Thursday, November 25, 2010

Hari Isnin Mencari Kerja

Isnin

Aku start cari keje dengan beberapa kawan aku. Member aku bagi nombor telefon kilang lama Panasonic dia. Ah, akibat bosan asyik keje dengan Panasonic je, aku mengignorekan suggestion dia. Apa barang asyik Panasonic je. Lalu, aku pun meronda dengan member-member aku yang lain. Target pertama pergi kilang-kilang area seksyen 16. Member suggest situ. Round-round lebih kurang 20-30 minit tengok semua kilang kecik-kecik aje. Bukan nak memilih tapi kami singgah 2 jenis kilang di situ style yang kena operate machine. Lebih kurang zaman aku praktikal je kena main-main besi nih. Mana tahan. Gaji ciput. Round lagi jumpa satu kilang. Bangga gak ada satu kilang nama Azman Hamzah Plastik celah-celah kawasan industri situ. Besar pun boleh tahan gak. Try tanya pakgad situ, suruh bawak resume dan sijil-sijil. Alamak, kitorang jenis main terjah je. Mana nak bawak sijil-sijil ni semua. Setakat operator nak pakai sijil ape barang.

Seksyen 16 failed. Pergi Seksyen 23. Banyak kilang situ. Antaranya Gardenia, Nitto Denko, Panasonic, Maple Tree, Jotun dan sebagainya. Tapi dalam banyak nama aku sebut ni, satu je yang kitorang singgah tanya. Iaitu Nitto Denko, kilang elektronik. Dia punya besar pun ada style. Mengikut pemahaman aku, kilang besar, gaji pun besar. Nak mengulor pun senang. Malangnya, seperti sebelum ni, ada sesi interview yang perlu dilalui. Siap kene dressing dan bawak resume dan sijil-sijilan. Nak mintak operator pun nak pakai jadah ni semua? Ape barang Nitto Denko woi!

Seksyen 23 failed. Pergi Seksyen 21. Nampak kilang lama aku Panasonic Air-Cond. Teringat member-member lama kat situ. Kami meneruskan perjalanan ke Panasonic Compressor. Saje usha-usha. Ni la kilang yang kawan aku suggestkan nombor telefon dia. Besar boleh tahan tapi ape barang asyik keje ngan Panasonic. Nampak ada kilang Silver Bird yang bikin roti High 5 tu. Tapi sebab takde kepakaran menebar roti, kami batalkan niat mintak keje situ. Kami try tanya DHL Express. Tapi India jaga situ cakap takde nak pakai orang. Nak pakai orang baru diorang bentang banner. Kedekut betul DHL nih. Kami ke JVC Manufacturing. Aku pegi tanya sorang mak gad di kaunter guard. Dia cakap operator diorang amek perempuan je. Mak ai. Ape barang amek operator laki kan. Hampa dan kecewa, kawan aku beli air sarsi  50 sen dalam mesin minuman. Cukuplah kongsi 4 orang dengan cawan kecik tu buat melepas dahaga di terik matahari tengahari. Kami ke kilang sebelah JVC. Tasco namanya yakni kilang penyimpanan barang aku rasa. Pakgad bangla suruh isi borang. Mintak kami keje permanent 6 bulan. Alahai, kami nak keje sebulan je isi masa terluang. 

Tiba-tiba, sorang brader client dorang perli, "Keje jela dik, kalau tak best berhenti. Time skang susah nak cari keje". Terdiam kami lalu tersengih sendirian. Kami ambil borang dengan niat taknak isi. Saje taknak kecikkan hati bangla tadi. Kilang terakhir untuk hari tersebut adalah Panasonic LCD TV. Brader jaga kaunter pun suruh datang interview dan bawak sijil serta gambar berukuran pasport. Adoyai, ini kerja operator saja maa. Tapi tangga gaji dia memang masyuk. Masyuk kalau compare kilang-kilang lainlah. Kerja kosong pun banyak dia cakap. Jadi, dia suruh kami datang petang bawak semua yang diminta. Kami bersetuju lalu pergi balik rumah. 


