Tengok kaler hitam putih ini saja sudah tahu kan.
Sedang aku asyik mencarik-carik nan cheese dalam pinggan aluminium, ekor mataku memberi jelingan sebelah kiri bahawa ada susuk tubuh datang duduk di sebelah meja aku. Seorang pakcik berkain pelikat dan berketayap melabuhkan punggung di kerusi plastik kedai mamak seksyen 18 ini. Beliau menegurku ketika aku sedang menoleh ke arahnya tanpa sempat aku memalingkan pandangan ke arah lain.
"Game Arsenal dah habis ke?", tanya pakcik itu ketika skrin di tv bersiaran iklan.
"Eh belum. Tengah half time," jawabku manis.
Dari permulaan perbualan ini, aku rasa seronok kerana dia banyak bercerita tentang Arsenal. Dari cerita padang stadium yang disirami air ketika half time hinggalah pasal mamak-tak-basuh-tangan-pegang-straw lepas-keluar-toilet. Wisel pun ditiup menandakan 2nd half sudah bermula. Kami pun pakat-pakat diam bagi menumpukan perhatian kepada game yang vital ni. Sepanjang game Arsenal-Wolves ini, pakcik itu banyak diam. Aku yakin beliau adalah peminat tegar Arsenal. Aku mula rasa seronok kerana ada peneman.
Sementara itu, dalam peti televisyen, Arsenal masih gagal menembusi gawang Wolves yang meletakkan bas di depan gol ketika minit sudah masuk ke 90. Dan pada minit ke 93, satu hantaran dari brader rambut mop, Sagna singgah tepat di kepala Bendtner untuk memberi gol tunggal pada Arsenal malam itu. Aku separa menjerit di situ tatkala budak-budak Arsenal di satu sudut lain bersorak macam menang liga. Namun, pakcik sebelah aku tadi tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aku naik hairan.
"Arsenal ni nasib je gol. Dorang main tak macam MU. Kalau kita tengok game MU, dorang main tersusun dan semua player boleh pakai. Tak macam Arsenal, dok passing-passing tapi tak boleh buat gol. Tu nasib jela tu gol, nasib baik bawak masuk Bendtner."
Itu antara kata-kata beliau yang terngiang-ngiang di telinga aku. Aku macam antara nak ternganga atau tak ternganga di situ. Rupanya pakcik ni supporter MU ke?
" Kalau takde Arshavin, Adebayor, lingkup Arsenal. Diorang pegi mana?", sambung beliau lagi.
Adebayor? Lama pakcik ni tak update info dia ni. Nak cerita ke atau tak yang Adebayor dah lama blah. Aku decide taknak cerita supaya beliau tak malu.
"Arshavin injured cik"
Pakcik tu angguk sambil aku mintak diri nak ke kaunter.
Selesai membayar bil, aku senyum nipis pada pakcik tu dan angguk kepala tanda nak blah. Dia pun senyum nipis. Tapi riak wajah dia macam sedih. Pagi esok bukak paper, beza mata antara MU dan Arsenal tinggal 1 mata. Aku senyum nipis lagi.
No comments:
Post a Comment