Ada beberapa orang telah menentang hujah mengenai sejarah
ditulis oleh orang menang di sebuah page ini lama dahulu. Logik mereka adalah ,
tiada kepalsuan dalam sejarah kerana sejarah akan kekal fakta. Ini satu
pencelaan terhadap fakta sebenar yang diketepikan dan satu penghinaan kepada
orang yang 'kalah berjuang' dalam asakan kolonial dan imperialisme walhal mereka juga menjadi salah satu komponen penyumbang kepada gerakan anti penjajah.
Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran
kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang kemudian
diteruskan oleh PKMM dan badan gabungannya Angkatan Pemuda Insaf (API),
Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).
Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan
diteruskan oleh UMNO sehingga mereka beroleh kemerdekaan. Perjuangan
nasionalisme kiri gagal mencapai matlamatnya walaupun mengeluarkan
Perlembagaan Rakyat yang lebih bersifat inklusif sehingga mereka
terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat
sokongan minoriti Melayu.
Namun, ada kelompok kecil aliran kiri ini telah memilih jalan lain bagi membebaskan negara dari cengkaman British dengan menyertai perjuangan bersenjata iaitu Parti Komunis Malaya (PKM) mulai 1948 setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 1989 di Hadyai.
Begitulah nasib aliran kiri apabila aliran kanan memilih pendekatan untuk berbaik dengan penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan. Aliran kiri terpinggir dan dimomokkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan di dalam buku teks sejarah sekolah. Perjuangan sama cuma pendekatan berbeza. Ini fakta yang kita tidak boleh tipu kepada cucu cicit generasi masa hadapan kita.
- Ekstrak di atas dipetik dari buku Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan oleh Mohamed Salleh Lamry (Prof Madya Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM).

No comments:
Post a Comment