Thursday, July 01, 2010

Titik Noktah Perenggan Baru

Semalam 30 Jun secara rasminya takde perlawanan bola piala dunia kat tv. Eh, bukan nak cerita yang ni.

Semalam 30 Jun secara rasminya adalah hari terakhir aku kerja kat kilang tu. Ada dalam lebih kurang 6 bulan aku dapat merasa pengalaman bekerja dalam sektor perkilangan. Bagaimana ia beroperasi dan macamana sistem yang digunakan. Semua ni buat jadi bekalan pengalaman untuk hari kemudian aku yang sekarang berlandaskan bidang kejuruteraan. Sebelum aku kerja di kilang multinasional ni, aku buat praktikal di kilang kecil yang baru nak up dalam industri. Memang mencabar. Macam kerahan tenaga pun ada dan elaun yang dapat memanglah tak setimpal. Tapi kita bersyukur jela dengan apa yang kita dapat. So, memang banyak beza antara kilang baru nak up dengan kilang yang dah established terutamanya dari segi system organised. Apapun, lazimnya begitulah, mana ada kilang yang baru nak naik boleh beroperasi 100% takde cacat cela. Kilang yang dah lama pun ada jugak cacat celanya.

Jadi, aku tutup buku lama dan buka buku baru(ayat macam baru lepas bergaduh masam muka). Minggu depan aku akan ke USA untuk menyambung pengajian tahun akhir aku. Harapnya segala urusan aku dipermudahkan.

Piala dunia pun dah nak ke penghujungnya. Setakat ni aku boleh kira sebelah tangan je game-game yang aku tengok live tak macam World Cup sebelum ni. Yang banyaknya download dan layan highlight je. Untuk suku akhir ni, aku ramal Spain, Brazil, Argentina dengan Uruguay pergi semi. Tapi semua tak menang. Yang menang abang Subkhidin. Haha. Ade ke jadi pengadil ke 4 je cikgu ni. Adui.


 Hati aku kuat mengatakan Spain menang tahun ni


P/S -  Ingat pegi USA kena naik flight je ke? Naik moto pun boleh...

Tuesday, June 29, 2010

Kesan Domino


 
Ini bukan cerita aku baru balik dari makan Domino atau telefon delivery. Sebaliknya, kesan Domino adalah sesuatu benda yang terjadi menyebabkan akan terjadinya benda-benda lain di sekitarnya. Atau bahasa mudah dipanggil kesan berantai. Aku tak pasti kalau surat berantai boleh dipanggil surat Domino atau tidak.

Esok merupakan hari terakhir aku bekerja di kilang membuat pendingin hawa ni. Selepas tu bolehlah aku fokus balik pada study aku yang tak habis lagi. Dalam pada nak habis kerja ni, macam-macam jadi. Tak tahula boleh dipanggil kesan domino atau tak. Tapi kalau ada rakan sekerja kau yang dulu boleh bawak gurau-gurau, tepuk-menepuk, bahan-membahan tiba-tiba bermasam muka dan tak mahu bercakap sepatah langsung, memang ada kesan domino. Banyak kerja terjejas sebab akan ada arahan berbelit-belit. Ada arahan yang disampaikan oleh pihak ketiga sebab orang tu memang taknak bercakap langsung dengan aku dan kawan aku ni. 

Puncanya apa, aku pun takde jawapan. Tiba-tiba lepas dia balik dari cuti sakit, terus tak mahu bertegur sapa. Aku dengan kawan aku pun pelik. Tak profesional betul. Ada problem kat rumah tak payah bawak ke tempat kerja. Tu yang jadi kesan domino tuh. Dan, sampai esok aku nak berhenti pun masih tak bersembang apa pun. Nak bagi arahan pun(sebab dia macam in-charge line tu) pakai orang ketiga lagi.

Walaupun begitu, aku tak peduli pun pasal semua tu. Sebab aku pun hanyalah operator. Kerja aku menerima arahan je. Tak 'mati' pun kalau tak bercakap dengan dia. Cuma dialah yang kena pakai orang lain untuk sampaikan arahan. Pesanan aku, kalau ada masalah kasi setel cara baik ye kawan-kawan. Jangan bawak problem tempat lain kat benda yang kau tengah buat. Yang kena tempias orang lain jugak.

