Tahukah anda, negara maju hanya memerlukan pekerjanya bekerja dari 5 hingga 8 jam sahaja sehari. Selebihnya, perlu dimanfaatkan bersama keluarga.
Najib acapkali berkata ekonomi semakin berkembang sejak tahun
kebelakangan ini. Ya, ini memang benar dibuktikan melalui beberapa
laporan ekonomi di segenap maya. Namun, faktor penyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi ini boleh disimpulkan melalui sikap rakyat iaitu
melakukan 2 pekerjaan dalam satu masa.
Ini sekaligus menyahut
saranan menteri yang menggalakkan 2 pekerjaan atau kerja lebih masa bagi
meningkatkan pendapatan. Boleh dilihat bahawa terdapat peningkatan ketara dalam industri makanan, industri perkhidmatan dan jualbeli secara online.
Industri makanan sebagai contoh terdapat penumbuhan ibarat cendawan
bagi instrumen seperti 'food truck', gerai kaki lima dan pelbagai lagi
instrumen makanan segera yang lain.
Manakala, bagi industri
perkhidmatan pula memperlihatkan percambahan khidmat e-hailing atau
Uber/Grab. Ibarat iklan Uber, sebelah siang bekerja membawa barang dan
malam bekerja membawa orang.
Lain-lain industri sebagai contoh
antaranya adalah kedai dobi. Terdapat peningkatan pembukaan kedai
berkonsepkan layan diri sebegini di segenap ceruk kawasan sekaligus
boleh 'membunuh' perkhidmatan dobi berkonsepkan manual atau kaunter.
Dan, pastinya industri perniagaan secara 'online'lah yang meningkat
mendadak kerana ia mudah, kurang membebankan dan banyak permintaan.
Namun, apakah di sebalik semua peningkatan ini digemari rakyat atau
kerajaan. Kerajaan pasti menggemarinya jika ia boleh memberi kutipan
cukai lebih baik kepada mereka. Manakala, rakyat akan terbeban untuk
jangka panjang kerana:
2. Terdedah dengan masalah sosial (rujuk masalah buli dan jenayah yang dilapor setiap hari kini).
3. Peningkatan masalah sosial di sekolah akibat ibubapa sibuk bekerja.
4. Penurunan kadar produktiviti bagi pekerjaan sepenuh masa di pejabat.
5. Penurunan kadar pekerja mahir dan profesional kerana kebanyakan sudah beralih bidang perniagaan.
6. Peningkatan golongan dungu yang tidak mahu menambahkan ilmu (baca: penyokong umno).
Kesimpulannya, jika kayu ukur kita adalah negara maju, maka, rakyat
tidak akan buat 2 kerja pada satu masa di mana peruntukan masa untuk
kerja hanyalah 5 hingga 8 jam sahaja sehari dan selebihnya perlu
diluangkan untuk keluarga. Pilihlah mana kau nak.
No comments:
Post a Comment