Thursday, October 21, 2010

Dedicated

Saya mendedikasikan anugerah ini kepada insan-insan yang banyak memberi dorongan dan galakan untuk berjaya especially pada kedua parents saya. Many thanks!







Wednesday, October 20, 2010

Loserpool?

Ahad lalu, Liverpool tewas kepada jiran setempat, Everton. Sekarang ni, Liverpool berada di tangga ke 19 yakni dua dari bawah. Aku rasa, musim ni adalah antara permulaan buruk buat mereka sejak Premier League diperkenalkan. Dan, jika mereka terus kalah dan kalah, tidak mustahil mereka akan tersingkir ke Liga Coca-Cola musim depan.

Loser?


Apa agaknya rasa menjadi penyokong Liverpool sekarang? Menghuni tangga kedua dari bawah liga dan hanya bermain di Europa League. Mari kita selami.

1. Kurang nafsu menonton perlawanan bolasepak. Tidak kira Liverpool ataupun Piala Malaysia.

2. Melarikan diri apabila rakan-rakan bersembang pasal Liga Perdana Inggeris.
3. Cuba menjarakkan diri dengan keputusan perlawanan Liverpool apabila rakan membuka portal result EPL.(Takut dibahan jika kalah)

4. Tidak berminat membeli jersi Liverpool walaupun mendapat penaja baru yang tiada unsur arak.

Statistik jualan jersi ini di uptown jatuh menjunam meskipun bebas unsur-unsur arak

5. Tidak lagi berminat berkunjung ke kedai mamak waktu hujung minggu di mana waktu perlawanan EPL ditayangkan.
 Kedai mamak lengang meskipun ada perlawanan membabitkan Liverpool
6. Main game bola pun taknak.
PES 2012 tanpa Liverpool?
7. Emosi sentiasa dan mudah naik angin.

8. Tidak berjaga malam Rabu atau Khamis untuk menonton Champions League. Jika anda lihat peminat bola tidur pada malam-malam tersebut, maka mereka adalah penyokong Liverpool!


Don't hate me. I'm just the manager. Hate the Yanks!



 Kampung mari anyone?



All pictures are copyright reserved

Wednesday, October 13, 2010

Ibarat Serie A

Walaupun aku ni berdarah Perak, namun atas rasa kecintaan kepada kehangatan saingan bolasepak Piala Malaysia, aku pergi menonton Selangor lawan Kelantan malam tadi. Dengan membawa seorang penyokong Selangor atas motor, aku betul-betul dahagakan kemeriahan menonton perlawanan bolasepak di stadium seperti mana aku rasai sewaktu menonton pasukan Perak beraksi sekian lama dahulu. Itu antara sebab aku datang. Tambahan pula, perlawanan Selangor dan Kelantan sering menjanjikan aksi sengit dan babak panas di atas padang dan juga di luar padang.

 Kaitan Red Giant dan Red Devil

Tanpa berceloteh panjang, aksi panas betul-betul berlaku dengan dua layangan kad merah dikenakan masing-masing ke atas pasukan Selangor dan Kelantan. Sebaik saja layangan 2 kad tersebut, keadaan menjadi kecoh di seberang sana stadium dengan 'gap' antara kedua penyokong mula nampak longgar. Yang aku perasan, penyokong Selangor mula-mula menerjah ke dalam ruang pemisah itu. Tapi aku juga perasan yang penyokong Kelantan banyak melontar botol-botol minuman ke arah penyokong Selangor.Juga kelihatan kerusi-kerusi stadium berterbangan. Aku hanya mampu tersengih saja. Kerana apa aku tersengih? Kerana semua ni dapat aku saksikan depan mata sendiri. Tidak perlu bersusah payah ke Liga Seria A di Itali sana untuk melihat pergaduhan dan cetusan bunga api warna-warni. Sudah sedia ada di sini semuanya. Siap mercun meletup dekat pasukan perubatan lagi. Sayangnya, perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0. Aku memang sakit hati kalau lawan result 0-0 nih.

Pagi ni bukak paper online, tengok ada seorang penyokong Red Warriors meninggal sebab sesak nafas. Aku percaya kalau langkah lebih ketat dapat diambil FAM, pastinya tak berlaku insiden-insiden seperti di Seria A semalam. Takizah kepada arwah.

