Thursday, August 12, 2010

Jurnal Kembara 4: Satu Hari Di Singapura

Agak lama aku terlantar di ruang belajar aku sehingga tidak punya peluang untuk menghidupkan blog ini. Jadi, di kesempatan ini, aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan jangan lupa semayang Subuh lepas sahur. 

Beberapa minggu lepas, aku ditugaskan ke Singapura untuk mencari bahan baru untuk segmen Jurnal Kembara setelah sekian lama asyik ronda Malaysia je. Haha. Sebenarnya aku ke sana untuk lawatan sambil belajar. Belajar melihat negara orang dan menghayati keindahan tempat lain.


Teruja memohon pasport di pejabat imigresen PKNS



Busy sumbat beg dalam bas. Entah bawak ape entah padahal 1 hari je


Kami bertolak seawal pukul 1 pagi untuk bajet sampai Gelang Patah tepat-tepat waktu subuh dan boleh start jalan-jalan awal pagi. Dan memang sampai sana lebih kurang area pukul 6, dapatlah kami berjemaah sama-sama di R&R Gelang Patah. Setelah lepak-sambil-minum-dan-juga-mandi apa semua, kami pun meneruskan perjalanan ke kompleks imigresen. Memang aku rasa teruja sebab tak pernah ke oversea. Paling jauh oversea pun ke Penang je. Takpun Pangkor.


Kami guna link kedua sebab drebar bas cakap tambak jem



Panorama melalui Link Kedua


Takyah cerita banyak, first tempat kami sampai di Singapura adalah Jurong. Jurong ni nama asalnya jerung. Tapi sebab lidah orang putih pelat menyebut, jadilah Jurong. Jurong ni jugak adalah kawasan perindustrian sebenarnya tapi disebabkan taknak nampak sangat kawasan industri, maka dibina satu taman yang dipanggil Jurong Bird Park. Oh ya, kami dibekalkan dengan sorang tourist guide dari kalangan wanita moden di sana. Sungguh rajin dia bercerita mengenai sejarah Temasek walaupun ada fakta dia yang macam bercanggah dengan apa yang aku belajar. Mungkin paksi sejarah direka-reka mengikut acuan tempat tersebut supaya nampak hebat dan gah.

Kawasan industri Jurong




Ni area Jurong gak kot



 Lagi besar dari Melaka punya. Takde kena tarik macam Melaka punya


Selepas tu, kami lalu area Geylang Serai dan Marina Bay punya tempat. Dekat Singapura, kebanyakan jalanrayanya adalah dalam 3 lorong dan takde satu pondok tol pun aku nampak. Tapi dengar khabar, kalau nak gunakan jalanraya, kena bayar cukai yang agak tinggi. Mungkin sebab tu jalan nampak lengang. Setelah asyik meninjau dari atas bas je panorama kat sana, akhirnya dapat juga membetulkan pinggang dan mengeliat di hentian pertama di Chinatown. Kat sini bukan ada pun, ada kuil besar je yang tengah ada sesi baca-baca dalamnya. Lepas tu, ada satu market besar yang aku tengok sebijik macam dalam Phua Chu Kang. Dalam tengah mengejar masa, aku dan beberapa member sempat menyinggah di tandas awam. Di sini, mana ada guna paip. Semuanya guna flush je. Pastu ada tisu. Pandai-pandailah basuh camne.


Mana ada paip air. Kalau tak suka, tahan jela...



Sini semua lorong 3 line tapi tu pun takde jem




Tourist guide kata Hotel Raffles ni adalah hotel tertua di sini




Rasa macam kat Jepun pun ade




Tiang tu namanya tugu 4 bangsa sempena Perang Dunia Kedua lalu




Tokong Buddha di Chinatown


Kalau tadi Jurong daripada jerung, Geylang pulak asalnya daripada kilang dan Changi daripada cengal. Semua ni nak nampak komersil dan ada nampak nilai-nilai kapitalis kat situ memang terserlah. Next stop adalah Kampung Gelam di mana tempat ni dikatakan tempat peninggalan kaum Melayu. Maksud aku peninggalan warisan dan budaya Melayu. Memang jadi satu tempat pelancongan yang menarik. Aku terpikir juga, kot-kot cara pembangunan dia boleh diaplikasikan di Kampung Baru, Kuala Lumpur selain dari jadi tempat makan nasi lemak je. Kat sini, dapatlah jugak aku beli-beli souvenir sikit untuk dibawa pulang. Boleh kata murah jugakla di sini. Kalau tak convert duit Malaysia la bai.


Panorama dari Taman Merlion



Binatang ni la yang Sang Nila Utama jumpa



Bangunan yang macam ada kapal kat atas tu memang smart



Nilah makanan tengahari yang dipanggil Nasi Sambal Goreng. Sedap beb...


