Kadangkala saya merasa kasihan dengan rata-rata orang Malaysia. Bukanlah saya
mahu menafikan bahawa brader bawak motor itu tidak layak diberi
pengiktirafan bahkan saya salute atas kegigihan brader ni membesarkan
anak-anak mereka dengan kudrat dan kemudahan yang ada (inilah nasib
apabila dapat pemimpin korup).
Cuma, saya tertarik dengan kisah
yang dikirimkan oleh seorang likers kepada tuan page yang ditulis di dalam gambar itu. Apa yang engko rasa bila baca? Semata-mata mahu memberikan
sedekah, sanggup likers tu follow dan ceritakan semua dalam FB. Andai
katalah yang brader bawak motor ni tak viral dalam FB, adakah likers ni
akan tolong dan ceritakan di FB?
Sesungguhnya, saya berasa sedih dengan sikap rakyat Malaysia (tidak semua), yang memilih-milih dalam menviralkan cerita-cerita kemiskinan atau cerita meminta empati untuk dijadikan penambah like dalam FB. Dan, penontonnya pula akan berlumba-lumba menjaja cerita bantuan mereka kepada yang diviralkan itu. Bukankah itu ujub dan riak namanya?
Kesimpulannya, begitu mudah orang akan viralkan kisah kesedihan kau
jika cerita engkau tu berbeza atau lain daripada yang lain. Dan
seterusnya, akan ramailah manusia di FB akan tumpang bersimpati dan
menjadikan kisah kau sebagai cereka ujub mereka kemudiannya nanti. Bantulah seikhlas hati dan jika boleh, biarlah tiada siapa pun tahu. Tak perlu nak bercerita di FB pun, Allah tahu.
No comments:
Post a Comment