Atas desakan pihak atasan, maka krew Jurnal Kembara terpaksa berkelana ke serata Malaysia untuk mencari tempat-tempat menarik yang boleh dimuatkan dalam segmen kali ni. Desakan itu bukan apa. Kerana setakat ini, baru 5 jurnal saja yang ada walhal nama blog ini saja sudah menggambarkan pengembaraan. Oleh sebab itu, pihak pengurusan merasakan perlunya krew-krew ini bekerja lebih keras untuk menyajikan sesuatu dalam segmen Jurnal Kembara agar selari dengan konsep blog bercorak kembara nih walaupun dibantu dengan bajet yang terhad.
Okey, cukuplah merapu. Di kala kaum India menyambut Thaipusam pada Khamis 20 Januari, aku pula bergegas dan digegaskan bangun awal pagi untuk melihat keindahan matahari terbit dari puncak Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Aku dan housemate dalam lebih kurang 12 orang bertolak dari rumah sewa pada pukul 4 pagi untuk ke Broga.
Idea ke Broga terhasil apabila kami semua melihat rakan-rakan lain bergembira dan seronok mendaki Bukit Broga melalui Facebook. Setelah menanti lama, hanya pada Khamis lalu ada kesempatan nak ke sana. Broga terkenal kerana bukitnya yang mempunyai pemandangan dan suasana yang cukup padu atau indah jika ingin melihat keindahan matahari terbit ataupun terbenam. Antara lain, dapat dijadikan aktiviti rekreasi dan beriadah mengeluarkan peluh, lemak dan toksin dalam badan.
Jam menunjukkan 6 pagi ketika kami sampai di area Semenyih di mana tinggal beberapa kilometer saja lagi untuk sampai ke destinasi. Setelah bersarapan dan solat subuh berjemaah, kami pun menjejakkan kaki di kaki Bukit Broga lebih kurang jam 6.40 pagi. Maka, kami semua pun meneruskan perjalanan ke puncak yang dikhabarkan setinggi 400m dari paras air laut masin Morib. Suasana di kaki bukit yang dipenuhi tanaman sawit ketika itu memang begitu gelap. Dengan tidak membawa apa-apa peralatan mengeluarkan cahaya, kami meneruskan perjalanan hanya dibantu cahaya sekeliling.
Broga di subuh hari
Di stage 1: Orang ramai betul
Asyik beb!
Hirup udara ni dalam-dalam!
Bukit stage 2. Nampak macam semut hurung gula dah
Tanpa banyak cerita, aku dan rakan sampai di stage1 dan dari situ dapatlah kitorang ambil beberapa gambar matahari terbit. Kira sempat jugaklah aku tengok matahari terbit dari bukit stage 1. Sebenarnya ada 3 stage kalau tak silap aku. Lepas lepak beberapa minit kejap, kami pun meneruskan pendakian yang makin lama makin curam. Siap pakai tali lagi nak naik ke atas nun. Tapi berkat dengan kesungguhan dan tidak mengenal erti lelah, kami pun sampai ke puncak Broga dan apa lagi, teruslah bergambar di papan tanda bertulis 'Selamat Datang ke Puncak Bukit Broga 400m'.
Fajar pagi
Sangatlah indah fajar itu
Fajar penuh
Tenang dan damai. Subhanallah..
Bukan gandum
Susah bangat!
Hati-hati bro...
Hati girang sampai puncak!
Memang cantik pemandangan dari atas ni tambah-tambah kalau lepak kat atas batu yang besar tuh. Terasa memang berbaloi segala penat lelah bila dapat sampai ke puncak bukit ni. Tapi awas, untuk turun perlukan lebih fokus dan hati-hati kerana ia amat berbahaya di sekitar puncak bukit tu dek kawasannya yang curam serta licin jika dipijak. Kalau nak lebih heaven, apa kata menggelungsur ke bawah asalkan berhati-hati sebab badan boleh terdorong ke depan dan jatuh ke atas batu-batu tu memang bahaya.
Beronok-ronok
Seterusnya, setelah berpeluh dan berpenat di Broga, kami menghabiskan petang itu dengan mandi sungai di sungai Gabai. Nak cerita pasal orang ramai kat situ, perghh...Memang ramai habis. Macam ada kenduri pulak kat Broga dengan Gabai ni. Jadi, itulah serba sedikit jurnal kita kali ni. Sebelum mengakhiri jurnal kali ni, aku nak berpesan supaya berhati-hati mendaki Broga kerana bahaya sentiasa menunggu anda. Semasa hari aku mendaki tu, ada satu kemalangan berlaku di situ sehingga dimuatkan dalam suratkhabar. Jadi, hati-hati dan don't try this at home.
1 comment:
affordable link building service seo help backlink service backlinks software
Post a Comment