Saturday, October 09, 2010

Mahasiswa Mapan Mengembeleng Negara


 Bukan universiti dia


Usai melalui kawasan perusahaan tadi, aku memarkir motosikal di kawasan letak motosikal fakulti. Setelah siap-siap kunci helmet, aku melangkah padat ke kelas sambil tangan kanan menggenggam tali beg galas dan tangan kiri pula menggenggam sebuah buku teks bertajuk 'Mechanics of Material' atau dalam bahasa ibunda, Mekanik Bahan. Sesampai di lif A( ada lif A, B, C dan D di situ), panel LED menunjukkan tingkat 10 iaitu tingkat di mana kelas aku berada. *Mungkin sistem lif di sini berbeza dengan lif tempat lain kerana kita perlu menaip tingkat yang diingini di panel dinding yang tertera nombor ibarat telefon bimbit susunannya. Selepas itu, skrin akan tertulis lif mana yang perlu dimasuki. Senang caranya tapi konsepnya agak menyusahkan. 

Sampai di kelas, aku melangkah masuk dengan tenang. Jam menunjukkan 8.20 pagi. Masih ada 10 minit sebelum kelas bermula. Untuk menjadi mahasiswa cemerlang, salah satu caranya adalah dengan sampai awal ke kelas. Bukan setelah pensyarah sudah mula, baru terhegeh-hegeh nak masuk dan mengganggu syarahan. Jadi, aku menyediakan alatulis dan meletakkannya di atas meja. Aku tekan-tekan meja. Meja tak stabil. Bermakna, ada salah satu kakinya 'cacat' atau terbantut sebab getah bawah hilang. Jadi, dalam keadaan meja yang tak stabil, memang tak sedap nak menulis. Apatah lagi kalau tengah memadam. Memang meja berbunyi sambil meja berlanggar-langgar dengan meja kawan sebelah. Memang tensi.

Solusinya, aku tarik sehelai kertas dari notepad beli kat Mydin semalam, aku lipat kecik-kecik dan lapik kat kaki meja yang 'cacat' tu. Tadaa..Meja jadi stabil dan hati jadi senang. Sementara menunggu pensyarah masuk, aku periksa kondisi alat-alat tulis. Dari pemadam bawak ke pen. Dari blenko bawak ke pensil mekanikal. Oh, aku picit-picit pensil mekanikal tu tak keluar batang grafitnya. Jadi, aku masukkan dakwat ke dalamnya melalui mulutnya. Bukan di bahagian kepala. Kebanyakan pelajar amat malas untuk membuka tudung kepala pensil mekanikal untuk memasukkan dakwat grafit. Solusi mudah ialah melalui muncungnya sahaja sambil tangan perlu menekan pemicit di kepalanya supaya dakwat grafit dapat dimasukkan. Mengikut pemerhatian, masih ada lagi mereka yang sanggup membuka tudung kepala pensil untuk memasukkan dakwat. Teknik ini pun aku belajar dari kawan sewaktu di darjah 3.

Setelah selesai sudah persiapan aku untuk memulakan pembelajaran, aku duduk dengan tenang. Sudah 8.35 pagi. Hamid, seorang wakil kelas untuk subjek Mekanik Bahan ini datang tercungap-cungap. Setelah mengambil nafas kira-kira 30 saat, Hamid memulakan bicara,

"Hari ni kelas cancel. Professor kena pegi Penang, ada conference!"

Suara Hamid perlahan tapi setiap isi kelas dapat mendengar butir-butirnya dengan jelas. Sudah kedengaran pelajar lain menjerit " Yesss!!". Ada yang senyap dan ada yang bersuara dalam hati. Macamlah aku dengar pulak kan. Dan aku?

Aku tidak tahu mahu gembira atau kecewa. Aku blur. Aku bukan saja sudah menyiapkan diri untuk menghadapi syarahan 2 jam hari ini, malah aku sudah pam tayar motor sebelum ke kelas tadi. Hari ini ada satu kelas saja yakni kelas yang baru Hamid kata dibatalkan tadi. 
 

 Aku berjalan longlai ke motor.. Segalanya perlahan. Aku terasa mahu pergi ke I-City malam ni....

Thursday, September 30, 2010

Perusahaan

Aku hirup udara pagi ini dalam-dalam. Cuaca hari ini sangat baik. Tanpa mempedulikan pemanasan global yang kian berlaku, aku hidupkan enjin motor dan memulakan perjalanan. Jiwa hari ini rasa bersemangat untuk ke kelas. Entah kenapa. Mungkin malam tadi mimpi yang indah-indah barangkali. Barangkalilah.

