Sunday, January 02, 2011

Ups And Downs 2010: Part 2

Ok. Ini Part 2. Kalau ada yang terlepas part 1, skrol ajelah ke bawah. Bukan susah.

Setelah duit berkepok-kepok dalam poket time kerja dulu aku tak tau nak campak mana, aku menghabiskannya dengan melancong. Melancong bukan calang-calang. Alang-alang nak berjalan, bior jauh-jauh sikit. Jadi, Singapura jelah pun yang paling jauh aku boleh pergi. Bagi aku, ni satu pengalaman baru sebab ni kali first timenya aku bertandang ke negara orang dengan menggunakan passport kumpulan. Pengalaman di negara orang ni takkan aku lupakan sampai bila-bila walaupun aku cuma menjengahnya 1 hari saja. Untuk cerita di sana, boleh klik beliau.

Habis semester, aku cari-cari keje untuk cover duit bayar motor. Cari punya cari macam nak gila, last-last kerja tempat lama jugak. Apa nak buat, rezeki kat situ. Sampai ada member aku cakap, "ko habis degree nanti jangan lupa apply situ, manalah tahu dapat keje dalam bidang peraircondnan". Aku senyum je kasi dia puas. Tapi kali ni, kerja ok sikitlah berbanding dulu. Dahlah banyak gadis-gadis-lepas-SPM masuk, memang terbatuk-batuk la jawapnya. 

Habis je keje hari tu, esoknya aku terus merempit ke Bukit Jalil cari tiket final lawan Indonesia. Nasib baik tiket banyak lagi. Ahad tu sama-sama tengok bola ngan member. Memang padu dan tak rugi datang sebab Malaysia menang 3-0 seterusnya mengangkat Piala Suzuki di Bung Karno punya stadium. Jadi, kalau anak cucu tanya nanti...

"Bah, masa Malaysia menang Piala AFF ni, macamlah abah pegi stadium.."

"Eh ko ni, jangan taktau. I was there tau..Sampai sakit tekak aka hilang suara lagi abah menjerit-jerit dalam stadium si Jalil tuh."

"Ohh..yang ni masa Malaysia layak Piala Dunia ni, abah pegi jugak?"

Eh, sampai ke situ pulak mengarutnya. Jadi, satu kepuasan yang tak terhingga dan tak terkata bila menonton pasukan nasional menang arituh. Entah bila lagi nak menang camtu, aku tak tahulah. Tu yang kena pegi tengok tuh. Hehe. Bagi cerita akademik pulak, ada benda yang tak best berlaku, maka aku kena belajar lebih keras lagi untuk semester depan. Maklumlah, final year dah pun. Memang masaklah kalau tak belajar betul-betul. Balik kampung  kang kena hambat je ngan orang-orang kampung.

Sebagai penutup, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada diriku sendiri dan kepada mereka yang sudi menjengah blog aku yang tahpape ni. Terima kasih jugak pada yang membuat iklan di kotak chatbox tu. Semua tu percuma je. Tak kena bayaran. Hanya terima kasih aku ucapkan sebab sudi datang.



For you, thanks for everything after what we've been through in 2010.

 
 

2 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

kalo tengok bola ritu depan TV agak2 leh cerita gebang kat anak cucu tak? haha

eJAI said...

hahaha...Bolehlah gak..Tp feel die ade lain sket.Kene pandai2 auta la..haha

 
Google Analytics Alternative