Dan demi memendekkan jurnal ni, kami pun singgah di Sentosa Island sebagai pitstop yang terakhir. Kat pulau buatan ni, memang dibina khas taman tema yang menempatkan juga Universal Studio di mana aku hanya dapat lalu depan jela. Kat Sentosa ni, aku berpeluang naik Skyride yang macam kereta kabel tapi kena duduk macam bangku panjang dan main satu permainan baru yang dipanggil Luge. Luge ni berkonsepkan kereta ala-ala go-kart tanpa enjin yang meluncur dengan menuruni bukit. So, kena pandai kawal stereng dan main brek la. Melihatkan aku mengambil lap laju gila sambil cecah tangan (sebab macam dah nak terbalik), brader-brader jaga kat situ usha macam tak puas hati je.


Satu lagi binatang pelik di Pulau Sentosa tapi lagi besar


Dengan dollar yang dah hampir nak menyusut, kami ke show terakhir kat Sentosa untuk malam tu yang dipanggil Songs of the Sea. Persembahan yang menggunakan pancaran laser ke pancutan air dibuat di tepi pantai dengan props rumah-rumah usang dipacak kat pantai tu. Lebih kurang macam drama jugak dengan permulaan persembahan ada pantomin yang macam mengarut je. Yang menarik tu pancutan air warna-warni je.


Main Skyride di pulau buatan




Pulau Sentosa antara tempat yang mesti dilawati jika singgah di Singapura. Fuh,macam iklan.



Persembahan air dan laser Songs of the Sea


Bila jam dah menunjukkan pukul 11 malam dan kami pun dah nak gerak balik ke Malaysia, maka lengkaplah perjalanan satu hari kami ke Singapura. Nak cerita, memang tak puas jalan-jalan satu hari tapi kalau pandai guna betul-betul 1 hari tu memang sedap.

 Dari pengamatan aku, antara point-point yang aku rasa best di sini adalah:

- Jalan semua 3 lorong. Takde tol tapi dikenakan bayaran untuk masuk bandar supaya kereta kurang di jalanraya. Orang akan guna public transport. Di sini, pengangkutan awam memang terbaik. Setiap 5 minit ada je bas. Kalau takde bas, guna teksi yang berlambak gile. Kalau teksi pun lu orang taknak naik, naiklah MRT.

 Walaupun nampak buruk tapi ada GPS


- Kualiti kebersihan memang tiptop. Susah nak jumpa daun-daun kering kat tepi jalan. Sampah lagilah, memang tak jumpa la. Bangunan-bangunan dan flat perumahan pun tak berlumut dan semua nampak macam baru cat.

 Area Geylang tempat terletaknya flat-flat perumahan kos rendah


- Bangunan lama dibela. Bukan runtuhkan macam yang terjadi pada Penjara Pudu. Ni semua dasar kapitalis.

- Singapura sudah mulakan program penanaman pokok semenjak dari tahun 70-an menurut tourist guide. Tak heranlah, jalan kat sana redup je. Kalau kat negara kita, DBKL memang rajin potong dahan dan ranting sampai botak bersandarkan alasan taknak bagi dahan jatuh.


Mana-mana ada je pokok di tepi jalan


- Singapura juga sudah bersiap sedia menghadapi perang nuklear apabila telah membina terowong yang boleh menempatkan berjuta-juta orang di dalamnya.

Macam terowong Smart tapi boleh tahan bom nuklear


- Jangan main rasuah (takde kaitan tapi kena sebut jugak).


Pendek kata, bukan senang nak dapat peluang melancong dengan kos murah macam ni. Kadang-kadang ada benda yang dapat kita ambik dan belajar daripada negara orang supaya dapat dijadikan teladan dan panduan buat kita jugak. Tak bermakna yang hebat tu bagus tapi tak bermakna jugak yang bagus tu hebat. Jadi,aku harus hargai pengalaman yang aku timba ini. Sekian, dan jangan lupa cuba murtabak Singapore.

4 comments:

jo said...

murtabak singapore dekat pontian pon ade. yang aku faham, sejarah sana memang diubah pun supaya aliran pemikiran rakyat dia dapat diubah. kalau ikut sejarah yang betul, singapore tu tak jadi macam sekarang..

eJAI said...

Ooo..nnti turun pontian ar cmni.. Yup, memang aku rase ade sejarah yg depa ubah.Tu yg jadi camtu tu...

Anonymous said...

nice sharing.mereka tu hidup dalam keadaan civilised societykan.^_^

ps:A vacation is what you take when you can no longer take what you've been taking.
bila nk ke redang ?nk ikut.nk ikut.

eJAI said...

Hehe..yup..terlalu civilised shingga ade benda yg mcm termiss...

Nice quote...thanks..

Redang?huhu...bile2 je bole..jum..^_^

 
Google Analytics Alternative