Syukur alhamdulillah. Satu lagi bab atau chapter dalam buku kehidupan aku akan ditutup. Insyaallah, bab baru akan aku buka tidak lama lagi. Bab yang bergelar proses pembelajaran sebenarnya tidak akan tamat kerana proses itu adalah suatu proses yang berterusan dan tidak akan berhenti selagi nyawa di badan. Cuma, yang terhenti adalah pembelajaran secara rasmi.
Maka, apa rasanya nanti apabila sudah tidak lagi ke kuliah menaiki motosikal dengan kawan-kawan? Sama-sama mendengar syarahan pensyarah sehinggakan ada yang terlena. Apa rasanya bila tidak lagi study gila-gila sampai 3-4 pagi menyiapkan assignment dan menyalin nota dengan kawan-kawan? Apa rasanya tidak lagi sama-sama ke perpustakaan mencari buku dan bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah. Tidak dapat dibayangkan. 6 tahun adalah suatu tempoh yang cukup panjang sebenarnya. Tapi aku rasakan seperti baru semalam ku jejakkan kaki di tangga universiti untuk mendaftar masuk. Peluang untuk menjejakkan kaki itu mungkin akan datang lagi cuma saatnya aku belum tahu bila. Entah ada atau tidak.
Kini, jalan yang terbentang depan aku sekarang semuanya baru. Semuanya asing dan misteri bagi aku. Aku pun tidak tahu apa yang akan aku lalui nanti. Kerana itu semua adalah kerja Tuhan. Kita hanya boleh berusaha dan berserah, namun Dialah yang telah menyediakan laluan bagi kita. Terpulang pada kita semuanya.
Selamat tinggal dunia universiti!!
No comments:
Post a Comment