Perjalanan ke kampus mengambil masa lebih kurang 10 minit jika laju. Dan menjadi lebih 15 minit jika perlahan. Laju mana, perlahan mana ikut sukahati korang punya skala lah. Sampai di satu area ni, hidung terbau coklat. Bukan ada coklat mencurah-curah di ladang gandum, sebaliknya aku sedang melalui satu kawasan perusahaan membuat coklat yang dipanggil kilang Cadbury. Jadi, setiap kali aku pergi dan balik dari  kelas, hidung aku 'kenyang'  dengan bau-bauan dari kawasan ini. Sesudah disajikan dengan bauan coklat, hidung aku disajikan pula dengan bau-bauan yang digemari perokok yakni tembakau. Di sebelah kiri jalan terdapat perusahaan membuat rokok tembakau manakala di sebelah kanan perusahaan memasang kereta Toyota. Jadi, setiap hari aku akan melalui kawasan-kawasan perusahaan ini. Dan setiap kali itu jugalah bermacam-macam bau yang akan hinggap di hidung aku saban hari.


Bersambung....

Monday, September 27, 2010

Budu Basi

 


Eh, dekat komputer aku ni ada dekat 200GB movie-movie aku download tapi satu haram pun aku tak tengok lagi. Pergh, apa la nak jadi. Masa...masa...tak pernahnya cukup....

Thursday, September 09, 2010

Raya

Dalam beberapa jam lagi, aku akan berangkat ke kampung halaman tercinta-tempat-jatuh-lagi-dikenang-inikan-pula-tempat-bermain di Parit, Perak. Kampung ini banyak mencatat jutaan memori bagi aku dan di sinilah aku merasakan kehidupan yang betul-betul satu 'kehidupan'. Ah, tak banyak masa yang tinggal dah. Lain kali saja aku ceritakan.

Apapun, kali ni raya mungkin tak semeriah sebelum ini kerana atuk dan opah telah berangkat menunaikan umrah Ahad lepas dan semestinya akang menyambut Aidilfitri di sana. Takkan ada kedengaran suara opah memekik meminta santan untuk menyiapkan lemang atau suara atuk mengarah menambah api untuk membakar lemang. Takkan ada tahun ni semua itu. 

Aku dapat rasakan kebosanan raya kali ni.......


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Gunakan Syawal ini sebaiknya dan jangan asyik mengadap tv je. Lainlah aku, takde benda nak buat. Kehkehkeh....


Thursday, September 02, 2010

Lagenda 17


Masa tu hujan rintik-rintik. Aku dan rakan lain terpaksa berteduh lama di Tesco. Ah, Tesco lagi. Entri sebelum ni pun Tesco jugak. Freemason betul blog nih. Takpelah, aku tumpang teduh kejap sambil-sambil shopping mata kat Tesco ni. Tunggu punya tunggu, jam dah nak pukul 6 petang. Dah beli barang ape semua, kitorang tak tahu nak decide buka puasa kat mana. Nak buka puasa kat rumah dah biasa. Jadi, hari itu nak melanggar kebiasaan sikit.

Sahabat aku yang merupakan seorang penyokong kuat pasukan Selangor mencadangkan satu tempat yang aku rasa tak familiar dan belum pernah aku pergi. Tempat baru katanya. Ya, aku tahu tu tempat baru sebab aku pernah baca di suratkhabar mengenai restoran yang baru dibuka kat area Shah Alam ni. Tanpa berfikir panjang, kitorang pun menyetat motor dan bergerak terus ke destinasi memandangkan jam pun dah nak pukul 6.30 petang. Kalau pegi bazar kat area stadium tu, konfem dapat bau je. Nak-nak hari Ahad macam ni. 


Kitorang pun sampai.....

Dan....


Audi depan kedai tu sape punya kalau tak brader ni



Nasi ayam Hainan yang sedap



Inilah tempatnya. Restoran Lagenda 17 milik lagenda Selangor dan Pahang Zainal Abidin Hassan. Daripada pencen tak tentu hala, lebih baik buat bisnes. Pada mulanya, aku agak tempat ni macam eksklusif dan harga macam boleh tahan mahal. Tapi lepas usha-usha sikit, set berbuka puasa dia baru RM10 je. Dalam set tu, ada nasi ayam Hainan, air sirap limau, bubur dan secedok aiskrim. Huii..Boleh tahan jugakla...Ingatkan tak cukup tapi lepas suapan terakhir aiskrim vanilla dia, alhamdulillah la. 


