Akhirnya test terakhir aku sebelum raya ni yang bertajuk welding tamat tengahari tadi. Habis je test terus layan PES sampai pening kepala. Pening kepala bukan sebab ape. Sebab tak cukup tidur sebenarnya. Khamis malam sebelum tu, aku mengerjakan proposal FYP yang kena submit hari Jumaat patutnya. Nak dijadikan cerita, aku diarahkan submit Isnin pulak sebab lecturer aka supervisor aku tu terlupa yang Jumaat lepas cuti. Pergh. Memang cantik. Aku dah sampai depan pintu bilik-bilik pensyarah tengok-tengok pintu kunci. Segera aku mesej beliau dan beliau reply, terlupa Jumaat cuti. Penat aku berjaga dan tak tidur menyiapkan 3 chapter FYP malam sebelum tuh.
Ni bukan aku. Kenapa aku kaler rambut dia je?Lu orang pikirlah sendiri.
Jumaat malam pulak, aku mengaji subjek welding untuk test hari Sabtu iaitu pagi tadi. Study sampai tak tidur. Kalau tidur pun, tidur kejap-kejap je macam ayam. Habis test pagi tadi tu yang terus layan game tu sampai pukul 4 petang. Kepala dah betul punya tintong dah masa tu. Usai main game, terus pegi basuh baju dan layan Facebook sambil makan kerepek kejap. Eh, mana ada. Aku puasa la. Habis berFacebook dan basuh baju, aku dapat panggilan dari parent yang mereka nak datang untuk berbuka bersama seperti sebuah keluarga yang mesra. Haha. Oklah dapat aku melepas rindu pada keluarga. Tup-tup tengah sodap makan kat restoran mamak masa berbuka, ade pulak game Arsenal lawan Blackburn. Mak ai. Apsal aku boleh lupa plak kewujudan game ni? Nak je aku lempang otakku sendiri. Aku pun ajak ayah aku layan game ni dulu sebarang dua.
Sebelum lempang hinggap kat kaki aku, aku segera membetulkan kenyataan kat ayah bahawa kita layan game Arsenal ni lepas solat Maghrib kat masjid berdekatan ye yah! Habis semayang dan berwirid(alhamdulillah), kami(aku dan ayahku saja: umi dengan adik ke Ole-Ole) pun segera mencari restoran mamak yang lain pulak buat port untuk sambung layan game Arsenal ni. Sampai kat mamak, skor dah 1-1. Ah, aku syak kalau tak menang 6-2 macam tempoh hari tu, mesti menang 10-1. Setelah melepakkan diri selama 45 minit di mamak, kami pun pulang. Eh silap. Aku jelah pulang ke rumah sewa dihantar oleh parentku. Ape? Berape skor tadi? Lu orang gugel jela game bertarikh 28 Ogos 2010 ni. Haha...
Sampai gate....
"Angah, amikla dua bungkus roti john ni dengan nuget Seri Murni beserta kerepek ni" kata umiku.
Aduh, aku terharu. Nuget Seri Murni ni baru je minggu lepas aku tengok kat Tesco Extra. Berhajat nak beli tapi kensel sebab harga dia mak-ai-boleh-tahan-kau-cekik-darah-tak-cukup-lagi-ke-kau-untung-jual-minyak-masak.
Aku berjalan sayu ke muka pintu sambil Avanza maroon kian jauh meninggalkan perkarangan rumah.
Syukur...
Nota bawah-bawah - Sekarang memang trend letak gambar guna Paint je ke?
No comments:
Post a Comment