Saturday, July 09, 2011

Himpun


Aku rasa terpanggil untuk menulis di sini mengenai satu perhimpunan yang dicanang-canangkan media sebagai haram. Haram celah mana, aku pun tak tahu sebab takde nas dan dalilnya diberi. Apakah kerana tiada permit? Masakan boleh dipanggil haram kerana tiada permit sedangkan permit pun belum dimohon dan bila dimohon, maka ditolak mentah-mentah pihak yang menjaga keselamatan negara.





Apa isunya di sini? Cuba kita rungkaikan dengan menggunakan akal dan mata hati kita tanpa bersikap prejudis. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 cuba mengadakan perhimpunan untuk menyerahkan memorandum mengenai 8 tuntutan dalam pilihanraya kepada SPR. Apa 8 tuntutan itu, tak perlulah aku terangkan, beranggapan anda semua sudah tahu. Jadi, demonstrasi atau perhimpunan ini dengan tidak semena-mena mendapat publisiti meluas daripada pihak media dan segala jentera media cetak dan elektronik dikerahkan untuk memaparkan keburukan perhimpunan ini. 


Jika aku meletakkan diri aku di dalam pihak yang menyokong kerajaan, antara kata-kata yang aku gunakan adalah:

- Perhimpunan ini menyusahkan orang ramai dan menganggu gugat ketenteraman negara.
- Pembangkang sudah tawan 5 negeri dalam pilihanraya lalu. Nak apa lagi?
- Kenali dulu siapa Ambiga ini sebelum anda mengikutinya.
- Bersih cuba menerapkan fahaman komunis dan mengkhianati negara.

Ada banyak lagi, namun yang di atas inilah yang biasa disebut-sebut. Aku bukan hendak menjawap persoalan yang dilemparkan di atas ini kerana tiada gunanya. Selagi mereka teguhkan hati menentang BERSIH, maka tak berguna untuk melawan mereka yang tidak mahu menggunakan kepala otak mereka ini. Antara empat point yang ada di atas ini, aku tertarik untuk mengulas siapa Ambiga itu. Di dalam Facebook, ramai yang menentang dan memaki hamun bekas presiden Majlis Peguam Malaysia ini. Aku juga tak terkecuali dihentam apabila menerangkan siapa Ambiga ini. 

Jawapan aku, apakah kita sudah menjadi Islam super apabila kita lantang mengkritik wanita ini yang suatu ketika memperjuangkan nasib Lina Joy dan kes murtadnya? Siapa kita hendak tentukan orang kafir akan selamanya kafir? Kita sebenarnya perlulah menyesuaikan diri ikut keadaan apabila keadaan berkehendakkan sokongan kita dalam pelbagai isu. Dalam bahasa mudahnya, kita sokong Bersih bukan bermakna kita menyokong Ambiga dan kerja-kerjanya dahulu. Kita menyokong kerana menuntut pilihanraya yang lebih adil. Jika Ambiga meneruskan pengaruhnya di dalam kes murtad, maka, kita tentanglah. Apa yang susahnya? 

Perkara seperti ini pernah juga terjadi di zaman nabi yang dipanggil Hilful Fudhul jika tak silap aku dan anda boleh google. Nabi memberikan sokongan kepada kaum kafir Quraisy yang berkehendakkan tetamu yang datang ke Mekah dimuliakan(jika salah, betulkan). Walhal, antara yang terlibat dalam Hilful Fudhul ni antaranya Abu Lahab dan Abu Jahal. Mereka ini musuh Islam tapi Nabi Muhammad boleh memberikan sokongan kepada perkara ini. Maka, sesuaikan sokongan kita mengikut keadaan. 

Contoh mudah, jika ada sorang Mat Pit yang menghisap dadah tetiba ajak lu orang gi semayang berjemaah. Adakah anda caci dia dan tak ikut ajakan dia tu? Anda ikut sajalah dalam masa yang sama, anda doakan moga dia berubah dan terbuka pintu hatinya. Bukannya mencaci, "Ah, ko perangai macam iblis, ada hati nak ajak aku gi masjid!". Mana satu anda mahu? Pikirkan...

Berbalik kepada rasionalnya perhimpunan Bersih 2.0 ni, apakah salahnya jika ia dibenarkan tanpa diganggu? Apakah dengan memancutkan gas pemedih mata dan menghimpunkan unit FRU menghalang perarakan dapat memberi imej baik kepada negara luar?Apakah itu dapat menjernihkan keadaan tegang? Api mana mungkin dilawankan dengan api bro. Jika awalnya, kau boleh menjanjikan stadium supaya berpekiklah di dalamnya, mengapa kau mungkiri janji kau tu? Buat di jalanan, kau kata salah dan mengganggu orang awam. Bila mintak stadium, kau kata pertubuhan haram dan tak berdaftar serta tak mahu cemarkan tempat bersejarah Stadium Merdeka tu. Walhal, Justin Bieber terkinja-kinja di dalamnya serta anak muda hanyut dibuai irama Bieber tidak pula dikatakan mencemar tempat itu. Siapa sebenarnya perosak Islam sekarang??


Nah, sekarang dihidangkan pula dengan penemuan senjata dan parang yang dikaitkan dengan komunis. Lawak lucu apakah ini? Lebih kelakar daripada Majalah Ujang rasanya. Akhir sekali, untuk menambahkan kebencian orang ramai terhadap Bersih 2.0, polis membuat sekatan jalanraya di setiap jalan yang menghala ke Kuala Lumpur. Mereka yang berfikir dengan menggunakan kepala lutut akan mudah terpedaya dakyah dongeng ini dan boleh dikira berjaya jugak taktik membuat kesesakan jalanraya ini setelah aku melihat komen-komen bodoh di Facebook yang memaki penganjur Bersih. Tahniah pak misai...


Apapun, 9 Julai adalah detiknya. Apapun yang terjadi, aku cuma menginginkan Malaysia ke arah yang lebih baik. Buat apa jadi katak bawah tempurung yang konon sudah selesa dengan apa yang kita kecapi sekarang ini. Mereka yang takutkan perhimpunan ini adalah mereka yang hendak menyembunyikan sesuatu. Sekian, pandangan ikhlas dari aku.

No comments:

 
Google Analytics Alternative