Monday, September 01, 2008

Selamat Berpuasa




Assalamualaikum.Aku dengan ini mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak.Di kesempatan ini kumohon sejuta kemaafan andai ada terkasar bahasa atau ada yang tersinggung sepanjang aku berada di arena blogosphere ini.Selamat berpuasa dan terawih sekali.

Saturday, August 30, 2008

Caj Turun=Potong Pinjaman:Apa Beza?

Sewaktu aku melihatkan skrin ATM di depan aku,aku jadi kaget. Setahu aku baki akaun bank aku kosong sebelum PTPTN bank-in kan duit pinjaman. Aku dah agak dah yang PTPTN akan rembat duit aku hampir RM300 mendengarkan cerita dari member-member yang semuanya pelik dan hairan mengapa duit pinjaman mereka short hampir RM300.Spesifiknya RM280.

Di kala ramai orang menyambut baik langkah mereka menurunkan caj kepada hanya 1%, mereka secara diam-diam memotong pinjaman pelajar atas nama caj perkhidmatan. Kepala hotak die. Dengan cara ini,mereka beranggapan public takkan dapat tahu yang mereka cekik darah student melalui cara halus ini. Jadi,tiada bezanya dengan menurunkan caj tetapi secara sengaja memotong pinjaman pelajar. Inilah sikap sebenar badan pencekik darah pelajar ini. Tak paham betullah.

Ibarat mekanik membaiki kereta dalam masa yang sama merompak komponen lain kereta tersebut.

Scholes Cuba Jadi Maradona?




Di kala umurnya menjangkau 33 tahun dan telah mengecapi banyak caps bersama England dan memenangi banyak trofi local dan europe bersama Mankayu,opss,Manchester United namun tindakan tidak masuk akalnya pagi tadi adalah sesuatu yang memalukan.

Dalam ketinggalan 2-1 dengan Zenit St.Petersburg Scholes melompat tinggi menolak masuk bola tetapi bukan dengan kepala mahupun kaki tetapi menggunakan tangan! Janganlah cuba jadi Maradona dengan menggunakan "Tangan Tuhan" kerana ia terlalu jelas sangat berbanding dengan Maradona yang lebih pandai cover sikit.

Ferguson perlu segera menyiapkan borang pencen untuk kuda tua ini kerana ternyata dia sudah terlalu nyanyuk. Lihat sajalah koleksi kad merah yang dikumpulkannya akhir-akhir ini yang selayaknya dibuat kad terup. Nak menang bukan begitu wahai Scholes!!

Tuesday, August 26, 2008

Tips Dr Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum
=====================
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C
dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang
akandiperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
ygpertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan
berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at
8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh
bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh
dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around
this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar
dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
===============
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Tatacara didik anak
================
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak
Tatacara didik diri sendiri
====================
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari,
continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat
letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut &
etc
Ada 3 kategori manusia :-
1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family.

Saturday, August 16, 2008

Akal Terencat, Minda Terbantut

Uitm memalukan dirinya sendiri akibat tindakan tidak berfaedah pelajarnya yang terlahir akibat dari rasa hanya nak berseronok-seronok dan saja-saja suka berkumpul.Boleh masuk paper dan tv.Mereka cuba menjadi jaguh dengan mendakwa ketuanan Melayu dari Uitm tidak boleh dipertikaikan.
Cadangan itu satu hal.Dalam zaman manipulasi media ini,apa saja yang keluar dari mulut seorang pembangkang akan segera dimanipulasi oleh media. Hanya yang jahil akan terus bangkit melahirkan amarah dan emosional tak bertempat hanya kerana satu cadangan yang diucapkan di satu majlis sukan Adidas King of the Road. Cadangan buka 10% kuota itu memang amat mustahil untuk dilaksanakan oleh menteri tersebut tetapi dek akibat keterujaan mahasiswa yang tidak menggunakan otak inilah yang telah melahirkan gejala demonstrasi yang telah merebak ke seluruh negara.

Pertama sekali,bolehkah menteri tersebut melaksanakan cadangan tersebut?Berkuasakah beliau dalam menentukan kuota tersebut?Jika jawapannya tidak, maka apa perlunya pelajar-pelajar ini berkumpul atau dalam bahasa kesatnya berdemonstrasi menghantar memorandum bantahan dan menyuruh beliau meminta maaf?Apa yang cuba dibuktikan di sini?Hak melayu?Cukup-cukuplah..

