Monday, January 07, 2013

Imbuhan?



Masuk tahun baru ni seronok dengar cerita kawan-kawan jurutera dapat kerja baru, dapat bonus dan macam-macam lagilah. Yang paling seronok adalah bab bonus. Hati manusia mana yang tak suka kalau diberi bonus oleh syarikat. Ini salah satu cara penarik bagi mengekalkan staff untuk terus bekerja lebih cemerlang. Bayangkan kerja bagai nak gila, tender asyik masuk, projek banyak dapat, sampai sanggup tidur dekat ofis dan last-last takde bonus. Hati siapa tak hampa kan?

Tipulah kalau aku kata tidak jeles atau cemburu dengan rakan yang bekerja di pelbagai syarikat besar yang mampu dapat bonus sampai 8 bulan, 6 bulan tu. Kalau dapat 2 bulan tu pun dah kira banyak jugalah. Tetapi dengan kuasa yang ada pada minda aku, aku berjaya menukarkan rasa cemburu itu kepada suatu motivasi buat diri untuk bekerja lebih baik atau sekurang-kurangnya cuba beralih angin?

Bercakap mengenai pemberian bonus, adalah amat malang sekali jika sesuatu syarikat itu memperolehi keuntungan dengan pelbagai projek yang masuk tetapi tiada imbuhan diberikan pada kakitangan mereka. Pendek kata, board of director makan sorang la tu. Jika ada manusia yang berperangai begini, eloklah didoakan supaya mereka dijauhi daripada mendapat rezeki. Doa orang teraniaya ni kan makbul? Hehe

Maksud aku, perlu bagi sesuatu syarikat itu menghargai staf mereka. Walau tiada bonus, mereka boleh meraikan staf dengan cara lain. Tetapi, bonus sebenarnya paling seronok. Maka, mungkin anda beranggapan bahawa entri aku ni penuh emosi dan amarah kerana kegagalan syarikat aku memberi bonus bukan?Sebenarnya tidaklah begitu. Minggu lepas, pengurusan telah berjanji akan ada imbuhan untuk awal tahun ni. Insyaallah.

Jadi, andaikata lu orang semua ada membuka syarikat kelak, hargailah jasa kakitangan bawahan. Kalau syarikat untung, katakan untung dan jangan makan sorang. Itu zalim namanya.

 
P/S - Gila apa budak Toyota dapat bonus sampai 10 bulan. Kalau gaji RM2000 x 10 = RM20k. Tak ke gila? Modal kahwin tu woi...

No comments:

 
Google Analytics Alternative