Header menu pun memang terma-terma dalam bola



Menu aku takde dalam ni



 Belakang menu siap ada sekilas pandang. Mana nak dapat restoran camni



 Dinding belah dalam ada keratan-keratan lagenda



 Jersi pun ada. Berpeluh lagi kot


Masa kitorang datang tu, Zainal pun ada jugak. Beliau siap salam lagi ngan kami ni. Dan tambah best, dia sendiri melayan pelanggan-pelanggan yang datang dengan mengangkat hidang dan sempat tanya, " Cukup tak kuih ni?" kat kitorang. Macam ni la buat aku respek. Walaupun aku takdela minat sangat dengan Zainal ni masa dia main kat Selangor dulu, tapi aku terharu dengan keramahan dia. Tak mustahil aku boleh datang lagi. 



Jersi-jersi lain




Kat atas dinding pun ade padang



Menu sebelum berbuka. Eh, ada ke menu sebelum berbuka?



 Mural gambar-gambar kenangan Zainal sewaktu zaman gemilang diabadikan di dinding restoran


No. 17 banyak signifikannya dengan beliau. Dia masa main kelab mana entah, Selangor sambar dia masa umur 17 tahun. Jersi yang dia dapat first masa main untuk Malaysia jugak adalah nombor 17. Masa Pahang lawan Singapura final Piala Malaysia dulu pun, Fandi Ahmad jersi bernombor 17 jugak. Dan macam-macam lagilah yang berkait dengan nombor 17 ni. Mana aku dapat info ni? Tak mainla gugel-gugel. Aku baca kat belakang menu dia. Hehe.


Mintak otograf bang. Ala, tak dengar pulak


Korang jangan lupa datang restoran dia ni kalau duduk area Shah Alam. Layanan best, harga boleh tahan, suasana bersih dan lebih penting kalau minat lagenda bernombor 17 ni, memang patut datang.


Nota bawah bawah - Agak-agak aku boleh claim tak kat abang Zainal bila buat promosi macam ni?

Sunday, August 29, 2010

Suffering-Gratitude-Joy

Akhirnya test terakhir aku sebelum raya ni yang bertajuk welding tamat tengahari tadi. Habis je test terus layan PES sampai pening kepala. Pening kepala bukan sebab ape. Sebab tak cukup tidur sebenarnya. Khamis malam sebelum tu, aku mengerjakan proposal FYP yang kena submit hari Jumaat patutnya. Nak dijadikan cerita, aku diarahkan submit Isnin pulak sebab lecturer aka supervisor aku tu terlupa yang Jumaat lepas cuti. Pergh. Memang cantik. Aku dah sampai depan pintu bilik-bilik pensyarah tengok-tengok pintu kunci. Segera aku mesej beliau dan beliau reply, terlupa Jumaat cuti. Penat aku berjaga dan tak tidur menyiapkan 3 chapter FYP malam sebelum tuh.


 

Ni bukan aku. Kenapa aku kaler rambut dia je?Lu orang pikirlah sendiri.


Jumaat malam pulak, aku mengaji subjek welding untuk test hari Sabtu iaitu pagi tadi. Study sampai tak tidur. Kalau tidur pun, tidur kejap-kejap je macam ayam. Habis test pagi tadi tu yang terus layan game tu sampai pukul 4 petang. Kepala dah betul punya tintong dah masa tu. Usai main game, terus pegi basuh baju dan layan Facebook sambil makan kerepek kejap. Eh, mana ada. Aku puasa la. Habis berFacebook dan basuh baju, aku dapat panggilan dari parent yang mereka nak datang untuk berbuka bersama seperti sebuah keluarga yang mesra. Haha. Oklah dapat aku melepas rindu pada keluarga. Tup-tup tengah sodap makan kat restoran mamak masa berbuka, ade pulak game Arsenal lawan Blackburn. Mak ai. Apsal aku boleh lupa plak kewujudan game ni? Nak je aku lempang otakku sendiri. Aku pun ajak ayah aku layan game ni dulu sebarang dua. 

