Aku membaca suratkhabar hari ini yang memetik bahawa Pemuda Umno menggesa diwujudkan hub ICT untuk Bumiputera (ekoran peristiwa Low Yat).
Apakah mereka ini baru terjaga dari lena yang panjang atau apakah mereka lupa bahawa kuasa yang mereka ada hanyalah sebagai boneka selama ini?
Selama ini kita ada MARA, UDA, Dewan Perniagaan
Melayu dan lain-lain, lalu harus kita tanyakan apakah agaknya tujuan dan fungsi organisasi ini ditubuhkan kalau bukan untuk memperkasakan agenda ekonomi Melayu? Dan, setelah terjadi peristiwa Low Yat tempohari, hari ni baru kau nak bersembang pasal ekonomi Melayu?
Maka, benarlah bahawa kata pepatah, jika mahu melihat ekonomi Melayu yang kuat, berkunjunglah ke Kelantan.
1 comment:
dah ada dekat kelantan dah sekarang ni. makan beras siam biasanya. hahaha
Post a Comment