Apabila Najib membuat keputusan untuk melabur di Amerika, maka, kita
harus tanyakan persoalan mengenai kenyataan 'mengukuhkan ekonomi AS'
kerana ia seperti nampak berat sebelah atau 'one-sided benefit'.
Seolah-olah Malaysia ini negara kaya yang mampu membantu AS keluar dari
kemelut ekonomi mereka sendiri. Tak perlu dibahaskan. Ternyata kenyataan
itu memakan diri dan silap.
Bercakap mengenai pelaburan, tidak ada salahnya KWSP melabur di mana-mana
negara yang mereka suka (stigma tidak boleh melabur guna wang KWSP
kerana wang KWSP adalah milik rakyat ini perlu diperbetulkan semula)
kerana sebelum ini KWSP juga pernah melabur di Battersea Power London.
Yang ketika itu, ramai pelabur asing melihat tindakan melabur di UK
ketika itu tidak membawa apa-apa pulangan dan berisiko.
Apabila China datang melabur untuk projek ECRL, maka, China
mencanangkan kepada rakyatnya yang mereka telah melabur di Malaysia
walaupun syarikat itu berdepan dengan tindakan bankrap. Yang kasihannya,
Malaysia juga perlu membayar faedah kepada bank China dalam tempoh 20
tahun. Lalu, apabila kita melabur berbilion di AS, apakah rakyat AS
sedar bahawa hutang negara pun defisit berbilion ringgit, masih mahu
melabur lagi. Ini satu tindakan berani. Dah nama pun pelaburan, tentu
ianya mempunyai risiko yang tersendiri. Najib sendiri pun tidak
mengumumkan secara terperinci apakah bentuk pelaburan yang akan
dilakukan di sana dan apakah kesan dan faedah yang akan rakyat nikmati
hasil daripada pelaburan ini. Ah, kisah apa, KWSP pun bawah Kementerian
Kewangan, jadi, hak Menteri Kewanganlah duit kau tu. Kahkah.
Rumusannya ada dua. Kenyataan untuk 'mengukuhkan ekonomi AS' itu sangatlah kelakar. Dan bodoh.
Pelaburan yang tidak diperincikan dan nikmat pelaburan yang tidak dibentangkan.
Jadi, janganlah bising 'kenapa nak guna duit KWSP?'. Ini hujah yang tidak 'valid'.
No comments:
Post a Comment