Kedua,bolehkah berdemonstrasi?Atau dalam bahasa media arus perdananya,'berkumpul'? Pernah dahulu menteri berkata demonstrasi bukan budaya kita sehingga ia dilaung-laungkan di media-media perdana. Maka, atas dasar apa kali ini berdemo dibolehkan apatah lagi ia melibatkan pelajar pula.Tanpa terjahan ganas FRU dan pancutan pemedih mata menampakkan amalan berdemo hampir mula diterima dan "keterbukaan" kerajaan terhadap amalan demo sekarang diucapkan terima kasih.

Ketiga,siapa dalang?Aku tak tahu dan tak mahu jawab.Sendiri fikirlah. Pelajar ini cuba membuktikan merekalah jaguh mempertahankan hak melayu bumiputera.Opss,bukan pelajar sahaja malah kepimpinan terbabit juga mendakwa perkara sama. Lantas mereka bersorak sorai menyanyikan lagu kebanggaan UiTM di depan pejabat menteri besar dan di tempat-tempat lain mereka berarak umpama hari kemerdekaan meminta jangan dipertikaikan hak melayu di UiTM.Lumrahnya,kalau diajak sahaja berdemo,nescaya akan turunlah pelajar-pelajar ini memegang sepanduk dan menyanyi macam tadi. Kalau dibuat di depan pejabat MB tu adalah juga rasionalnya tapi kalau dah kat tempat lain,apa yang mereka lakukan?Nak tau?Mereka hantar memorandum bantahan pada pengarah kampus!

Macam gempak tapi nak hantar dekat pengarah kampus sahaja yang ada dalam kampus tu memerlukan berpuluh,beratus atau beribu orang.
Nak tunjuk semangat pelajar mempertahankan bangsa?Tak payahlah.Jangan cerita pasal hak bangsa kalau dalam kampus sendiri ada pasangan duduk berduaan malam-malam dekat dataran,dressing boleh pulak ala barat, klip porno bersepah di internet dan macam-macam lagi yang berkaitan bangsa.

Kesimpulannya,cadangan tersebut adalah satu kejutan dan gesaan daripada lamunan untuk anak-anak melayu dan bumiputera terus memajukan diri dan tidak hanya berada di zon selesa dalam ruang lingkup persekitaran bangsa sendiri sahaja.Nilailah dengan minda bukan dengan hati.Ikut hati,mati.Wallahualam.

Friday, August 01, 2008

Oscar for Ledger?


"Why So Serious?"



Kematian Ledger mungkin agak sadis namun beliau patut diangkat sebagai hero jahat terbaik dekad ini. Bunyi seperti keterlaluan namun itulah hakikatnya setelah aku menonton The Dark Knight yang aku sifatkan sebagai filem terbaik 2008 setakat ini dan juga filem terbaik Batman pernah dihasilkan. Memegang watak villain sebagai Joker nyata tepat buat Ledger dengan Joker ditampilkan dengan gaya yang bersahaja dan sempoi tetapi begitu kejam.

Mendengar cerita Batman akan keluar tahun ini tidak menarik perhatian aku malah langsung tidak tergerak hati aku menonton promo cerita ini di mana-mana. Ini semua disebabkan kegagalan filem Batman Begins terdahulu lantas aku tidak berminat menonton filem Batman seterusnya. Namun,desakan naluri hati yang kuat setelah membaca review-review filem ini di Youtube,Yahoo dan sumber dari member aku sendiri menjerumuskan aku ke Midvalley untuk menontonnya dengan harga murah hari Rabu. Ternyata hasilnya begitu cemerlang dan mengujakan.Sampai sekarang aku masih terbayang watak Joker dalam fikiran.

Permulaan cerita sahaja cukup mendebarkan dengan aksi rompakan bank oleh geng-geng Joker dan wujud satu konflik di tengah-tengah rancangan itu.Aahhh...aku bukan mahu menceritakan filem ini keseluruhannya takut kalau merosakkan minat kalian untuk menonton.Haha.

