Sunday, January 27, 2013

Berzanji Sempena Rumah Baru


Tadi siang aku ke rumah bos sempena pelancaran rumah barunya. Majlis mula pukul 11 pagi dan aku sampai lebih kurang 11.40 pagi. Kira okaylah tu. Sampai-sampai je, orang dah penuh sampai ke muka pintu. Aku dan rakan ofis pun duduk kat muka pintu jela. Tok imam tengah baca doa masa tu. Tak lama kemudian, tok imam atau pemimpin doa tu mula berzanji dan bermarhaban. Dekat 12.30 tengah hari jugalah baru selesai diorang berzanji tu.

Sebenarnya aku jarang hadir ke majlis orang raikan rumah baru ni. Tak tahu pulak sampai siap berzanji dan marhaban ni. Apapun, itu hanyalah amalan tambahan saja, kata kawan aku ni. Paling simple, buat baca Yasin dan panggil orang kampung sekitar pun dah cukup. Takpa, bos aku kan kaya. Err..tu je cerita hari ni.

Thursday, January 24, 2013

Jemaah Bersama


Rakan saya yang baru berkahwin membuat status di facebook berbunyi:

"Bestnye kahwin! Tambah best bila dapat berjemaah bersama suami!!"

Bilalah agaknya saya akan merasai suasana itu. Saya rasa dapat mengaji bersama isteri juga adalah suatu keindahan dan nikmat Allah yang tak terhingga.

Soalnya, sudah bersediakah saya?

Surat Mengandungi Khabar




Dahulu ketika masih bersekolah rendah dan menengah, saya suka membaca suratkhabar. Setiap pagi jika sekolah petang, saya akan membaca suratkhabar terlebih dahulu. Dan jika, sekolah pagi, petangnya pula saya baca suratkhabar. Hendak mendapatkan suratkhabar ni tak susah. Ayah saya telah melanggan pada seorang apek cina dan setiap pagi, dia akan membalingnya di halaman rumah.

Saya sendiri tidak tahu kenapa saya suka baca suratkhabar. Mungkin kerana saya berminat untuk mengetahui hal ehwal tempatan, berita dalam dan luar negara, hiburan dan juga paling best adalah sukan. Mungkin kanak-kanak sebaya saya tidak ramai yang berminat membaca suratkhabar tetapi bagi saya membaca suratkhabar setiap hari memberikan satu kepuasan.

Cikgu BM sekolah rendah saya pernah berpesan, "Kamu kena rajin-rajin baca akhbar, rencana, majalah ilmiah supaya karangan kamu jadi bagus!". Pesanan itulah yang saya pegang sampai hari ...err..hari..err. (walaupun karangan saya tidaklah bagus).

Setelah 18 tahun

Saya jadi kurang berminat untuk membacanya lagi. Suratkhabar hari ni penuh dengan berita politik yang tidak diketahui kesahihannya. Ia bahkan menjadi satu senjata untuk menghentam satu pihak yang lain tanpa pihak yang dituduh dan dihentam diberi peluang menjelaskan kepada suratkhabar mereka. Namun, apabila ia melibatkan pergolakan sesama mereka, barulah mereka menyiarkan berita mengenainya. 

Saya sungguh sedih melihat situasi sebegini. Saya tidak lagi enjoy membaca suratkhabar kerana yang ada hanyalah fitnah dan hentam keromo kepada satu pihak saja. Maka, saya ambil keputusan untuk membaca mana yang perlu saja. Benarlah janji Allah di mana pada akhir zaman ini, akan bermaharajalela berita-berita fitnah yang sukar dibendung.

Monday, January 21, 2013

Bercakap Dengan Bos Mekanikal



Suatu pagi, aku bertanya bos Mekanikal.

"Encik bos, saya nak ke Universiti tutt tutt tutt nak tengok sistem pencegahan kebakaran dia."

"Apa perlunya kamu ke sana? Bukankah konsultan lain yang buat design dia?", kata bos Mekanikal.

"Err...saya nak tengok sistem dia operasi macam mana supaya dapat gambaran..", balas aku.

"Ermmm..oklah, boleh pergi. Tapi petang ni masuk pejabat kan?"

"Eh, sudah tentu bos! Sekejap je saya pergi tengok ni..."

Jam hampir pukul 5 petang. Hujan lebat dalam perjalanan aku pulang ke ofis. Sampai di ofis lebih kurang pukul 6. Alamak...

"Hah, kamu kata kejap tadi. Saya ingat dah tak balik ofis tadi..", sergah bos Mekanikal.