Sebelum lempang hinggap kat kaki aku, aku segera membetulkan kenyataan kat ayah bahawa kita layan game Arsenal ni lepas solat Maghrib kat masjid berdekatan ye yah! Habis semayang dan berwirid(alhamdulillah), kami(aku dan ayahku saja: umi dengan adik ke Ole-Ole) pun segera mencari restoran mamak yang lain pulak buat port untuk sambung  layan game Arsenal ni. Sampai kat mamak, skor dah 1-1. Ah, aku syak kalau tak menang 6-2 macam tempoh hari tu, mesti menang 10-1. Setelah melepakkan diri selama 45 minit di mamak, kami pun pulang. Eh silap. Aku jelah pulang ke rumah sewa dihantar oleh parentku. Ape? Berape skor tadi? Lu orang gugel jela game bertarikh 28 Ogos 2010 ni. Haha...

Sampai gate....

"Angah, amikla dua bungkus roti john ni dengan nuget Seri Murni beserta kerepek ni" kata umiku. 

Aduh, aku terharu. Nuget Seri Murni ni baru je minggu lepas aku tengok kat Tesco Extra. Berhajat nak beli tapi kensel sebab harga dia  mak-ai-boleh-tahan-kau-cekik-darah-tak-cukup-lagi-ke-kau-untung-jual-minyak-masak. 

Aku berjalan sayu ke muka pintu sambil Avanza maroon kian jauh meninggalkan perkarangan rumah. 

Syukur...


Nota bawah-bawah - Sekarang memang trend letak gambar guna Paint je ke?

Friday, August 20, 2010

Jumaat Yang Ngantuk



Seringkali semasa saya solat Jumaat, saya dapati ramai insan-insan berjantina lelaki mengantuk dan sering terlelap semasa khutbah disampaikan. Maka, tak menjadilah dakwah dan nasihat-nasihat melalui khutbah itu  untuk sampai ke halwa telinga lalu menusuk ke sanubari. Lalu, saya terfikir satu solusi yang mungkin agak berat untuk dilaksanakan di sesetengah tempat. 

Ya, kita perlu cuti hari Jumaat. Bukan saja Khamis malam itu adalah malam sunat tapi supaya kita lebih bertenaga mendengar khutbah pada hari Jumaat. Tidak mengantuk dan pasti segar setelah mendapat tidur yang mencukupi sebelum masuknya waktu Zuhur. Maka, khutbah yang disampaikan oleh khatib pasti akan sampai terus ke dalam hati. Sayangnya, di beberapa tempat cutinya jatuh hari Ahad yakni bersamaan dengan hari kaum Kristian pergi ke gereja. Bukan maksud saya mahu mencurah minyak ke dalam api tapi adalah lebih baik cuti hujung minggu di Malaysia jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Mudah untuk kita mendengar khutbah. 

Lagi satu yang telah menjadi amalan setiap masjid kini, selalu sangat tabung derma ditolak ke setiap saf di dalam masjid sewaktu khutbah disampaikan. Jika tidak menolak tabung derma, akan ada budak kebiasaannya memegang bakul untuk jemaah Jumaat bersedekah. Ini satu kesalahan kerana fiqh awlawiyat di sini adalah mendengar khutbah bukannya bersedekah. Sedangkan sewaktu jemaah sibuk menolak tabung derma atau ada kanak-kanak lalu di setiap saf mengutip derma akan menyebabkan fokus para jemaah pada isi khutbah akan terganggu. Ini boleh menyebabkan pahala dan keberkatan Jumaat hilang kerana mendengar khutbah adalah antara rukun solat Jumaat. Jika terkurang satu, amatlah rugi Jumaatnya hari itu. Tidaklah salah untuk menderma tapi bukannya sewaktu khatib sedang berkhutbah, kerana adalah lebih baik dilakukan sebelum atau selepas solat Jumaat tersebut. Wallahualam..





Sekian, disampaikan oleh budak surau Kampung Melayu Majidee. Bukan Ejai. Selamat berpuasa!


Sunday, August 15, 2010

Sodap

Lagu dari Perancis yang aku suka beat dan bunyi biolanya. Layan ajelah. Nak update cerita lain malas..Haha


Thursday, August 12, 2010

Jurnal Kembara 4: Satu Hari Di Singapura

Agak lama aku terlantar di ruang belajar aku sehingga tidak punya peluang untuk menghidupkan blog ini. Jadi, di kesempatan ini, aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan jangan lupa semayang Subuh lepas sahur. 

