Monday, June 27, 2011

Nasihat Musim Transfer


Kalau berkesempatan aku berjumpa Wenger bila Arsenal turun Bukit Jalil 13 Julai nanti, aku nak suggestkan kat dia supaya angkat sorang player ni. Bukan apa, semalam aku menonton Piala Dunia di Jerman dan aku terpikat dengan player ni. Player ni main untuk kelab Olympique Lyonnais dan memegang kerakyatan Perancis walaupun berasal daripada Algeria. Memang cocok sangatlah dengan nafsu Wenger yang memang suka dan gilakan orang Perancis membarisi skuad Arsenal.

Gaya permainan dia tak ubah macam Zinedine Zidane dan ramai media memuji dia sebagai Zidane 'versi lain'. Lagipun umurnya masih muda dan tak mustahil dia boleh menyinar seperti Alexander Hleb dulu. Jadi, kalau dapat peluanglah, aku nak sarankan kat Tok Wenger supaya sambar Louisa Necib nih. Memang boleh pergi jauh dia ni. 


P/S - Tak boleh ek? Tapi memang betul macam Zidane beb. Tak caye lu orang tengok Piala Dunia Wanita kat Astro nanti bila ade Perancis main. Kekeke....

Friday, June 24, 2011

Olimpik

Takde apa yang perlu dibanggakan bila menang dengan Lubnan yang rankingnya di bawah kita, tapi menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang layak ke grup stage itu adalah satu kebanggaan!!





Tahniah Harimau Malaya!!

Friday, June 17, 2011

Tutup Sudah Satu Bab


Syukur alhamdulillah. Satu lagi bab atau chapter dalam buku kehidupan aku akan ditutup. Insyaallah, bab baru akan aku buka tidak lama lagi. Bab yang bergelar proses pembelajaran sebenarnya tidak akan tamat kerana proses itu adalah suatu proses yang berterusan dan tidak akan berhenti selagi nyawa di badan. Cuma, yang terhenti adalah pembelajaran secara rasmi.

Maka, apa rasanya nanti apabila sudah tidak lagi ke kuliah menaiki motosikal dengan kawan-kawan? Sama-sama mendengar syarahan pensyarah sehinggakan ada yang terlena. Apa rasanya bila tidak lagi study gila-gila sampai 3-4 pagi menyiapkan assignment dan menyalin nota dengan kawan-kawan? Apa rasanya tidak lagi sama-sama ke perpustakaan mencari buku dan bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah. Tidak dapat dibayangkan. 6 tahun adalah suatu tempoh yang cukup panjang sebenarnya. Tapi aku rasakan seperti baru semalam ku jejakkan kaki di tangga universiti untuk mendaftar masuk. Peluang untuk menjejakkan kaki itu mungkin akan datang lagi cuma saatnya aku belum tahu bila. Entah ada atau tidak.

Kini, jalan yang terbentang depan aku sekarang semuanya baru. Semuanya asing dan misteri bagi aku. Aku pun tidak tahu apa yang akan aku lalui nanti. Kerana itu semua adalah kerja Tuhan. Kita hanya boleh berusaha dan berserah, namun Dialah yang telah menyediakan laluan bagi kita. Terpulang pada kita semuanya.



Selamat tinggal dunia universiti!!

Fenomena Tahun 1997


Tahun 1997. Ketika itu aku darjah 4. Keluarga singgah sebentar di Giant Seksyen 18 setelah pulang melawat saudara. Kesempatan itu aku gunakan untuk meninjau ke kedai kaset di dalam Giant tersebut. Aku mencari sebuah kaset sebenarnya. Aku cari-cari di bahagian 'Artis Tempatan' pada label yang terdapat di rak kaset tersebut. Alhamdulillah, aku jumpa kaset yang aku nak. 

Aku dengan riang gembira terus hulurkan ke kaunter dan membayar harga kaset tersebut. Harganya aku sudah lupa, mungkin dalam belasan ringgit jugak. Keluar saja kami daripada Giant, apalagi aku terus menempah pemain kaset dalam kereta ayah untuk aku pasangkan kaset yang baru ku beli tadi. Lagu pertama bertajuk Puji-pujian sungguh mengasyikkan. Beberapa lagu selepas itu juga amat mempesonakan di telinga aku terutama sekali Iman Mutiara. 

