Wednesday, July 07, 2010

Paul The Octopus

Pasukan Belanda kini sudah selamat melabuhkan punggung di Hotel African Pride Melrose Arch di bandar Johannesburg yang menjadi tempat letaknya Stadium Soccer City iaitu gelanggang final tahun ini. Apa yang menarik di bandar ini adalah Nelson Mandela yang pernah dipenjarakan di Penjara Robben(?) sewaktu zaman Apartheid menetap di Vilakazi Street di pekan Soweto. 

Tempat lepak Arjen Robben dan Wesley Sneijder menjelang final nanti


Manakala, untuk game separuh akhir pagi esok, Germany berentap dengan Spain. Paul si sotong yang berusia dua tahun telah bulat hati memilih Spain sebagai pemenang untuk perlawanan malam ni. Hebat sangatkah Paul si sotong ni? Pandai sangat ke dia meramal pasukan ibarat bookie berjudi? Dan yang paling penting, tererkah dia bermain bola dengan 8 kakinya?

Paul pilih Spain beb


Paul si sotong sebelum ni telah meramalkan Jerman tumpas di tangan Serbia di peringkat kumpulan dan ternyata benar. Si sotong ni juga telah meramalkan Jerman akan menumbangkan England dan Argentina di peringkat kedua dan suku akhir yang mana juga amat tepat. Maka, dengan memilih Spain sebagai pemenang pagi esok, adakah para bookie dan kaki judi semuanya sepakat memilih Spain untuk muncul sebagai pemenang? Mana aku tahu. Untuk makluman, semua game yang pernah si sotong ni ramal, 1 je tak betul itupun masa final Euro 2008 yang Spain menang walhal beliau ramal Jerman menang. 

Ah, khurafat semua ni. Tapi orang kata deria haiwan ni kadang-kadang lebih kuat dari manusia. Kalau tanya aku pulak untuk game Jerman dengan Spain, aku rasa Spain kot pegi.

6 comments:

jo said...

aku kata jerman.

eJAI said...

macam ade gaye jgak jerman tp naluri aku sepangyoll....haha

Siti Noor Aminah said...

eh, skuad kenari ada main world cup x?




haha.

Anonymous said...

ade ape dengan 120 minit?

-Menulis sekurang-kurangnya 2 pos panjang di dalam blog.

-Jimat 120 minit untuk bangun 120 minit lebih awal pada esok hari.

-Masak sendiri di rumah, tidak perlu bazir duit di kedai orang

-Membaca 3 juzuk al-Quran

-Menghafaz 2 muka surat al-Quran

-Membaca 100 muka surat buku

-pk ttg FYP

-etc

ps:Habis tu, kenapa perlu tengok bola?

ps:
haha..
so siapa akan menang ?
(yang menang tu sape yang bangun subuh awal dan berada di saf plg depan kat masjid kot)^_^

eJAI said...

baik..:)

eJAI said...

skuad kenari?layak ke?huhu...

 
Google Analytics Alternative