Beberapa minggu lepas, aku ditugaskan ke Singapura untuk mencari bahan baru untuk segmen Jurnal Kembara setelah sekian lama asyik ronda Malaysia je. Haha. Sebenarnya aku ke sana untuk lawatan sambil belajar. Belajar melihat negara orang dan menghayati keindahan tempat lain.


Teruja memohon pasport di pejabat imigresen PKNS



Busy sumbat beg dalam bas. Entah bawak ape entah padahal 1 hari je


Kami bertolak seawal pukul 1 pagi untuk bajet sampai Gelang Patah tepat-tepat waktu subuh dan boleh start jalan-jalan awal pagi. Dan memang sampai sana lebih kurang area pukul 6, dapatlah kami berjemaah sama-sama di R&R Gelang Patah. Setelah lepak-sambil-minum-dan-juga-mandi apa semua, kami pun meneruskan perjalanan ke kompleks imigresen. Memang aku rasa teruja sebab tak pernah ke oversea. Paling jauh oversea pun ke Penang je. Takpun Pangkor.


Kami guna link kedua sebab drebar bas cakap tambak jem



Panorama melalui Link Kedua


Takyah cerita banyak, first tempat kami sampai di Singapura adalah Jurong. Jurong ni nama asalnya jerung. Tapi sebab lidah orang putih pelat menyebut, jadilah Jurong. Jurong ni jugak adalah kawasan perindustrian sebenarnya tapi disebabkan taknak nampak sangat kawasan industri, maka dibina satu taman yang dipanggil Jurong Bird Park. Oh ya, kami dibekalkan dengan sorang tourist guide dari kalangan wanita moden di sana. Sungguh rajin dia bercerita mengenai sejarah Temasek walaupun ada fakta dia yang macam bercanggah dengan apa yang aku belajar. Mungkin paksi sejarah direka-reka mengikut acuan tempat tersebut supaya nampak hebat dan gah.

Kawasan industri Jurong




Ni area Jurong gak kot



 Lagi besar dari Melaka punya. Takde kena tarik macam Melaka punya


Selepas tu, kami lalu area Geylang Serai dan Marina Bay punya tempat. Dekat Singapura, kebanyakan jalanrayanya adalah dalam 3 lorong dan takde satu pondok tol pun aku nampak. Tapi dengar khabar, kalau nak gunakan jalanraya, kena bayar cukai yang agak tinggi. Mungkin sebab tu jalan nampak lengang. Setelah asyik meninjau dari atas bas je panorama kat sana, akhirnya dapat juga membetulkan pinggang dan mengeliat di hentian pertama di Chinatown. Kat sini bukan ada pun, ada kuil besar je yang tengah ada sesi baca-baca dalamnya. Lepas tu, ada satu market besar yang aku tengok sebijik macam dalam Phua Chu Kang. Dalam tengah mengejar masa, aku dan beberapa member sempat menyinggah di tandas awam. Di sini, mana ada guna paip. Semuanya guna flush je. Pastu ada tisu. Pandai-pandailah basuh camne.


Mana ada paip air. Kalau tak suka, tahan jela...



Sini semua lorong 3 line tapi tu pun takde jem




Tourist guide kata Hotel Raffles ni adalah hotel tertua di sini




Rasa macam kat Jepun pun ade




Tiang tu namanya tugu 4 bangsa sempena Perang Dunia Kedua lalu




Tokong Buddha di Chinatown


Kalau tadi Jurong daripada jerung, Geylang pulak asalnya daripada kilang dan Changi daripada cengal. Semua ni nak nampak komersil dan ada nampak nilai-nilai kapitalis kat situ memang terserlah. Next stop adalah Kampung Gelam di mana tempat ni dikatakan tempat peninggalan kaum Melayu. Maksud aku peninggalan warisan dan budaya Melayu. Memang jadi satu tempat pelancongan yang menarik. Aku terpikir juga, kot-kot cara pembangunan dia boleh diaplikasikan di Kampung Baru, Kuala Lumpur selain dari jadi tempat makan nasi lemak je. Kat sini, dapatlah jugak aku beli-beli souvenir sikit untuk dibawa pulang. Boleh kata murah jugakla di sini. Kalau tak convert duit Malaysia la bai.


