Tak susah untuk membuat kesimpulan bahawa sememangnya ekonomi
Malaysia sedang berkembang dan meningkat berdasarkan KDNK negara yang
baru dikeluarkan.
Nota : Artikel ini sedikit panjang, maka, harap kau bertabahlah.
Tak dapat disangkal lagi bahawa cukai dipanggil GST memberikan kerajaan
pendapatan lumayan dengan hasilnya dapat dikutip setiap hari dan setiap
bulan. Tapi, apakah baik jika kerajaan mendapat kutipan lumayan walhal
hakikatnya, rakyat masih menderita atau bak kata para ekonomi, rakyat
tidak mendapat tempias perkembangan sihat ekonomi negara ini?
Rakyat mungkin mendapat manfaatnya jika tiada ketirisan dan hasil kroni
yang disebarkan sesama sendiri. Malah, setiap pelaburan kerajaan melalui
kutipan cukai pasti dapat memberikan manfaat kepada rakyat 100% dalam
jangka masa pendek tanpa adanya agihan kekayaan kepada kroni celaka
pentadbiran BN.
Berbalik kepada persoalan asas, adakah rakyat dapat tempiasnya?
Kita bagi contoh pertama dalam cukai GST. Bayangkan syarikat hendak
melakukan claim kepada syarikat lain (atau subkontraktor hendak minta
payment daripada main-con) perlu membayar GST? Jika claim ini ada setiap
bulan, maka, 6% daripada jumlah claim tersebut akan adanya pembayaran
kepada kerajaan melalui GST. Dan syarikat pula, hanya akan dapat
pembayaran semula GST yang dibayar tadi dalam tempoh yang bukan sebulan
dua sebaliknya dalam masa setahun. Bagaimana syarikat hendak survive
jika claim yang diperolehi di'cukai'kan kepada kerajaan terlebih dahulu?
Impaknya adalah kepada pekerja syarikat. Syarikat susah nak beri bonus,
tiada kenaikan gaji, berlaku pembuangan pekerja dan macam-macam lagi
untuk syarikat bertahan (sustain) dalam industri.
Inilah yang
dimaksudkan impak perkembangan ekonomi yang tidak sampai kepada rakyat.
Rakyat pun ambil jalan pintas dengan buat kerja lebih masa. Ambil
partime buat Uber dan Grab. Jadi dropshipper. Buat insurans. Jual vape
atau meniaga dekat Foodtruck. Dengan berlakunya 'survival way' daripada
rakyat ini, sekali lagi kerajaan beroleh untung melalui kutipan cukai
samada daripada perniagaan ataupun pendapatan. Maka, kau pun terhegehlah
isi borang BE atau segala jenis borang untuk umumkan pendapatan melalui
hasil separuh masa bagi mengelakkan kau dikejar LHDN.
Pokok
pangkalnya, kerajaan beroleh untung 2 kali dalam hal ini (di mana aku
tak kata kerajaan salah) dan rakyat tetap masih mendapat kualiti hidup
yang makin teruk dek perlunya kerja lebih masa serta perlu juga membayar
cukai kepada kerajaan.
Dan, ahli ekonomi baru-baru ini
mempertahankan pendapatan pasaraya yang semakin meningkat dari tahun ke
tahun. Tak susah juga untuk kita terjemahkan perkara ini dalam kehidupan
rakyat. Bila adanya pekerjaan part time (sebagai contoh, foodtruck),
adalah supply dan demand. Peniaga akan perlu beli barang dan pelanggan
yang sibuk dengan kerja tidak akan ada masa untuk masak sendiri, lalu
memilih foodtruck (atau apa jenis makanan tepi jalan) untuk mengisi
perut dengan kadar segera.
Hasilnya apa? Keluarga terabai, masalah
sosial semakin teruk, kes jenayah menjadi-jadi akibat nak hidup, kes
rasuah semakin bertambah akibat nak kaya cepat, sekolah dipenuhi pelajar
yang kurang adab dan cikgu yang cepat baran dan lain-lainlah yang kau
baca kat berita tu. Taraf hidup rakyat hanya akan tepu dan stagnant.
Jadi, aku simpulkan perkara ini dalam bentuk gambarajah di bawah untuk kau ingat sampai bila-bila.
Ya, ekonomi berkembang. Kerana kerajaan kutip GST dengan pantas dan
pekerja syarikat tetap 'sakit' akibat tekanan daripada majikan.
Ya, ekonomi berkembang. Kerana wujudnya pekerjaan tambahan atau part
time daripada rakyat yang ingin memperbaiki perbelanjaan keluarga lalu
mereka membayar cukai kepada kerajaan.
Ya, ekonomi berkembang.
Kerana wujudnya 'supply and demand' bagi perniagaan satu hala atau atas
talian akibat kekangan masa daripada rakyat yang bekerja lebih masa.
Ya, ekonomi berkembang. Kerana kita semua bayar semakin banyak cukai
tetapi kualiti hidup tetap sama malah lebih banyak gejala sosial berlaku
sebab bapak kau bayar Grab sampai pukul 12 malam, mana ada masa nak
ajar kau Matematik.
Sekian, nota ekonomi saya.