Aku harap langit esok cerah secerah harapan aku untuk segera sambung mengaji balik. Eh, Perancis tak main world cup tahun ni ek?

Thursday, June 17, 2010

Mesin Kapitalis



Masa aku kecik-kecik, kat sekolah ada mesin tin minuman ni. Ada ke jual air gas kat budak-budak sekolah rendah kan? Kapitalis betul mereka. 

Dulu keluar air tin je. Bila jatuh bunyi die mak ai, kuat gile. Gedegangg!!

Sekarang ni, siap boleh bancuh kopi dengan milo lagi dalam tu. Boleh pilih lagi nak kurang gula ke, nak lebih ais ke, nak sikit garam ke (?).

Tapi semalam, masa aku nak beli air ni kat kilang, kenapa aku pilih sirap, yang keluarnya sarsi? Tak cukup baki pulak tuh. Kapitalis betul..

Tuesday, June 08, 2010

Ampat

6 Jun 2010 itu hari genaplah 4 tahun blog ni beroperasi. Jadi, mari kita sama-sama potong kek dan menjerit "Hepi Besday" ramai-ramai ye..

1....

2....

3....

"HEPY BESDAY!!!!"

Aku pun tak tahu entah apalah yang aku caruti dan tohmahi selama 4 tahun ni. Korang pulak pegi baca. Haha. Apapun, terima kasihlah kepada semua pengunjung tetap, pengunjung tak tetap, pengunjung hidup segan mati tak mahu, pengunjung followers, pengunjung senyap, pengunjung suka bersuara dan segala macam pengunjunglah. Terima kasih semuanya. 

 Copyright reserved

P/S - 4 tahun kira lamalah jugak ek. Ala, masa tu korang baru kenal Friendster kan? Itupun main masa kelas ganti kat makmal komputer sekolah. Ngahaha....

Sunday, June 06, 2010

Menggamit Memori Piala Dunia

Sempena kedatangan Piala Dunia 2010 di Afrika ini, slot sukan Warkah Kembara menghidangkan kisah menarik atau lebih tepat lagi, kenangan silam aku sepanjang Piala Dunia yang aku ingat. Pergh, ayat nak saiko jer. Dahlah tajuk entri tahap sampah. Ok, sebenarnya, aku teringat beberapa kenangan yang aku ingat masa Piala Dunia dari aku lahir sampai la yang terkini. Ada 5 semuanya start dari tahun 1990 sampai 2006. 


World Cup 1990 Italy



            Piala dunia pertama bagi aku lepas aku lahir. Mana nak ingat sangat. Yang aku ingat Roberto Baggio baru mula main kejohanan ni tapi tu pun dah gempak. Walaupun masa ni Baresi dan Salvatore Shillaci lagi style dorang main tapi serius aku tak kenal sangat. Aku tau pasal world cup ni pun sebab aku banyak baca buku  bola mat salleh beberapa tahun kemudian. Haha. 


 Roberto Baggio masa zaman anak dara



World Cup 1994 USA



            Masa ni baru aku merasa tengok kat tv. Aku ingat lagi yang ada satu team dari Timur Tengah, tak silap aku Arab Saudi main dalam kejohanan ni. Yang buat aku teringat tu bukan apa. Masa defend passing bola kat penjaga gol, penjaga gol ni boleh tahan tak kena. Nasib baik tak gol sendiri. Kejohanan ni jugak ada remark yang ngeri bila pemain Colombia, Andres Escobar menjaringkan gol sendiri dalam game lawan USA dan kena tembak kat kepala oleh penyokong fanatik mereka. Masa world cup ni jugak aku start kenal Romario dari Brazil dan beberapa star yang lain yang aku boleh ingat adalah Batistuta dari Argentina, Bergkamp yang style dari Belanda, Dunga dari Brazil dan Maldini dari Itali. Dalam kejohanan ni jugak, Roger Milla dari Cameroon menjadi antara pemain paling tua menyumbatkan gol. Umur dia berapa masa tu, aku pun taktau. Maybe dalam 40-an kot. Lepas tu, rambut Valderrama dari Colombia memang jadi bualanlah kawan-kawan aku kat sekolah.