"Tu la bos...lama pulak saya kat sana tadi. Ada banyak isu pulak projek ni", balasku lembut.

"Hmm..tu la...saya dah agak dah", balas dia pulak.


Aku syak lepas ni aku susah la nak dapat keluar ofis nak ke mana-mana jika tiada keperluan. Kesejukan petang itu turut bersama-sama dinginnya hati aku ketika itu.


Wednesday, January 16, 2013

Tradisi Yang Perlu Dibakulsampahkan


Kebanyakan daripada kita berumur 26 tahun pada tahun ini. Dan umur ini dikira sudah layak menimang cahaya mata pertama. Namun, disebabkan persepsi dan tradisi masyarakat, perkahwinan itu tidak dipermudahkan malah ia menyusahkan. Tidak hairanlah ramai yang berkahwin pada umur 30an ke atas.
 
Umur 30 ke atas sudah lambat sebenarnya. Jika berkahwin umur 24 atau 25 tahun, kita boleh menstabilkan diri dan keluarga dalam jangkamasa 5 tahun. Dan pabila masuk 30an, kita sudah boleh planning anak. Maka, bila dah 30 tahun baru nak kawin, mana sempat nak stabilkan keluarga lagi, nak plan buat anak lagi..dan macam-macamlah..

Hikmah sebenarnya kahwin awal/muda ni...

Saturday, January 12, 2013

Ke HKR 112


Pagi itu aku terbangun agak lambat. Sebenarnya hati masih ragu-ragu dan sangsi samada perlu ke aku hadir. Setelah fikir punya fikir, member pulak macam taknak pegi, aku rasa eloklah berehat di rumah. Namun, tiba-tiba aku mendapat satu panggilan telefon. Beliau bertanyakan adakah aku pergi ke Himpunan tersebut. Aku jawab, "tak tahu lagi". Dia terus menggalakkan aku dan menitipkan beberapa pesanan sebagai langkah berjaga-jaga.

Tiba-tiba, semangat aku menyala kembali. Aku terinspirasikan daripada kata-katanya. Dan bukan sekali dua beliau memberikan inspirasi. Masa nak ambil lesen motor dulu pun sama juga (Itu cerita lain). Apalagi, hampir jam 12 tengahari aku memulakan perjalanan seorang diri. Ya, seorang diri saja. Biasalah, hero kena sorang-sorang buat kerja. 

Aku mengambil jalan di Shamelin dan melalui Taman Maluri. Sungguh pelik apabila jalanraya kelihatan lengang dan tak banyak kereta. Mungkin orang ramai kurang berminat keluar ke KL setelah mengetahui ada Himpunan di Stadium Merdeka. Aku sampai di depan Puduraya sekita jam 1 petang. Setelah melilau-lilau mencari parking motor, aku parking saja di depan Maybank berdekatan Kenanga Wholesale City. Ala, shopping complex tinggi tu.









Disebabkan hampir masuk Zuhur, aku pun bergegas ke surau tingkat 16 di kompleks Kenanga tu. Setelah selesai solat, aku pun bergerak ke kawasan Masjid Al-Bukhary. Ketika ini, orang ramai sudah bersesak-sesak dan pastinya kawasan masjid tersebut penuh dengan manusia yang ingin menunaikan kewajipan kepada Allah. Aku pun terus ke kawasan Stadium Merdeka. Lebih kurang pukul 2 lebih, orang dah mula membanjiri kawasan stadium. Ramai peniaga menjual barangan seperti makanan, t-shirt, cd Ustaz Azhar, kambing bakar dan macam-macam ibarat seperti pasar malam.










Nyata tanggapan aku meleset kerana aku sangkakan tidak ada ramai penjual berani membuka gerai. Polis pun tidak membuat kekacauan. Barangkali kerana Himpunan kali ini berlangsung di stadium yang menyebabkan ia mampu berlangsung dengan aman. Dan setelah sampai di pintu masuk stadium, kawasan teramatlah penuh dan sesak.



Ramai yang memanjat tembok dan bertenggek di atasnya bagi menyaksikan Himpunan kali ini. Manakala, kawasan padang pula dipenuhi ribuan manusia yang duduk bersila bagi mendengar amanat bakal PM. Ternyata, walaupun keadaan agak panas terik sekitar jam 3, mereka masih tidak berganjak walaupun ramai yang terpaksa berdiri. Dan di antara pemimpin yang memberi ucapan pada petang itu adalah Ambiga, Lim Guan Eng, Haji Hadi, Anwar dan lain-lain. 



