasilnya di bawah ini:


Tanda-Tanda Anda Adalah Top Blogger
 
  1. Follower la. Tengok follower dah tau. Setakat follower ramai macam blog gua ni, simpan jela hajat nak jadi feymes macam Pipiyapong dalam kocek seluar.
  2.  Tulis ayat sikit je dalam posting, contohnya," Hari ni gua tertinggal henpon dalam peti ais" tapi komen dia, mak ai. Ayat macam ni je dah dapat komen sampai 38-40 komen. Macam siak.
  3. Jenis tak reply komen punya. Banyak kalangan bloggers feymes takde masa nak balas komen pelawat. Samada komen dorang mahal atau memang busy gile, entahlah.
  4. Layout simple. Bloggers feymes tak perlu layout-layout lawa dan berat. Layout standard pun orang konfem datang. Sedangkan bloggers baru nak up ni susah payah dok letak widget itu, widget ini, kasik bling-bling la, kasi semak la..Apela..Macam gua.
  5. Networking. Yang ni semua orang tahu. Tak payah gua nak cerita.
Sampai sini jela dapat aku simpulkan. Korang pun mesti dapat fikirkan? Lain-lain tu korang tambahlah sendiri. Tambah kat blog sendiri la, bukan kat sini. Haha..


Sunday, April 18, 2010

Media Massa Dan Pengaruhnya Kepada Kehidupan Kita

Dalam sekitar pagi Rabu hari tu, aku tertonton televisyen (aku dah lama tak tengok tv) di ruang tamu bersepah rumah sewa aku. Iklan memang memberi pengaruh besar kepada kehidupan manusia. Iklan kadangkala ditokok tambah dan adakalanya menyembunyikan fakta sebenar. Baik, jangan berdalih lagi. 

Sebaik menonton iklan McDonald yang memaparkan promosi Breakfast dengan harga serendah RM4. Aku tanpa segan silu mengajak member serumah supaya melepakkan diri pada waktu pagi di McDonald yang hanya 500m dari rumah dari menghabiskan masa hujung minggu melepak di atas katil berdengkur.

Pagi Ahad tu habis budak-budak rumah aku gegar. Jam dah area pukul 7. Mana layan kalau datang McD pukul 10 kang. Awek-awek Intec pun tak datang waktu gitu. Dan berkat kesungguhan aku menggegar budak-budak ni, akhirnya kami berlepas ke McD pukul 8. Dalam hati ada taman aku nak try set sarapan pagi yang promosinya aku tengok di televisyen itu hari. Sarapan makan burger dengan telur standard macam orang putih dengan harga RM4, mana nak dapat bai. Pastu dengan kopi Arabica lagi. Perghh..Lainlah kalau lu orang masak sendiri murah le kot.

Dalam perjalanan ke restoran ni, kitorang melintas depan sebuah gerai nasi lemak. Aku separa menjerit....

"Kitorang dah tak layan nasi lemak pagi-pagi ni makcik!"

Aku kurang pasti makcik jual nasi lemak tu dengar ke tak. Dengan semangat pagi yang meresap ke dalam diri ditambah dengan rasa dah macam mat salleh sarapan burger pagi-pagi, aku dan rakanku sampai di McD. Sampai kaunter aku mula rasa lain. Aku tengok semua poster-poster promosi di dinding, di belakang kaunter, di atas meja kaunter dan segala tempat yang ada tulis promosi sarapan pagi ni. Takde langsung tulis set pagi berharga RM4. Aku macam teringat yang kat televisyen tu die tulis RM4*. Apa maksud * akan dibongkar kejap lagi....

Aku tengok set-set sarapan pagi semua stok RM7 ke atas. Nasib baik aku bawa duit lebih. Ingat tadi nak bawak RM4.10 je tadi harga lepas cukai. Aku cuba berlagak tenang dan mengorder set nombor 2 kepada akak kaunter. Sambil tunggu order disiapkan, agak-agak macam line dah clear, aku tanya kat sorang brader McD ni...

"Bang, saya tengok dalam tv set tulis RM4 tu apa dia ye?", tanyaku dengan suara berbisik.

"Ok macam ni. Yang set harga RM4 tu bila weekday je. Bila weekend harga macam nilah." sambil tunjuk-tunjuk set-set yang ada di tempat promosi. Dia pun separa berbisik seakan paham aku tanya soalan yang menampakkan macam aku tak berduit. 

Nak taknak, kami layan ajela beli set yang ada dan hajat bersarapan pagi dengan harga serendah RM4 di McDonald tak tercapai. Aku tak perasan kot ada simbol asterik masa tunjuk kat televisyen hari tu. RM4(*) / * - Hanya pada hari-hari biasa. 

Cis, ni semua salah media massa. Mereka menggunakan font paling kecil jika ada simbol asterik di mana-mana papan iklan. Terpedaya orang-orang macam aku yang tak buat kajian menyeluruh sebelum membeli.

Thursday, April 15, 2010

Habis

Arsenal's Premier League title harapan semua tetapi berakhir.

