Ok setelah lama Jurnal Kembara tidak bersiaran, kali ni aku akan menyambungnya kembali. Sambung pun bukan sebab apa. Sebab ada bahan baru, aku adakanlah balik. Baik, tanpa membuang banyak masa anda, aku teruskan dengan kembara ke hutan. Kali ni, aku dan beberapa kawan baik telah ke Taman Pertanian Malaysia.
Pintu tiket
Taman Pertanian Malaysia terletak di Seksyen 8, Shah Alam. Dengan keluasan sekitar 1295 hektar, memang cukup membuatkan kita berasa penat jika berjalan ke seluruh taman tersebut yang mula dibuka pada 1986. Harga tiket masuk ke taman ini adalah RM3 bagi dewasa. Yang budak kecik, aku tak sempat pulak nak tengok. Tanyalah lebai google.
Saranan awal aku adalah elok jika kita datang ke taman ini pada awal pagi. Sebab nak cover satu taman ni ada dalam dekat sehari jugaklah. Tu pun kalau korang rajin nak berjalan ke seluruh taman ni. Bagi kitorang, alang-alang dah sampai, maka eloklah kalau pusing habis satu taman. Baru mantop biarpun penat tak terkira. Perjalanan kami dimulakan ke Camar Rimba. Tapi satu habuk camar pun tarak. Yang ada cuma kolam mancing siap ngan joran buluh ada kat situ. Entah sapa punya entah. Kemudian, taman haiwan menjadi destinasi kami seterusnya. Di sini, banyak juga yang boleh dilihat. Antaranya, burung kakak tua, landak, tuntung, merpati, merak, kerbau, rusa dan juga kuda. Rusa-rusa di sini sungguhlah jinak kerana aku dapat peluang memberinya makan dan menyentuh ubun-ubunnya dengan tenang.
Rusa jinak
Peluang melawat ke kandang kuda padi adalah suatu peluang berharga yang dapat aku nikmati kerana sebaik saja kami sampai untuk melihat kuda padi, 2 ekor kuda ini hendak mengawan. Mereka hampir-hampir mengawan, tetapi dihalang kuda jantan lain. Mungkin kuda betina tu awek dia kot. Beberapa kali jugak kuda jantan tadi nak mengawan tapi dihalang kuda jantan lain. Kesian sungguh kuda tu tak dapat melepaskan hajat. Akhirnya, kuda betina lain yang agak tua menjadi pasangannya. Perkara rare yang aku saksikan live depan mata ni ada aku abadikan dalam kamera aku. Walaubagaimanapun, biarlah aku simpan saja. Bak kata omputih 'unreleased'.
Bukan kuda padi ini
Pemandangan di sini amat indah dan aku bagaikan tak percaya, di tengah-tengah Shah Alam ni masih banyak tersimpan khazanah alam yang masih malar hijau dan segar. Apapun, tarikan utama di Taman Pertanian Malaysia pastilah rumah empat musimnya. Menariknya, rumah ni beroperasi mengikut cuaca di luar negara. Memandangkan di oversea cuacanya winter atau musim sejuk, maka aku berpeluang menikmati suhu musim sejuk di rumah tersebut. Memang true dia punya sejuk. Siap ada orang salji lagi. Cuma kita tak dibenarkan memijak salji tiruan tu jela. Tapi, seriusli memang kaw-kaw dia punye sejuk sampai aku menggigil nak shot gambar. Bayaran masuk rumah ni RM3 jugak. So, total sekarang RM6 la. Berbaloila masuk rumah ni even kecik je ruang dia. Kalau nak try musim-musim lain, kena follow musim oversea la sebelum plan nak datang. Kat sini pun ada kalendar tarikh dia punya musim tukar bila.
Boleh bikin ais kacang daa
Macam kat London Colney
Kat sini ada 3 cara nak travel atau kembara ke segenap pelosok taman. Pertama, dengan berjalan kaki. Kitorang memang try cara ni mula-mula. Memang penat jugaklah tambah-tambah nak daki kawasan berbukit. Kedua, dengan bas. Cara ni paling simple sebab duduk je dalam bas. Tapi memang tak feel la naik bas sebab bas tak berhenti kejap-kejap. Depa ada stesen sendiri. So, kalau terlepas nak tengok sesuatu benda, kena berjalan kakilah ke tempat diingini tuh. Aku pun naik bas jugak sebab nak patah balik ke tempat mula-mula kami masuk. Kat sini ada 2 cabang jalan utama. So, dah sampai hujung kitorang travel iaitu di empangan sungai baru, kitorang pun decide patah balik naik bas.
What a scenery
Empangan jadi tempat memancing. Bukan pancing awek
Bukan kerja UFO
Yang ketiga pulak pakai bas jugak. Tapi basikal. Yang ni aku try untuk teroka cabang lagi satu tuh. Bawak basikal pun memang penat jugak sebenarnya. Kepada yang berisi, maybe akan kurus jika rajin datang berbasikal. Disebabkan kawasan ni berbukit-bukit, itu yang kasi penat tuh. Tapi kalau bawak turun bukit, syok je bila langgar angin. Nyaman habis.
Beratur naik bas
Berbasikal
Jadi, untuk melarikan diri dari hiruk pikuk kota tanpa menuju tempat yang jauh, sinilah tempatnya. Klise sungguh ayat hamba. Baiklah, sekian saja Jurnal Kembara kali ni. Aku nak pergi main bola.
No comments:
Post a Comment