Panorama dari Taman Merlion



Binatang ni la yang Sang Nila Utama jumpa



Bangunan yang macam ada kapal kat atas tu memang smart



Nilah makanan tengahari yang dipanggil Nasi Sambal Goreng. Sedap beb...


Dan demi memendekkan jurnal ni, kami pun singgah di Sentosa Island sebagai pitstop yang terakhir. Kat pulau buatan ni, memang dibina khas taman tema yang menempatkan juga Universal Studio di mana aku hanya dapat lalu depan jela. Kat Sentosa ni, aku berpeluang naik Skyride yang macam kereta kabel tapi kena duduk macam bangku panjang dan main satu permainan baru yang dipanggil Luge. Luge ni berkonsepkan kereta ala-ala go-kart tanpa enjin yang meluncur dengan menuruni bukit. So, kena pandai kawal stereng dan main brek la. Melihatkan aku mengambil lap laju gila sambil cecah tangan (sebab macam dah nak terbalik), brader-brader jaga kat situ usha macam tak puas hati je.


Satu lagi binatang pelik di Pulau Sentosa tapi lagi besar


Dengan dollar yang dah hampir nak menyusut, kami ke show terakhir kat Sentosa untuk malam tu yang dipanggil Songs of the Sea. Persembahan yang menggunakan pancaran laser ke pancutan air dibuat di tepi pantai dengan props rumah-rumah usang dipacak kat pantai tu. Lebih kurang macam drama jugak dengan permulaan persembahan ada pantomin yang macam mengarut je. Yang menarik tu pancutan air warna-warni je.


Main Skyride di pulau buatan




Pulau Sentosa antara tempat yang mesti dilawati jika singgah di Singapura. Fuh,macam iklan.



Persembahan air dan laser Songs of the Sea


Bila jam dah menunjukkan pukul 11 malam dan kami pun dah nak gerak balik ke Malaysia, maka lengkaplah perjalanan satu hari kami ke Singapura. Nak cerita, memang tak puas jalan-jalan satu hari tapi kalau pandai guna betul-betul 1 hari tu memang sedap.

 Dari pengamatan aku, antara point-point yang aku rasa best di sini adalah:

- Jalan semua 3 lorong. Takde tol tapi dikenakan bayaran untuk masuk bandar supaya kereta kurang di jalanraya. Orang akan guna public transport. Di sini, pengangkutan awam memang terbaik. Setiap 5 minit ada je bas. Kalau takde bas, guna teksi yang berlambak gile. Kalau teksi pun lu orang taknak naik, naiklah MRT.

 Walaupun nampak buruk tapi ada GPS


- Kualiti kebersihan memang tiptop. Susah nak jumpa daun-daun kering kat tepi jalan. Sampah lagilah, memang tak jumpa la. Bangunan-bangunan dan flat perumahan pun tak berlumut dan semua nampak macam baru cat.

 Area Geylang tempat terletaknya flat-flat perumahan kos rendah


- Bangunan lama dibela. Bukan runtuhkan macam yang terjadi pada Penjara Pudu. Ni semua dasar kapitalis.

- Singapura sudah mulakan program penanaman pokok semenjak dari tahun 70-an menurut tourist guide. Tak heranlah, jalan kat sana redup je. Kalau kat negara kita, DBKL memang rajin potong dahan dan ranting sampai botak bersandarkan alasan taknak bagi dahan jatuh.


Mana-mana ada je pokok di tepi jalan


- Singapura juga sudah bersiap sedia menghadapi perang nuklear apabila telah membina terowong yang boleh menempatkan berjuta-juta orang di dalamnya.

Macam terowong Smart tapi boleh tahan bom nuklear


- Jangan main rasuah (takde kaitan tapi kena sebut jugak).


Pendek kata, bukan senang nak dapat peluang melancong dengan kos murah macam ni. Kadang-kadang ada benda yang dapat kita ambik dan belajar daripada negara orang supaya dapat dijadikan teladan dan panduan buat kita jugak. Tak bermakna yang hebat tu bagus tapi tak bermakna jugak yang bagus tu hebat. Jadi,aku harus hargai pengalaman yang aku timba ini. Sekian, dan jangan lupa cuba murtabak Singapore.
 
Google Analytics Alternative