Plot cerita ini begitu kompleks namun plot-plot sampingan tidak pula merosakkan plot utama walaupun banyak plot sampingan. Setiap plot menjalani pengembangan dengan baik.
Namun, bagi aku sebenarnya kehadiran Joker yang lebih-lebih aku tunggu berbanding watak lain hatta Batman sekalipun.Kehadiran Joker telah membayangi Batman menyebabkan Batman tenggelam dek penangan Joker.Joker yang lalu iaitu Jack Nicholson pun tidak mampu untuk menandingi kehebatan Joker Ledger.Ingat tak Joker dulu tu?Yang mekapnya tebal-tebal tu.Ha?tak ingat? Takpela.Aku pun bukan ingat sangat cuma tertengok kat Youtube tu je.Hah!

Pastikan korang menonton Dark Knight walaupun korang hanya minat Spiderman yang ala-ala remaja punya cerita tu.Tak rugi punya walaupun korang tak minat Batman.

So,is there any Oscar for Ledger?

Saturday, July 26, 2008

Watch out!

Minggu ini adalah hari yang sesak.Sesak dengan assignment dan otak yang kesesakan melihat kalkulus yang aku tak paham berbanding masa diploma dulu.Subjek MAT ni boleh bikin orang pening kepala sebab lecturer ni memang pelik tulisannya.Sesak sesak.Apapun,rumah sewa aku kini dah ada streamyx,so bolehla layan internet kalau tengah sesak-sesak otak.Haha.Oh ya,poket aku juga tengah sesak.Bukan sesak dengan duit.Sesak dengan habuk.Eh,bukan duit letaknya dalam dompet ke?Apa-apa jela.Tu metafora je.



Minggu depan pulak ada event yang disertai oleh band-band indie kat kampus aku. Tentunya Couple dan The Times menjadi faveret aku di konsert tu nanti.Cuma aku tak pasti macamana aku nak ke sana sebab takde transport.Pastu plak takde member yang bole layan sama.Entah ar.Nantilah fikir.Penganjur pun sengal gak sebab aku ada test Math yang aku tak paham-paham lagi skang minggu tu jugak.Adoii.Sakit kepala. Apapun,berhibur berhibur juga,adat pergaulan tetap kena jaga terutama yang perempuan.Macam kena culture shock je aku tengok dressing dorang kat dalam kampus.




Lastly,berapa korang expect Chelsea bantai Malaysia?Aku expect 4-0 paling minimum. Bukan aku nak jatuhkan semangat pemain Malaysia tapi dengan India pun seri 1-1 je.Jadi,korang pikirla sendiri kan. Apapun,kalau kalah sekali pun biarlah kalah melawan.Adios.

Sunday, July 13, 2008

Tak Dapat Gaji..


Semalam aku sempat ke Stadium Selayang untuk menonton perlawanan bola Piala Malaysia antara ATM dan Perak. Mulanya aku malas nak pergi sebab penat dan baik aku hadap monitor ni tapi disebabkan ayah aku yang beriya-iya mengajak untuk pergi bersamanya,aku pun beralah. Lagipun cuti dua hari ni perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin,betul tak?

On the way nak ke sana,beberapa kali jugalah ayahku tersesat dan sedikit konfius jalan mana nak ikut.Ada sekali tu sampai pusing roundabout yang sama 2 kali.Lupa katanya.

Sampai je stadium,diorang tengah nyanyi Negaraku. Then,beli tiket,cari port dan landing.Kitorang dapat port dekat orang yang rata-ratanya berpakaian biasa."Ahh,ni mesti supporter Perak yang biasa-biasa ni," monologku sendirian.

Start je game,agak bosan-bosan sikit dengan bola asyik berlegar tengah padang.Lepas 30 minit barulah Perak nampak garang.Terus terang aku cakap,aku tak berapa tahu sangat line-up Perak ni setelah agak lama tak ambil tahu tentang mereka. Cuma ambik tahu pasal result tu ada la.

Bila Perak mengasak,orang-orang sekitar aku hanya diam dan relax je.Tapi time ATM menyerang plak,dorang mula menjerit.Aduh,salah port la plak.Aku pun bisik kat ayah aku,"Half time nanti tukar tempat belah sana,". Tapi Perak sempat sumbat 2 gol sebelum rehat dan aku selamba dek je berdiri dan menjerit tatkala orang sekeliling semuanya pasif dan duduk diam.Hahaha,lantak koranglah!

2nd half tukar tempat port supporter Perak.Dapatlah aku menjerit tanpa segan silu lagi,hehe.Lastly,Perak menang besor 5-1.Padan muka orang-orang sekeliling aku masa 1st half tadi.Haha..