Buat penyapu memang diyakini suci dan bersih




World Cup 1998 France



            Ini antara kejohanan yang agak best bagi aku pasal dari segi sambutan memang meriah. Siapa kenal Ricky Martin dulu kalau dia tak nyanyi lagu tema The Cup of Life untuk piala dunia ni. Aku siap beli kaset original soundtrack piala dunia ni lagi sebab semua lagu-lagu dalam tu sedap-sedap belaka. Kejohanan ni jugak memang manis bagi aku sebab Brazil kalah masa final dengan jaringan Zidane dan Petit. Syok-syok tengok Ronaldo asyik menyumbat gol setiap perlawanan, tiba-tiba final kena sawan pulak. Aku pulak memang anti Brazil nih. Taktau kenapa. Tapi aku lebih anti England. Bercakap pasal England, aku masih ingat lagi match England - Argentina yang berkesudahan Argentina menang penalti selepas seri 2-2 walaupun gol Owen memang superb. Masa ni jugak Beckham kena buang padang sebab tendang Simeone. Memang aku bertepuk tangan gembira masa tu tengok bintang Manchester ni kena keluar padang. Lagi satu antara match yang abadi dalam ingatan aku adalah semifinal antara Brazil dan Belanda. Aku yang memang minat Dennnis Bergkamp dan anti Brazil dah tentulah menyokong Belanda. Sayangnya, Belanda tewas dalam penentuan penalti.

Antara trivia menarik yang aku ingat masa world cup ni:

a) Antara bintang-bintang yang baru aku kenal masa ni adalah Zidane, Henry, Davor Suker, Morientes, Vieri dan ada la lain-lain lagi. Malas aku nak tulis.

b) Gandingan serangan terbaik bagi aku adalah duo dari Chile iaitu Marcelo Salas dan Ivan Zamorano. Memang pedas!

c) Piala dunia pertama untuk Jepun setelah berkali mencuba dengan Hidetoshi Nakata memenangi pemain terbaik Asia selepas tu. Kejayaan skuad Jepun ini diabadikan dalam komik Johan Bolasepak yang aku baca masa kecik-kecik. 

d) Skill paling terbaik adalah dari Cuauhtemoc Blanco dari Mexico dengan mengangkat bola menggunakan kedua-dua kaki. Skill ini kemudiannya menjadi ikutan budak-budak kat taman aku main bola. Semua panggil.."Wei Blanco wei..." bila ada orang  buat skill ni. Dengar cerita, 2010 ni dia ada main lagi.

 The Blanco Bounce


e) Iran tewaskan Amerika 2-1 masa tengah hangat berbalah secara politikal.

f) Ricky Martin jadi terkenal semenjak world cup ni.


 World Cup 2002 Korea Japan



           Siapa yang tak ingat detik kegilaan Korea yang melangkah hingga ke separuh akhir ni? Masa ni, suratkhabar tulis 'Ginseng Korea terbaik' la, 'Mari makan ginseng' la. Apalagi la. Masa ni jugak semua member aku puji Korea sebab jadi wakil tunggal Asia bermain gempak. Padahal setiap perlawanan Korea mesti ada kontroversi dengan Itali dan Sepanyol menjadi mangsa. Cuma Jerman menjadi penghalang ginseng Korea ni di semi final. Namun, semangat Korea dan sokongan padu penonton mereka memang aku puji. Turki juga menjadi antara pasukan yang mantap dalam kejohanan ni dan muncul pemenang tempat ketiga dengan Hakan Sukur menjadi pemain paling pantas menjaringkan gol dalam sejarah piala dunia semasa menentang Korea. Masa ni jugak aku membeli sebiji bola Adidas Fevernova yang menjadi bola rasmi kejohanan buat main kat kampung. Habis lunyai dibuatnya belum sempat world cup habis.


Boleh bikin gaduh kalau hilang



World Cup 2006 Jerman



            Ini adalah piala dunia yang paling mendapat coverage meluas dari aku di mana hampir kesemua 64 perlawanan aku tonton secara langsung. Cuma ada la dalam 2-3 game bosan aku terlepas dan menonton delayed. Antara perlawanan menarik adalah melibatkan pasukan France bertemu Sepanyol, Brazil dan final menentang Itali di mana Zidane tidak hanya menanduk bola tetapi juga menanduk dada Materazzi. Aku yakin kalau Zidane main sampai penentuan penalti mungkin France boleh bawa piala tu pulang tapi sayangnya jadi begini dalam perlawanan terakhirnya. Antara perlawanan menarik lain yang menyaksikan 4 kad merah dilayangkan adalah game Portugal menentang Belanda. Cerita pasal edisi kali ni aku ada ceritakan masa mula-mula aku buat blog tahun tu. Ayat memang macam siak.