Sampai rumah dah mencekik apa semua, memanglah sedap nak tido. Tapi tiba-tiba aku rasa terdetik nak call nombor telepon yang kawan aku suggestkan tuh. Ala, yang Panasonic Compressor tuh. Call je, ada satu brader Melayu angkat. Pung pang pung pang ape semua, kitorang tertarik dengan tawaran dibayar gaji hari. Maknanya, setiap hari dapat gaji ikut masa kerja. Memang sedap. Agak-agak tak best, blah je kan. Last-last, kami semua keje kat Panasonic yang aku bencikan dari awal tadi. Adui..balik-balik kilang nama Panasonic kan? Penat-penat 1 hari ke sana, ke sini, dengan hanya 1 panggilan je dah dapat keje. Buang karan je.

14 comments:

NNasha said...

salam. berapa ye gaji kat kilang tu?

eJAI said...

Wassalam, tak ingat sis. Mungkin kalau sebulan saya ingatlah. Sebulan boleh dapat dalam RM1200. Ni zaman masa tu la. Sekarang lagi tinggi kot...hehehe

Abg ShaQ said...

Keje operator kt situ selalunye buat keje ape je?

Unknown said...

Kilang panasonic kerja dia buat apa je ya?

Unknown said...

Kilang panasonic kerja dia buat apa je ya?

Anonymous said...

Kilang panasonic kerja dia buat apa je ya?

eJAI said...

Kilang panasonic buat aircond. Operator buat kerja macam tolak kotak ke tempat stor dan angkut ke tempat conveyor. Tampal stiker kat aircond. Buang tajam2 kat aircond punya plastik.

Anonymous said...

Tempat sha ade nk pakai cs lelaki. Gdex courier. Basic pun besa. Ade alaun kdtgn. Esentif, kenaikn gaji tiap tahun. Knaikn gji utk performance. Byk lagi la bonus pun ade. Kat pgudang johor.

eJAI said...

Wow, boleh sha rekemen?

Nurul aiyani alysy binti nor azahari said...

Saya nak masuk company sebab skg sye operator gaji sikit . Diorg tak ada tolak ape2 pun . Sape2 tahu panasonic seksyen 23 company kosong bila ? Sekarang sye kerja panasonic seksyen 23 . Saya tanya dgn org2 kat situ tak dilayan pun 🙁

Anonymous said...

kilang panasonic kerja shif ke? dalam 1 minggu berapa hari kerja? ada cuti ke?

Anonymous said...

kalau saya ambil diploma separa masa (bljr stiap hri sabtu dan ahad),
bolehkah saya ambil cuti di kilang panasonic itu?

Anonymous said...

masa kerja kilang panasonic dari pkul brapa smpai brapa?

eJAI said...

SOALAN

Saya nak masuk company sebab skg sye operator gaji sikit . Diorg tak ada tolak ape2 pun . Sape2 tahu panasonic seksyen 23 company kosong bila ? Sekarang sye kerja panasonic seksyen 23 . Saya tanya dgn org2 kat situ tak dilayan pun 🙁

JAWAPAN

Tak tahu kosong bila tapi rasanya setiap hari ada kekosongan. Cuma jangan check dengan Panasonic. Better check dengan agensi yang provide pekerja kepada Panasonic tu. Nak tahu macamana agensi dia tu, cuba check dekat kad nama pekerja tu, ada nama company agensi. So, tanya je pekerja2 tu siapa boleh saya contact untuk mintak kerja. Kadang2, ada bas dia, ada van dia. So, tanya je terus kat diorang. Tanya kat Panasonic direct memang takkan dilayan. Hahaha.

SOALAN

masa kerja kilang panasonic dari pkul brapa smpai brapa?

JAWAPAN

12 jam dik. 7 pagi sampai 7 petang. Ni kalau operator la. Kalau hang mintak engineer, kerja 8 jam jela.



SOALAN

kilang panasonic kerja shif ke? dalam 1 minggu berapa hari kerja? ada cuti ke?

JAWAPAN

Shif 2 minggu kerja siang. 2 minggu kerja malam. 1 minggu kerja 6 hari je kalau tak silap. Nak kerja direct 7 hari pun boleh. Dapatlah OT




SOALAN

kalau saya ambil diploma separa masa (bljr stiap hri sabtu dan ahad),
bolehkah saya ambil cuti di kilang panasonic itu?

JAWAPAN

Boleh. Ikut agensi kerja hang. Sebab Panasonic ada banyak agensi yang menyediakan pekerja kepada Panasonic. Ada agensi yang ok, ada yang tak ok. Kalau nak kerja 5 hari seminggu pun tiada masalah. Nak ambil cuti pun takde masalah dik.

 
Google Analytics Alternative