Arsène Wenger sisi turun 2-1 untuk Tottenham di White Hart Lane pada Rabu malam dan sekarang enam mata di belakang pemimpin Chelsea dengan hanya maksimum 12 yang sedia.


Serentetan gemuruh dari Danny Rose menetapkan nada untuk malam selepas hanya 10 minit. Walaupun mereka menekan tuan rumah, Arsenal menderita pukulan lain ketika Thomas Vermaelen tertatih-tatih dari luka lama kemudian.


Gareth Bale slotted kedua rumah dua minit selepas restart untuk memberikan ruang bernafas Tottenham. Arsenal terus memaksa diri mereka ke depan tapi mereka hanya menemukan canggih ketika Robin Van Persie diperkenalkan dengan 22 minit tersisa.

Van Persie dipaksa panjang lain-penuh menyimpan dari Gomes dengan beberapa minit.

Tapi terlalu sedikit terlambat untuk Arsenal. Tottenham telah melakukan kerja sterling menyimpannya pada jarak sepanjang permainan.

Mereka melintasi beberapa minit terakhir dengan penggera beberapa nyata.



Notakaki: Rekod 10 tahun lebur... 

Sunday, April 11, 2010

Tamatnya Sebuah Episod Dalam Perjalanan Hidup

Internship atau praktikal training aku secara rasminya dah berakhir Jumaat lalu. Walau aku gembira dapat melepaskan diri dari supervisor aku yang bermuka ketat sepanjang masa, aku rasa sesuatu. Sesuatu yang rasa seperti kehilangan. Aku selalu macam ni.

Macam masa aku kena pegi Program Khidmat Negara dulu, punyalah aku menyumpah apa semua, tapi bila dah atas bas nak tinggalkan kem rasa macam kehilangan. Entah kenapa entah, bila kita dah rasa selesa dengan apa yang di sekeliling kita walau ada satu dua benda yang menyakitkan hati di pertengahan jalan, kita akan rasa itu adalah sebahagian dari kehidupan. Itulah warna dalam kehidupan ni.

Maka, apabila hari Jumaat lalu tibanya waktu tamat kerja, aku bersalam dengan pekerja-pekerja di kilang itu. Dengan supervisor aku bermuka ketat pun aku salam sambil mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi. Reaksinya biasa dan cuma berkata ok. Namun, aku tidak pernah nak simpan dendam atau apa-apa je dalam hati. Aku akan bersangka baik dan dia pun dah nak bertukar kerja. Dengan pekerja Bangla dan Myanmar pun aku salam. Mereka ni lah antara yang buat aku dan rakan-rakan seronok kerja sini. Yang buat aku survive sampai hari itu. Mereka juga seronok apabila kitorang datang buat praktikal kat situ sampai peluk-peluk aku sehingga keluar pintu sambil berpesan jangan lupakan mereka. Oh, aku terharu.


Aku akan menyambung semula status aku sebagai pelajar selepas ini selepas hampir 4 bulan berstatus sebagai operator. Jalan di depan masih banyak yang perlu aku tempuh. Berduri, bengkang-bengkok, lurus atau apa saja keadaan jalan itu, harus aku lalui. Masih banyak di depan yang menanti aku. Dan pengalaman-pengalaman yang aku lalui dan tinggalkan di belakang tidak akan menjadi sia-sia kerana itulah pedoman aku kelak. Dan, bagi pekerja-pekerja asing di situ, aku tidak tahu apa nasib mereka nanti setelah kerajaan akan mengurangkan kuota pekerja import nanti. Aku berasa simpati pada mereka sama seperti aku berasa simpati pada orang-orang kita yang masih menganggur. Tapi, apa yang boleh aku pelajari daripada mereka hari ini ialah, kerja kuat. Susah untuk melihat dalam 4 bulan itu mereka tidak datang bekerja. Mereka juga bekerja overtime setiap hari, setiap bulan dan juga setiap tahun. Itupun masih rendah bayaran yang mereka dapat yang hanya menjadi tinggi nilainya di kampung halaman mereka. Tapi mereka tak akan berhenti bekerja. Ibarat ada sesuatu yang mereka kejarkan. Entah apa nasib mereka nanti.




Bukan aku mahu menyokong kehadiran pekerja asing di sini cuma aku terasa dan tersentuh dengan ketabahan di dalam jiwa dan semangat kental mereka di sebalik cabaran yang mereka hadapi. Kerana sebagai manusia, melihat manusia lain berjuang dalam kepayahan mereka, cukup mendetik hati aku.

Tiba-tiba, kalendar bertiup di dinding....

Hari ni sudah 11 April. Tinggal 12 hari untuk menghantar laporan praktikal. Sempat lagi ber'emo' di sini. Sekian...

Saturday, April 10, 2010

Memori Menonton Bola

Ini cerita lama.

Tengok kaler hitam putih ini saja sudah tahu kan.

