Aku tiada apa yang dapat kuberikan pada ayahku melainkan hanya ucapan Selamat Hari Ayah dan kasih sayang yang ditunjukkan. Itupun belum cukup. Tapi aku berusaha.
Apabila aku menatap sebuah ruangan di dalam akhbar tabloid, aku jadi terkedu. Membayangkan bahawa dunia hari ini semakin dilingkari dan dilitupi racun kapitalis. Racun yang kian bernanah dan merebak di serata dunia begitu juga dalam negara. Kapitalis pada dasarnya membolehkan manusia mencapai kemajuan dan mengejar kemewahan sambil meminggirkan sistem masyarakat yang lainnya. Pendukung kapitalis mampu tersenyum gembira lantaran hidup dilimpahi segala macam nikmat dunia. Sementelahan yang lainnya merana dan hidup menderita. Begitulah racun kapitalis yang boleh menjadi barah dalam sistem sosial masyarakat sekarang.
Oh ya, berbalik semula kepada apa yang aku baca dalam akhbar tersebut. Kisahnya mungkin remeh tetapi ia akan membiakkan racun kapitalis dalam sosio budaya kita jika kita membiarkan. Seorang anak muda yang bergelar artis yang juga baru sahaja menamatkan Program Khidmat Negara bercerita perihal dirinya.
Dia bercerita dan membayangkan bagaimana begitu seronoknya memandu BMW X5 ke kelas setiap hari. Kadangkala tidak tahu mana satu kenderaan mewah yang mahu digunakan ke kelas.
Sedangkan di saat ini, masih ramai yang belum mampu untuk berkenderaan sendiri. Malah ada yang sehingga ke penghujung usia hanya bertemankan basikal atau sekurang-kurangnya motor EX5 buruk. Ya, dia seronok memandu X5 dan mereka hanya menunggang EX5 yang setiap hari dilaluinya cuacanya tidak pernah menentu. Berhujan atau berpanas tetaplah ia begitu melaluinya setiap hari.
Dia bercerita tentang keseronokannya yang akan memulakan pengajian di universiti swasta yang tentunya melibatkan yuran yang tinggi. Sementelahan masih ada yang tidak mampu mendapatkan pendidikan apatah lagi mendapatkan biasiswa. Kau seronok mengaji di tempat berhawa dingin di kala orang lain hanya belajar berbumbungkan langit dan serba-serbinya tidak cukup. Jika kamu pernah menonton Laskar Pelangi mungkin kamu dapat membayangkan bagaimana susahnya orang miskin mahu mendapatkan pendidikan. Berkayuh 20km ke sekolah. Menanti buaya pergi baru boleh meneruskan kayuhan. Aku percaya, di sini juga masih ada kepayahan serupa yang terpaksa ditempuh.
Dia bercerita lagi tentang kegemarannya mengumpul koleksi beg tangan. Samada berjenama atau tidak, samada mahal atau tidak, akan dibelinya. Sehingga sudah beratus-ratus koleksi agaknya. Dan, mereka yang lain terus memakai beg yang sama setiap hari. Yang koyak itulah dipakainya. Yang berdebu itu jugalah terus digalasnya. Yang sudah lusuh itu jugalah menjadi penampung untuk cita-citanya. Menjadi pelampung usaha mereka. Dia, sebaliknya hanya mencampakkan beg yang dia tidak mahu walhal tidak terkoyak,lusuh atau terguris sedikitpun. Minta dibelikan baru beralasankan mengikut fesyen terkini.
Dia bercerita pula tentang destinasi percutian kegemaran. Indonesia, Australia dan di mana-mana saja menjadi kegemarannya asalkan jauh jaraknya. Lebih jauh lebih bagus. Sesuai dengan statusnya. Anak Dato'. Anak Tan Sri. Anak orang kenamaan. Di sudut lain, tidak ada destinasi percutian kegemaran bagi golongan bawahan. Jika hari-harinya ke laut, laut itulah yang menjadi destinasi percutiannya. Jika hari-harinya ke kebun getah, kebun getah itulah menjadi destinasi percutiannya. Jika hari-harinya di lorong-lorong, maka lorong-lorong itulah destinasi percutiannya.
Jika ada sedikit wang pun akan dikumpulkan hanya untuk menunaikan rukun Islam kelima. Baginya, itulah destinasi percutiannya. Sedangkan dia tidak pernah mahu menghajatkan kakinya ke Tanah Suci hatta duit sudah berguni-guni.