The infamous header ever



World Cup 2010 South Africa



Untuk tahun ni, apakah akan ada singa atau cheetah menerjah masuk ke padang? Atau gajah Afrika berjalan terhuyung hayang di kawasan tepi stadium? Dan, siapakah bakal muncul juara? 

Setelah aku membuat perkiraan mantik di dalam buku latihan Matematik kotak-kotak kepunyaan adik tahun lepas yang masih ada baki beberapa mukasurat lagi dan merenung bintang di langit malam, aku yakin juara tahun ini milik pasukan yang pernah muncul juara. Siapa? Lu orang teka la, ada 7 je kot. Jangan main judi sudah. Untuk tahun ni, aku pun tak pasti samada aku dapat tengok full atau pun sikit-sikit je. Semua bergantung pada bos kilang boleh ke beliau bagi aku mengular ke tak.



Jangan lupa tengok brader ni nanti. Jersi dia takde nombor.

Tuesday, June 01, 2010

Sakit

Tiba-tiba rasa nak tutup je blog ni.........



Sunday, May 30, 2010

Malam



Cerita-ceritamu sebelum tidur menjadi peneman jasadku dan penenang jiwaku....


Kalau boleh, setiap malam aku ingin mendengar cerita-ceritamu itu....

Saturday, May 22, 2010

Piala Dunia Afrika

Patutlah supervisor paksa aku kerja lebih masa sekarang ni. Yelah, Piala Dunia kat Afrika dah nak mula.


 Kat sana kan panas. Kenalah beli benda ni sebarang dua ye dak.



Nak letak dalam bilik media Stadium Nelson Mandela. Betul. Tak tipu punya.




Bersedia ke Afrika.



Nak aje aku duduk dalam kotak-kotak tu. Dapat pegi Afrika free. Nasib baik aku pikir 2-3 kali camne nak balik je.

Tuesday, May 18, 2010

Hantu?Setan?Jembalang?Toyol?


3. Rumah sewa aku kena rompak masa cuti sem. Yang tinggal kat rumah masa tu ada 3 orang kawan aku je. Ketiga-tiga hilang duit. Dekat beratus jugaklah. Bukan sekali dua. Dekat 2,3 kali jugaklah. Sayangnya, bukan manusia yang buat. 'Benda' lain buat. Siap bertuan lagi. Dengar cerita orang Indonesia. Bomoh mana entah yang bagitau ni kat kawan aku. Peliknya, duit je hilang. Komputer dengan laptop 'dia' tak minat nak curi pulak. Bukan IT punya spesis la ni. Lagi satu peliknya, kejadian ni hanya berlaku pada Rabu malam Khamis. Agaknya syarat dorang kot.

Akibat dah banyak kali sangat kejadian ni berlaku masa cuti arituh, member aku buat teori mudah. Simpan duit dalam bekas bertutup. Confirm dia tak ambil. Yelah, duit rumah ada beratus dalam tin biskut tak pulak 'dia' kebas. Agaknya 'dia' tak boleh buka benda bertutup kot. Nak lagi best, 'benda' ni boleh buat tilam member aku kat tingkat atas boleh turun kat tingkat bawah siap landing kat ruang tamu lagi.

Atas ni sedutan dari entri tahun lepas ni. Pasai apa aku letak balik benda ni? Memang korang hebat meneka. Ya, ia terjadi lagi sekali malam tadi. Apa yang aku boleh kata, modus operandi adalah sama seperti tahun lepas di mana terjadi lagi tilam di dalam bilik dengan tidak semena-mena di bawak keluar ke ruang tamu. Bila tanya semua orang, takde sorang pun dapat memberi jawapan. Kali ni banyak gak 'jembalang' ni dapat. Mau dekat satu ribu kot. Henpon member aku baru angkat guna duit PTPTN habis hilang macam tu je. Nasib baik hari tu dia tak jadi angkat IPhone. Kalau tak mau menangis dia tujuh hari tujuh malam duduk meracau dalam bilik. 

