KUALA LUMPUR, 6 Jan – Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara esok.
Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok kepada Bernama hari ini, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lepas. Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Jan, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.
Dipetik dari MalaysianInsider.
Kehadiran Engku setiap kali tiba musim raya, puasa atau haji memang dinantikan jutaan umat Islam di Malaysia. Semua pastinya akan tercongok di depan tv untuk tahu bila tarikh raya. Ada masa tu aku ingat, tengah syok-syok nak tunggu dia sebut tarikh raya, tetiba je rumah kampung aku tuh blackout. Peh, memang nostalgia habis! Dan tak kurang jugak, pengumuman puasa beliau menjadi mimik atau bahan pihak-pihak lain sebagai lelucon. Contohnya macam dalam filem Lagi-lagi Senario.
Tarikh dia pegang jawatan sebagai penyimpan mohor besar raja-raja ni pun dah nak sama level umur aku. Lama siak!!...
Terima kasih banyak-banyak Engku kerana menyinari malam-malam raya kami selama 22 tahun. Berehatlah dengan tenang! Maybe video di bawah ni adalah last pengumuman raya dia buat.
2 comments:
semalam bc berita ni. rs sedih pn ada.
tapi dh bertahun2 dia ceriakn idup kita. bg dia pluang berehat dengan tenang
selamat bersara Engku!
yup.amat betul itu.tetap dlm ingatan
Post a Comment