Sunday, July 11, 2010

Semalam dan Hari Ini

Mempertahankan tempat ketiga bukan mudah


Sementelah Paul si sotong membuat 'tekaan' bahawa Jerman akan menang tempat ke-3, maka puak-puak Uruguay pun merentang kain tertulis menu sotong panggang semasa perlawanan Jerman - Uruguay pagi tadi. Hakikatnya, nyawa Paul memang akan berada dalam bahaya jika dibawa melancong ke Uruguay ataupun jika terlepas ke laut Uruguay. Sebelum ni, warga Jerman mengugut mahu menjadikannya sotong masak lemon setelah kekalahan kepada Sepanyol tempohari. Nampaknya, mereka mungkin menarik balik ugutan itu selepas perlawanan pagi tadi. Dan angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan gosip liar bahawa Paul merajuk dan mungkin final ini adalah 'ramalan' terakhirnya. Lagipun, beliau pun belum berkahwin. Eloklah cepat-cepat cari calon, mana tahu ada pengganti kelak. 


 Mueller: Emerging talent of Germany


Mengenai perlawanan pagi tadi yang aku tontoni antara jaga dan tidur (asal gol je aku terjaga sebab member menjerit), Thomas Mueller idola aku berjaya menjadikan jumlah jaringannya kepada 5 untuk Piala Dunia kali ni. Satu pencapaian baik bagi anak muda yang hanya baru berusia 20 tahun dan bermain pertama kali untuk Piala Dunia ini. Diego Forlan yang sebelum ni hancur di Manchester Utd, agak menyinar di kejohanan kali ini sehingga disenaraikan dalam calon Golden Ball FIFA. Anugerah untuk pemain yang "berdiriluar" atau bahasa Inggerisnya, outstanding. Pada usia 31 tahun mungkin terlambat baginya untuk meniti era keemasan sebagai seorang pemain bolasepak namun Piala Dunia 2010 ini boleh dijadikan kemuncak bagi karier beliau dan penutup gemilang untuknya di persada bolasepak antarabangsa. 

Bye-bye Lan


Mengenai perlawanan final pagi nanti antara Holland dan Spain, kedua-duanya menjadi faveret aku. Kerana apa? Kerana ada 2 pemain Arsenal bagi setiap pasukan. Holland ada Van Persie dan Spain ada Fabregas. Jadi, aku tak kisah siapa juara. Cuma, aku rasa elok kiranya Spain yang menjadi juara sebagai ganjaran permainan menarik mereka. Lagipun, kita perlu hormat pada pilihan Paul. Sekian, selamat menonton.

No comments:

 
Google Analytics Alternative