Sedang aku asyik mencarik-carik nan cheese dalam pinggan aluminium, ekor mataku memberi jelingan sebelah kiri bahawa ada susuk tubuh datang duduk di sebelah meja aku. Seorang pakcik berkain pelikat dan berketayap melabuhkan punggung di kerusi plastik kedai mamak seksyen 18 ini. Beliau menegurku ketika aku sedang menoleh ke arahnya tanpa sempat aku memalingkan pandangan ke arah lain.

"Game Arsenal dah habis ke?", tanya pakcik itu ketika skrin di tv bersiaran iklan.

"Eh belum. Tengah half time," jawabku manis.

Dari permulaan perbualan ini, aku rasa seronok kerana dia banyak bercerita tentang Arsenal. Dari cerita padang stadium yang disirami air ketika half time hinggalah pasal mamak-tak-basuh-tangan-pegang-straw lepas-keluar-toilet. Wisel pun ditiup menandakan 2nd half sudah bermula. Kami pun pakat-pakat diam bagi menumpukan perhatian kepada game yang vital ni. Sepanjang game Arsenal-Wolves ini, pakcik itu banyak diam. Aku yakin beliau adalah peminat tegar Arsenal. Aku mula rasa seronok kerana ada peneman.

Sementara itu, dalam peti televisyen, Arsenal masih gagal menembusi gawang Wolves yang meletakkan bas di depan gol ketika minit sudah masuk ke 90. Dan pada minit ke 93, satu hantaran dari brader rambut mop, Sagna singgah tepat di kepala Bendtner untuk memberi gol tunggal pada Arsenal malam itu. Aku separa menjerit di situ tatkala budak-budak Arsenal di satu sudut lain bersorak macam menang liga. Namun, pakcik sebelah aku tadi tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aku naik hairan.

"Arsenal ni nasib je gol. Dorang main tak macam MU. Kalau kita tengok game MU, dorang main tersusun dan semua player boleh pakai. Tak macam Arsenal, dok passing-passing tapi tak boleh buat gol. Tu nasib jela tu gol, nasib baik bawak masuk Bendtner."

Itu antara kata-kata beliau yang terngiang-ngiang di telinga aku. Aku macam antara nak ternganga atau tak ternganga di situ. Rupanya pakcik ni supporter MU ke?

" Kalau takde Arshavin, Adebayor, lingkup Arsenal. Diorang pegi mana?", sambung beliau lagi.

Adebayor? Lama pakcik ni tak update info dia ni. Nak cerita ke atau tak yang Adebayor dah lama blah. Aku decide taknak cerita supaya beliau tak malu.

"Arshavin injured cik"

Pakcik tu angguk sambil aku mintak diri nak ke kaunter.

Selesai membayar bil, aku senyum nipis pada pakcik tu dan angguk kepala tanda nak blah. Dia pun senyum nipis. Tapi riak wajah dia macam sedih. Pagi esok bukak paper, beza mata antara MU dan Arsenal tinggal 1 mata. Aku senyum nipis lagi.

Sunday, April 04, 2010

Sial Nama

Minggu sudah aku baca paper mingguan halaman artis dan gosip dunia hiburan. Paper mingguan kalau hari ahad memang cover penuh cerita-cerita artis nih. Cubalah ke arah yang lebih islamik sikit. Jadi, sudah ada berita dunia artis hari tu, aku pun bacalah dengan penuh tawaduk.

Sampai satu part berita ni, pasal artis muda yang orang dok panggil LJ atau nama penuhnya Liyana Jasmay. Pung pang pung pang dia sembang pasal life dia as an artist, last-last dia pesan supaya jangan panggil nama dia dengan panggilan LJ lagi. Kawan cina kat kolej dia cakap, "Haiya, u tau ka Liyana. Itu LJ ada maksud tidak baik punyala. Olang cina cakap suwey la u", Err, lebih kurang.

Jadi, atas sebab nilah Liyana Jasmay ni merasakan LJ singkatan namanya adalah membawa maksud tidak baik dalam budaya cina, maka dia merasakan janganlah namanya dipanggil dengan panggilan LJ lagi. Ni yang aku naik hairan nih. Yang budak ni takut sangat dengan sial namanya dalam kalangan Cina buat apa. Sebagai orang Islam, tak sepatutnya pegangan teguh kita lari disebabkan kepercayaan sesuatu bangsa lain. Yang dia menggelabah takutkan namanya membawa sial hanya disebabkan kepercayaan bangsa lain untuk apa?

Bagi aku, selagi kita berpegang pada akidah kita, tak sepatutnya kita dibelenggu rasa takut akan sial yang akan menimpa hanya disebabkan nama itu membawa maksud tidak baik dari kalangan kepercayaan lain. Ni yang bahaya ni, boleh terpesong akidah ni. Nasihat aku, tak perlu risau nama kita bawa maksud tak baik dalam kepercayaan lain selagi kita berpegang kuat pada akidah Islam.


Notakakiwaklu - Aku tak suka nak cerita pasal dunia artis ni, tapi rasa terpanggil pulak nak menyuarakan hal ni. Lain kali, belilah URTV.
 
Google Analytics Alternative