Aku bukannya anti kekayaan dan kemewahan cuma melihatkan sistem kapitalis hari ini telah menindaskan golongan lain. Yang kaya semakin kaya. Yang miskin semakin miskin. Kekayaan mungkin menyebabkan manusia lupa apa yang di bawah. Namun, tidak semua begitu. Ada yang berupaya memandang ke bawah dan menghulur bantuan. Lihat saja bagaimana Saidina Abu Bakar As-Siddiq menghabiskan hartanya ke jalan Allah sehinggakan tiada apa yang tinggal untuknya.
Cerita yang aku selitkan di atas tadi hanyalah contoh untuk direnungkan bersama.
Kapitalisme sebenarnya yang merosakkan struktur masyarakat kini. Apatah lagi kepada umat Islam.
Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita dalam rancangan Jurnal Kembara edisi kedua. Sesiapa yang belum baca edisi pertama, bolehlah ke sini. Baiklah, seperti terteranya nama tempat di atas, anda tentunya sudah tahu yang aku akan ke Teluk Intan. Aku tidak ingat berapa kali aku pernah ke Teluk Intan tapi yang pastinya sudah banyak kali cuma sudah lama tak pergi.
Ok. Mari mulakan.
12 Jun 20092.30pm
Sebaik selesai bersolat Jumaat di masjid di Seri Iskandar, aku dan keluarga memulakan perjalanan ke Teluk Intan.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam jika memandu dari Seri Iskandar.
Sawah padi yang tiada di KL pastinya.
Gambar-gambar ini bukanlah setepatnya perjalanan aku ke sana. Tapi aku saja mahu menunjuk. Sama saja bukan?
3.40 pm
Sampai sahaja di pekan Teluk Intan, kami singgah ke Kedai Menjual Skru Mesin Pemotong Rumput. Apahal nama kedai panjang macam ni?Ah, takpe. Datukku sebenarnya yang ingin membeli skru tersebut untuk mesin potong rumputnya. Katanya susah nak mencari di pekan Parit. Mungkinlah kot sebab di Teluk Intan ini pun sampai 3 kedai mencari baru jumpa.
Sama.
4.oo pm
Ok.Dah dapat skru, mari parking kereta betul-betul di depan menara condong. Ya, menara condong. Apalah ertinya Teluk Intan jika tiada menara condong ni. Ia menjadi simbol kemegahan dan mercu tanda pekan Teluk Intan. Rasanya tak perlulah aku cerita sejarah menara condong ni sebab kebanyakan kamu sudah tahu. Kalau rajin sikit, Google saja.
Semakin hari semakin condong. Perasan tak?
Sudah sekian lama tidak ke Teluk Intan. Masih tidak banyak yang berubah.
4.20 pm
Setelah penat berposing di sekitar menara condong, kami ke Kompleks Menara Condong pula. Alangkah sedihnya kerana kompleks ini kurang meriah dengan kebanyakan gerai ditutup. Pelanggan juga agak kurang di sini. Cuma ada beberapa gerai cenderamata dan kedai pakaian saja yang masih bertahan. Sampai bila aku pun tak tahu.
Nampak macam meriah tapi dalam kosong.Hmm.
Aku hairan Majlis Perbandaran Teluk Intan tak mahu ke meletakkan kerusi riadah atau apa-apa landskap sekitar menara ini untuk menambahkan keindahannya lagi. Tambah air pancut ke apa ke. Yang paling penting kerusi untuk melepas penat sambil menikmati pemandangan sekitar.
Malangnya, hari aku datang, dia boleh tutup pulak. Patutnya Sabtu yang bukak.
4.40 pm
Lepak makan pula di dataran sebelah menara. Makan satay yang boleh tahan sedapnya. Tidak ketinggalan kami menikmati cucur udang dengan kuah yang begitu lazat di gerai no.3 dari kanan. Pekedainya pun ramah. Kalau anda singgah di situ jangan lupa meminta diskaun jika beliau terlambat menghantar pesanan anda. Beliau takkan teragak-agak memberinya tambahan pula jika anda orang Perak. Aku dapat diskaun RM3 untuk mi hailam 4 bungkus. Tapi pastikan beliau terlambat hantar pesanan anda.
5.30 pm
Ok. Mari pulang. Tiada apa yang menarik pun di Teluk Intan ni. Hehe. Marah pulak orang Teluk Intan nanti. Gurau saja.
Satu hari saja memang tidak cukup. Anda boleh menyewa hotel dan rumah tumpangan yang banyak di sini. Aku nak balik. Jumpa lagi. Terima kasih kerana menonton.