Tahun 2008. Aku kembali lagi ke Giant Seksyen 18. Landskap persekitaran sudah berubah. Banyak kedai di sekitar tumbuh bak cendawan. Ironinya, kedai kaset di dalam Giant itu masih ada lagi dan kaset yang aku beli dulu juga masih ada dijual. Sungguh memori...




The best of all time....

Cabaran

Seorang sahabat bertanya pada status di Facebook....

"Aku tau, cabaran itu mendewasakan kita. Tp, siapa yg mampu menghadapi cabaran yg akan menyakitkn hati sepanjang tempoh melaluinya?"



Dan seorang sahabat lain menjawab,




"Kalau takdak cabaran...hilangla nikmat merasai kehidupan sebenar sebab cabaran tu la membuatkan seseorang rasa keindahannya pabila berjaya mengatasinya. Bagi yg gagal lak kita amik pengajran supaya lepas ni  takkan jadi untuk kali kedua."

Saje saya berkongsi kerana jawapan itu agak menarik.

Sunday, June 12, 2011

Jurnal Kembara 7: Tanah Tinggi


Baru-baru ini saya berpeluang dan diberi kesempatan untuk menikmati zat keagunganNya di tanah tinggi Cameron. Perjalanan saya bersama kerabat keluarga dan sanak saudara menelusuri laluan berliku dan bengkang-bengkok dari Simpang Pulai dengan tujuan kami ke sana hanyalah sekadar untuk menggumpal awan dan menconteng kaki langit dengan pandangan mata kami. 

Selain itu, saya mahu membawa pulang beberapa sampel strawberi untuk meneruskan kajian saya yang terbantut 16 tahun lalu iaitu bagaimana kita boleh menanam pokok strawberi di tanah yang hampir pada paras laut. Dalam ertikata lain, saya mahu menanam strawberi di rumah saya dan bagaimana mahu memastikan ia kekal subur sehingga berbuah dengan banyaknya. 




Sempat kami semua bermalam sehari di sana untuk hanya menghayati keasyikan suhu dinginnya di atas Tanah Rata. Sampaikan tidak perlu pendingin hawa hatta kipas sekalipun di dalam resort penginapan kami semua. Ternyata langkah penjimatan elektrik dan pengurangan kos oleh pihak resort itu tepat dan hasilnya kami semua membeku dalam kesejukan malam serta kedinginan embun pagi. 

Apa yang saya kagumi di sini adalah, suhunya masih dingin seperti 16 tahun lalu tetapi udaranya sudah tidak sesegar dulu. Tidak banyak kabus yang tumbuh di sekitar resort penginapan kami walaupun ia terletak di puncak bukit. Kuasa alam sudah semakin menunjukkan tindakbalasnya hasil kerja tangan manusia yang hanya mempedulikan isi perut mereka. Oh ya, saya juga mengkagumi keramahan penjual-penjual pasar tani yang kebanyakkannya menghormati pengunjung yang datang biarpun mereka berlainan bangsa.

Sekian jurnal kali ini.




P/S - Mengenai hasil kajian aku pasal pokok strawberi tu mungkin aku terpaksa pergi lain kali kerana semua buah strawberi habis dimakan sebelum sampai ke bawah. 

Berita Ringkas Dan Persoalannya

Jangan sedih abe-abe dan mek-mek Kelate. Liga Supor ado lagi.

SKMM dah block beberapa website direct download. Tapi untuk apa? Demi alasan pematuhan undang-undang negara katanya. Kenapa tak block website yang lagi teruk tuh?

Pekida nak tunjuk gangster pulak kasi warning kat penerbit filem Kongsi dan KL Gangster. Yang aku tak paham, apa kaitan kongsi gelap ni dengan Pekida? Pekida kata ada beberapa rahsia didedahkan dalam filem tu. Contohnya, ayahanda dan abang long (menurut Syamsul Yusof). Apsal plak tak boleh nak guna perkataan tu? Hak mutlak dorang ke? Masa dulu-dulu aku dengar jugak apa aktiviti Pekida ni tapi aku tak ambik pot sangat sebab apa yang dorang buat tu memang takde bagi efek pun pada kemajuan dan perjuangan bangsa. Tapi bila hal macam ni pulak dorang nak memekak, ape kejadahnya?