Abih je game,lepak-lepak la jap depan pintu stadium tu.Entah apa motifnya pun aku tak tahu,just saje-saje nak tengok player keluar kot. Tunggu punya tunggu,keluarlah player kedua-dua team.Dapatlah peluang aku bersalam dengan Fakri Saarani,Nazrul dan Daniel.



Pastu gerak ke kereta nak balik,ayah aku singgah jap kat gerai merchandise.Belilah stiker.Tengah dok syok pilih-pilih stiker,datang plak Hardi Jaafar nak lintas jalan dengan anak dia lebih kurang umur 3 tahun kot. Takdelah tinggi sangat mamat ni.Aku lagi tinggi.Huh.So,sembanglah kejap.Ayah aku tanya pasal gaji yang didakwa dah 3 bulan tak dapat.

"Betul ke dah 3 bulan tak dapat gaji?"

"Ha,ah.Macam tulah lebih kurangnya."jawab Hardi.

"Tapi nak buat macamana,kita main ajelah kan,"sambung Hardi dengan jawapan penuh profesional.

"Dengar cite,Isnin ni dapat kan?,"sampuk plak brader jaga gerai.

Aik,dia pulak lagi tahu?Hardi diam aje lalu minta diri nak blah.Sempat jugak pesan supaya turun Ipoh untuk next game lawan Johor PG.

Aduh,3 bulan tak dapat gaji tapi tetap main sungguh-sungguh.Profesional sungguh dorang ni. Macam nilah true footballer.Main untuk pride dan fans bukan untuk money.

Saturday, July 12, 2008

Rasalah..

Setelah seminggu aku berada di Shah Alam,dapat aku rasakan cabaran ini memang besar dan berat. Hanya kekuatan mental dan keimanan yang dapat menangkis segala asakan modenisasi ini. Dan aku tidak pasti adakah aku ada kekuatan sebegitu namun aku harus mencuba tempuhinya. Tapi aku rasa bersalah sangat sebab aku terpaksa menumpang kereta kawan aku untuk ke kelas tanpa membayar duit minyak! Aduhai..jahatnya aku.Tapi aku cuba jugak untuk bayar semula duit minyaknya atau sekurang-kurangnya berkongsi la sikit duit minyak dengan yang lain.

Di sini,memang transportasi adalah keperluan asas dan utama. Itupun kalau korang nak menjadi pelajar yang terbaik dan aktif. Tanpa transport agak susah untuk ke mana-mana. Meskipun ada disediakan bas-bas tapi bagi aku memang susah dan meletihkan kalau dah terpaksa menunggu hampir sejam nak ke kelas.Itu baru nak ke kelas belum lagi nak ke mana-mana bahagian tempat dalam kampus UiTM ni.So,membawa kenderaan adalah jalan terbaik bagi mereka yang berkemampuan dan ingin menjadi pelajar yang berjaya. Maksudnya,mana mungkin kita nak jalankan tugas sebagai MPP yang memerlukan kita sentiasa bergerak ke hulu dan ke hilir.Betul tak abang MPP?Haha..

Jadi,sekianlah saja untuk kali ni yee...

Saturday, July 05, 2008

Tangga Yang Baru

Setelah aku berjaya menyelesaikan satu langkah anak tangga yang lalu maka esok akan bermulalah satu penitian ke anak tangga yang baru dalam hidup aku. Tangga ibarat perjalanan hidup. Untuk melangkah ke anak tangga yang baru,anak tangga sebelum itu mestilah diselesaikan dulu dalam makna lain kita perlu melangkah anak tangga itu dengan jayanya. Jaya tak jaya pun, kita masih boleh melangkah walaupun sebelah kaki.

Menamatkan diploma dan akan melangkah ke ijazah itulah tangga-tangga yang aku maksudkan. 3 tahun diploma adalah satu masa yang agak panjang tetapi tanpa kita sedari pada penghujung perjalanan itu ia adalah masa yang terlalu pendek. Masih segar dalam ingatan aku ketika mula-mula mendaftar untuk diploma lalu. Seluruh keluarga,sanak saudara,datok dan opah aku turut bersama-sama mengikut aku mendaftar. Bukan aku pinta tetapi mereka yang ikut serta.Mungkin mahu beri sokongan dan terima kasih aku ucapkan.
Sepanjang perjalanan aku mengikuti pengajian diploma pula penuh dengan suka-duka yang mengajar aku erti seorang mahasiswa. Bercampur dan mengenali berbagai ragam orang.Mengetahui siapa rakan,siapa musuh.Juga siapa yang tikam belakang.Semua itu ada dan pernah aku rasai. Ini semua dapat memberi kita erti dan makna kehidupan. Walau kita cuba elak tetapi kita tetap perlu hadapinya dan hanya masa yang menentukan.

