Dunia adalah satu rahmat tanpa Astro. Sebab itu, orang genius tidak ada Astro di rumah.
Aku masuk satu homestay dan buka tv, kesemuanya rancangan yang entah apa-apa daripada Astro.
Aku terfikir juga. Betapa ramai dari kita yang telah 'beriman' dengan Astro di mana jika
pindah ke mana-mana mesti nak pasang Astro. Demi mendapatkan gambar rancangan tv yang jelas, mereka ini disaran pasang Astro. Seakan tiada pilihan lain. Mereka ini tanpa sedar telah
bertuhankan Astro.
Astro dengan secara mudahnya telah menjentik
emosi orang Malaysia dan Melayu khususnya walaupun dalam hujan tiada
signal, main cerita sama berulang dan cekik darah supaya kekal melanggan
Astro.
Apabila Astro bukak semua saluran sebab memang anugerah,
maka, orang Melayu jugak yang seronok bukan kepalang sampai benda itu
pun nak dihebah dalam group Whatsapp dan FB. Padahal, mereka inilah juga yang maki Astro masa
tiada siaran atau waktu nak potong saluran, kena caj dengan Astro.
Sesungguhnya, jika dilihat di dalam media sosial, Dato Vida dan Dato Alif Syukri sering menjadi bahan
jenaka orang kita tetapi tanpa sedar, rancangan mereka seperti AF, Gegar
Vaganza, etc tetap juga menjadi tontonan golongan musibat ini. Inilah Melayu sembang belakang tapi tak sedar kepala tertunduk menyembah
kapitalis. Lebih malang, mereka tidak mahu mengaku dan malu untuk
mengatakan mereka bukannya menonton gelagat 2 orang itu tetapi sekadar
menonton rancangan sahaja.
Astro membuat kekayaan dari kebodohan
orang kita dan Melayu khususnya. Ada anak kecil, mereka tampilkan
program Ceria I-Star. Ada anak atau pemuda acah alim nak popular, mereka
ada Imam Muda. Ada pemuda pemudi nak popular menyanyi, mereka tampilkan
rancangan Akademi Fantasia. Ada orang tua tak sedar diri, mereka
tampilkan Kilauan Emas dan Gegar Vaganza. Ada orang Melayu nak kaya
dengan menjadi bahan lawak, mereka ada Raja Lawak.
Kesimpulannya,
Astro boleh 'membeli' orang Melayu yang kurang bijak dengan wujudnya
program-program sasaran mereka. Mereka tahu, Melayu sikapnya marah
sekejap sahaja. Jika rasa marah bila Astro caj denda ketika nak potong
saluran, mudah saja. Mereka buka semua saluran secara percuma dan
menambah promosi lain.
Kita sebenarnya mempunyai pilihan. Pilihan untuk menamatkan Astro atau langsung tidak melanggan dari mula. Kerana apabila Astro, walau sudah banyak mana saluran mereka sekalipun, kita tetap juga menonton dua atau tiga saluran sahaja lebih-lebih lagi waktu malam dan hujung minggu.
Itulah kita. Bertuhankan Astro. Hidup
tanpa Astro itu sebenarnya lebih bahagia dan aman. Nak tengok bola? Langgan
internet yang baik sahaja sudah cukup.
No comments:
Post a Comment