Dr. Mashitah ni apsal pulak macam nak menentang poligami? Biaq pi lah wanita-wanita tu nak taat pada suami ke, nak pakai seksi depan suami ke, yang dia ni nak melenting pesal? Jaga jelah laki ko...

Thursday, June 09, 2011

Class


Rabu sudah aku dengan penuh bersemangat hendak menonton wayang sebab harga tiket murah. So, amatlah berbaloi tatkala harga tiket wayang hari biasa sudah mencanak-canak naik disebabkan harga gula naik. Aku plan nak tengok kungfu panda 2 tapi sebab ada 3D je dan aku tak tengok yang first dulu, jadi aku tangguhkan hajat dan layan X-Men First Class. 

Bercakap pasal class, mentaliti parents yang membawa anak ke panggung wayang masih di tahap low class. Apa tidaknya, aku tengah syok layan cerita, ada pulak anak sapa entah dalam umur 3-4 tahun macam tu main lompat-lompat kat tangga. Seat aku pulak memang cantik terletak kat tepi tangga. Apalagi, fokus aku terganggulah dengan lompatan dan keseronokan anak tersebut melompat tangga. Aku dengar jugak bapak dia cakap " Dahla tu, jangan main lagi". Tapi ibarat angin sepoi-sepoi lalu jela kat telinga budak tu. Nasib baik jalan cerita filem tu buat aku masih maintain lagi fokus. Kalau tidak, mau je aku lempang budak tu dengan makbapaknya sekali. 

Bagi aku, kalau nak bawak anak-anak kecil ke pawagam memang tak salah tapi mestilah dikawal. Kalau menangis, apalah salahnya pergi bawak dia keluar dan calm them down ke. Atau pergi belikan lolipop kasi kat dia. Realitinya, ibubapa buat bodoh je kalau anak-anak bising dalam wayang. Paling kuat pun suruh diam je. Cubalah fikirkan alternatif lain sikit even nak bawak satu family enjoy sama-sama pun. Tak salah tapi perlu ada cara untuk mengawal yang mana ramai tak reti nak laksanakan. 

Yang belia sebelah kanan aku pulak, sepanjang movie tu asyik offer popcorn dia je. Memanglah bagus pelawa aku dengan popcorn dia yang dia letak antara kitorang berdua tu. Tapi dah kalau sepanjang movie asyik offer je, mana tahan bai. Aku cakap taknak, dia offer lagi dalam 30 minit kemudian. Aku cakap takpe dik, terima kasih je, dia offer balik sejam berikutnya. Terlampau pemurah gamaknya budak nih. 

Kesimpulan topik hari ni adalah, mentaliti segelintir dan kebanyakan orang Malaysia dalam panggung wayang amatlah mengecewakan. Ubahlah demi masa depan yang lebih cemerlang.

Friday, June 03, 2011

Post-Exam Activities

Bulan lepas, aku berjaya menyiapkan projek tahun akhir yang bagi aku, aku tak minat sangat nak buat pasal tajuk dia bukan dalam lingkungan keminatan aku. Tapi sebab supervisor ok dan tajuk ringan ditambah pula, tajuk-tajuk sedap dah dirembat orang, aku reda dengan tajuk tersebut dan harapnya aku lepas dengan cemerlanglah. Rasa ralat jugak sebab tak dapat pergi kenduri kahwin supervisor aku tu sebab ada exam welding. Semoga beliau berbahagia.

Jadi, setelah selesai semua ni, apa perlu aku buat? Aku dalam proses mencari kerja tapi belum bersungguh-sungguh lagi. Resume pun cincai boncai aku buat. Company tengok pun terus dibakulsampahkannya. Jadi, aku rilek jela dulu. Sempena tamat exam jugak, aku sempat holiday kaw-kaw. Itu hari pergi Bukit Gambang Resort sebab ikut family day. Baru-baru ni pulak, ada last gathering dengan housemate kat Port Dickson. Sayang sebab ada yang tak dapat pergi sekali sebab awek tak bagi pergi. Entah apa masalah tah. Dan, insyaallah, hujung minggu ni pulak pergi Cameron Highland dengan tok dan opah. Fuh, memang enjoy habisla nih. Hehe. 

Insyaallah kalau ada kesempatan, den upload la gambor-gambor ye...

 
Google Analytics Alternative