Kali ini aku akan buka lembaran baru yang menanti di Shah Alam. Aku tak tahu samada rintangannya lebih besar atau sebaliknya,tapi yang pasti dan paling penting aku kena hadapi mahu atau tidak.
Harapnya blog ini tidaklah banyak sangat sawangnya nanti...Hehehe

Thursday, July 03, 2008

Tangan-Tangan Kotor

Orang kata politik itu kotor. Sebab dalamnya ada macam-macam jenis orang.
Ada orang yang mempergunakan dan menyalahgunakan kuasa.
Ada orang yang menindas rakyat.
Ada orang yang kena suap dan rela disuap.
Ada juga orang yang gunakan duit untuk diri sendiri dan mengkayakan kroninya saja.

Entahlah. Tapi politik itu sebenarnya tak kotor. Tangan-tangan segelintir ahli politik itu yang mengotorkannya. Masakan dahulu ada sistem pemerintahan khalifah.Politik jugalah tu. Sekarang pun ada ulama dalam politik.

Jadi,politik tak kotorlah.Tak,tak.Tidak sekali. Hanya ahli politik itu sendiri yang tangannya kotor mengotorkan politik.

Hangpa pikirla sendiri.Assalamualaikum...

Tuesday, July 01, 2008

Kesepian

Tahniah buat Sepanyol atas kejayaan yang gemilang selepas menunggu 44 tahun.

Semalam aku berkesempatan menonton Sepi.Agak menarik.Kesepian aku(maksud aku berseorangan) menonton filem ini membuatkan ia begitu terasa.Ceh,jiwang pulak! Namun pujian patut diberikan warga kerja Sepi terutama Khabir dan gerak kerja kamera yang cukup indah. Sukar aku untuk mengingati filem-filem lain yang lebih cantik daripada ini selain Cinta. Kisah yang paling menonjol aku rasakan ialah kisah Adam lakonan Afdlin. Kisah kedua dan ketiga pula lebih syahdu dan menangkap perasaan.

Aku menontonnya bukan untuk melihat pelakon-pelakon gah di dalamnya atau ingin mengikuti jalan ceritanya sangat tapi ingin melihat sejauh mana falsafah Khabir Bhatia gunakan dalam filem ini. Selepas Cinta,aku dapat rasakan keistimewaan pengarahan Khabir. Tidak keterlaluan tema filem ini lebih berat dari Cinta dan itu yang menariknya ia daripada Cinta. Lakonan setiap pelakon begitu berkesan cuma Syed Husin masih nampak 'berlakon'. Pemandangan Taman Tasik Taiping dipergunakan sepenuhnya oleh Khabir lalu terhasillah paparan indah di layar lebar dan grafik bangunan di latar belakang taman itu begitu realistik sekali. Begitu juga adegan perlanggaran yang nampak real terutamanya babak jip yang melanggar Rozita Che Wan. Pasar borong Selayang pun boleh terlintas dalam fikiran Khabir dan shot di sini juga menjadi cantik.

Menontonnya selama hampir 2 jam bagaikan tidak puas apabila perjalanan cerita tampak laju dan diharapkan produksi Sepi boleh menghasilkan extended version dalam DVD. Bagi aku,adegan paling menarik dalam cerita ini ialah semasa imbas kembali watak Imaan(Baizuara) yang melihatkan apa yang terjadi kepada Pierre Andre. Hanya muzik yang melatari imbas kembali tersebut dan penyampaian sebegitu manjadi berkesan sekali. Walaupun kisah Imaan ideanya tidak asli atau nampak basi, gaya penyampaiannya memang lain daripada yang lain.Itu yang buat ia menarik.

Jika korang bukan peminat Cinta sekalipun, pastinya amat berbaloi mengeluarkan RM8 untuk menontonnya. Percayalah ia tidak menghampakan...
 
Google Analytics Alternative