Aku pulak keje shift malam, jadi boleh kata terselamatlah. Duit gaji aku bulan lepas kira-kira RM50 dalam locker pun terselamat. Alhamdulillah la, kalau tak, meragut rumput depan rumah ajela sampai hujung bulan. Benda-benda tahyul macam ni memang berat nak terima tapi tulah hakikatnya. Laptop baik punya tak kena rembat. Yang hilang duit dan telepon je.

Aku syak 'benda' ni nak merasa pakai henpon kot sambil duit tu buat beli topup. Pasni mana tau, dia advance lagi angkat PC dengan laptop yang ada dekat 9 biji dalam rumah ni buat main Fesbuk.

Sunday, May 16, 2010

Guru

Masa kecik-kecik dulu impian aku nak jadi cikgu. Tu pun setelah membaca komik Great Teacher Onizuka (GTO). Beda'ah betul. Senang betul benda macam ni mempengaruhi pemikiran budak-budak.

Lepas aku selalu datang lambat ke sekolah dan asyik kena sebat, aku pikir-pikir balik. Payah jugak jadi cikgu ni. Kalau kerja asyik menyebat, mana aku berani. Aku tukar balik impian aku. Nak jadi pemain bola. Tapi sebab aku selalu jaring gol sendiri je, aku pikir lagi.

Aku pun taktau apa yang aku nak pikir dah. Tapi masa aku kecik aku ada pikir, kalau cikgu boleh melahirkan jurutera, peguam, arkitek, doktor tapi kenapa cikgu-cikgu punya gaji tak dapat celen gaji profesional-profesional ni sedangkan cikgu-cikgulah yang membentuk dorang. Aku tanya soalan ni kat umi yang seorang cikgu. Sayangnya, aku tak ingat apa jawapan umi masa tu.


SELAMAT HARI GURU UNTUK UMI DAN SEMUA GURU YANG PERNAH MENDIDIKKU. JUGA KEPADA SEMUA GURU DI DUNIA.


Thursday, May 06, 2010

Empty Space

Fuh, busy betul semenjak balik dari praktikal training itu hari. Lepas submit report, terus mintak keje kat kilang-kilang kat Shah Alam nih. Mintak punya mintak, minyak dalam tangki motor pun dah nak habis, ada rezeki dekat satu kilang buat air-cond nih. Memang lu orang kenal la kalau aku cakap nama kilang nih. Tapi rahsia la. Mana tau kang lu orang datang pau gua plak...

Memang busy gila. Kerja 12 jam. Kaki sakit-sakit plak tuh bila balik. Tapi takpela, demi sesuap nasi ye dak..

Nantila aku update lagi...

P/S - Arsenal pehal suka nombor empat nih?

Saturday, May 01, 2010

Brader

Itu hari masa aku jaga production line kat satu kilang multinasional ni, aku ada perasan satu brader.

Aku usha je brader ni dari jauh sambil packing barang. Rambut brader ni panjang paras bahu. Ada la cecah sikit kat uniform dia. Dia punya potongan seluar pulak memang sempit habis kat bahagian kaki. Aku ingat ada la dia cutting sampai 5 inci. Jambang brader ni pulak memang tahap Ramli Sarip kot. Er, kurang sikitla..

Dari kejauhan, aku nampak brader ni membuat gerak bibir seakan menyanyi sambil menolak troli. Fuh, aku dah syak dah brader ni memang layan rock parang ni. Tahap layan Cromok, May, Febians. Takpun paling busuk pun layan Umbrella. Nak lagi busuk, dia layan band Primary kot. 

Brader tu dah makin dekat dengan line aku. Siulan lagu yang dia nyanyikan makin lama makin kuat. Aku dah mula cemas pikir brader ni layan band apa la dengan penampilan dia sebegitu. Dengan itu, dapatlah aku melihat dan membuat kajian, adakah penampilan boleh mempengaruhi minat muzik seseorang.

Lintas aje brader ni dekat line, lirik lagu brader ni makin menangkap dalam telinga aku. Brader ni tanpa segan silu muka hepi riang menyanyikan......


"Please..Please...Please...Kamu jangan nakal...Nanti aku bawa.....apa yang kau pesan..."


Brader tu dah habis lintas line aku. Suara sepoi-sepoi dia makin lama makin halus. Aku termenung kejap. Rupanya, penampilan atau pemakaian seseorang individu tiada kaitan dengan citarasa muzik dia. Benarlah kata pujangga.
 
Google Analytics Alternative