Sekitar jam 4.30 petang, Saifudin Nasution membaca deklarasi rakyat. Pada masa itu, ramai pengunjung mula pulang. Tanpa sempat menunggu doa daripada Tuan Guru Nik Aziz, aku terpaksa balik kerana aku mulai pening. Tak makan pagi agaknya. Jadi, dalam perjalanan mengambil motor, aku sempat membeli topeng Guy Fawkes.

Insyaallah, hari ini akan menjadi satu lipatan sejarah buat negara sebelum kedatangan PRU13. Semoga aku mampu memberitahu generasi akan datang bahawa aku pernah berdiri di stadium itu bagi menjadi saksi sebuah kebangkitan rakyat 12 Januari 2013. Insyaallah.





Monday, January 07, 2013

Imbuhan?



Masuk tahun baru ni seronok dengar cerita kawan-kawan jurutera dapat kerja baru, dapat bonus dan macam-macam lagilah. Yang paling seronok adalah bab bonus. Hati manusia mana yang tak suka kalau diberi bonus oleh syarikat. Ini salah satu cara penarik bagi mengekalkan staff untuk terus bekerja lebih cemerlang. Bayangkan kerja bagai nak gila, tender asyik masuk, projek banyak dapat, sampai sanggup tidur dekat ofis dan last-last takde bonus. Hati siapa tak hampa kan?

Tipulah kalau aku kata tidak jeles atau cemburu dengan rakan yang bekerja di pelbagai syarikat besar yang mampu dapat bonus sampai 8 bulan, 6 bulan tu. Kalau dapat 2 bulan tu pun dah kira banyak jugalah. Tetapi dengan kuasa yang ada pada minda aku, aku berjaya menukarkan rasa cemburu itu kepada suatu motivasi buat diri untuk bekerja lebih baik atau sekurang-kurangnya cuba beralih angin?

Bercakap mengenai pemberian bonus, adalah amat malang sekali jika sesuatu syarikat itu memperolehi keuntungan dengan pelbagai projek yang masuk tetapi tiada imbuhan diberikan pada kakitangan mereka. Pendek kata, board of director makan sorang la tu. Jika ada manusia yang berperangai begini, eloklah didoakan supaya mereka dijauhi daripada mendapat rezeki. Doa orang teraniaya ni kan makbul? Hehe

Maksud aku, perlu bagi sesuatu syarikat itu menghargai staf mereka. Walau tiada bonus, mereka boleh meraikan staf dengan cara lain. Tetapi, bonus sebenarnya paling seronok. Maka, mungkin anda beranggapan bahawa entri aku ni penuh emosi dan amarah kerana kegagalan syarikat aku memberi bonus bukan?Sebenarnya tidaklah begitu. Minggu lepas, pengurusan telah berjanji akan ada imbuhan untuk awal tahun ni. Insyaallah.

Jadi, andaikata lu orang semua ada membuka syarikat kelak, hargailah jasa kakitangan bawahan. Kalau syarikat untung, katakan untung dan jangan makan sorang. Itu zalim namanya.

 
P/S - Gila apa budak Toyota dapat bonus sampai 10 bulan. Kalau gaji RM2000 x 10 = RM20k. Tak ke gila? Modal kahwin tu woi...

Tuesday, January 01, 2013

Dua Kosong Satu Tiga


Salam semua. Nampaknya kita sudah menginjak ke satu lagi tahun sekaligus memberi makna pertambahan umur kita semua. Tiada beza sebenarnya kalau nak cerita pasal tahun baru ni. Dari aku kecik sampai la besar, sama aje sambutannya. Tapi Selangor dah 2 tahun berturut-turut buat sambutan dengan cara luarbiasa yang mana mampu tarik anak muda join sekali program dakwah. Itu satu kemenangan buat umat Islam kita sebenarnya.

Maka, tiba tahun baru adakah kita masih mampu menguntum senyuman? Bagaimana dengan negara kita? Masih tertegakkah pemerintahan berlandaskan syariat? Jika masih belum, maka ini adalah jihad kita bagi menukar kepada pemerintahan Islam. Insyaallah. Amalan kita pula bagaimana? Bertambah ke atau ala-ala kadar? Hehe, ni soalan pada diri saya sebenarnya. Moga-moga dilimpahkan hidayah dan rahmat kepada kita semua.

Sekian. Semoga bergembira.
 
Google Analytics Alternative