P/S - Gambar aku takde watermark, jadi jangan rembat. Ni semua Paint punya problem.
Sewaktu menemani opahku ke pekan Parit lalu, tiba-tiba opahku singgah di sebuah kedai. Katanya nak membeli ubat. Aku pun tunggu punya tunggu, keluarlah opah aku dari kedai. Aku tengok dari luar plastik macam botol budu plak. Takkan ubat, botol macam budu pulak. Aku pun mintakla nak tengok isi dalamnya. Sekali tengok ada gambar kuda. Lepas tu, air warna kekuningan. Aku ingat air kencing kuda. Nasib baik tak kena penampar opah aku. Opah aku cakap, ni namanya air lemuju. Lemuju ni elok untuk buang angin dalam badan katanya. Kandungan dia pun agak pelik. Ada nol-nol belakang dia. Tapi memang first time la aku dengar air nama lemuju ni. Kat KL agak-agak ada tak?
KL betullah aku ni. Lemuju pun tak pernah dengar. Dari 1953 dah ade.
Huh. 32 macam penyakit boleh diubati tu. Semestinya, dengan izin dariNya.
Seringkali kita melihat wanita atau perempuan yang pada dasarnya tidak menutup aurat atau dalam ertikata lain tidak memakai tudung boleh bertukar prinsipnya. Bukan tujuannya entri ini untuk menghentam golongan hawa tetapi kadangkala sikap mereka(terutamanya free hair) cukup untuk membuatkan kita hairan dan adakalanya gelak sendirian. Baiklah.
Aku pernah terlihat di kebanyakan suratkhabar atau televisyen, juga melalui pemerhatian aku sendiri yang golongan tidak memakai tudung ini boleh memakai tudung atau sekurang-kurangnya skaf yang menampakkan jambul di dalam majlis-majlis tertentu. Contohnya majlis bertemakan keagamaan. Kenduri kahwin ke. Di perkuburan ke. Pendek kata, majlis bercorak keagamaanlah.
Jadi, jika ditanya alasan mereka bagaimana mereka boleh terfikir hendak bertudung 'sementara' ni. Jawapan kebanyakannya adalah "demi menghormati majlis" ataupun "mengikut protokol". Hairan bukan? Ya,jika berfahaman sekular mungkin tidak hairan. Tapi aku begitu hairan bagaimana mereka boleh menghormati majlis dan mengikut protokol majlis sedangkan dalam masa yang sama perintah Allah mereka tidak hiraukan? Apakah tidak mengikut protokol majlis lebih besar azabnya dari mengikut perintah Allah?
Jelas nampaknya kekurangan pemahaman Islam menjadi batu penghalang di minda mereka sekaligus mencampakkan mereka ke arah pemikiran Islam liberal. Mereka boleh pula mengikuti dan menuruti perintah dalam beberapa perkara tetapi menjadi tidak dalam perkara yang sepatutnya menjadi kewajipan.
Sudah sekian lama juga aku tidak menulis di sini. Bukan kerana tiada story nak morry kat korang tapi tangan aku ni yang tak sampai untuk menulis blogspot dot com di papan kekunci. Tak tahulah sebab malas ke apa tapi itulah dia. Tangan ni memang tak terdaya menaip perkataan tersebut.
Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti ayahku menghantar borang ape ntah kat Kementerian Pengangkutan. Aku pun sudah agak lama tidak menjengah Putrajaya, jadi inilah peluang terbaik untuk aku melihat suasana di Putrajaya. Dah berubah ke tidak. Dah cantik ke tidak. Atau dah banyak pokok ke tidak. Erm..macam dah lama sangat pula aku tak ke Putrajaya.
Apa yang aku nampak memanglah indah dan agak menarik jika dibandingkan dahulu. Tapi seperti biasa yang selalu orang dok komplen dalam suratkhabar itu memang betul. Parking susah. Bayangkan hanya nak menghantar beberapa helai borang, terpaksa menapak ke Kementerian Pengangkutan hampir 3-4 kilometer!! Aku pasti di bangunan kementerian yang lain juga begitu. Sebabnya pelawat memang tak boleh memasuki kawasan bangunan tersebut. Jadi, nak tak nak kenalah park kat luar sekejap. Maksudnya parking selamba kat tepi jalan luar bangunan tersebut yang ada garisan kuning itu. Kenalah ada orang tunggu dalam kereta kot-kot ada polis ronda ke.
Nak parking kat tempat letak kereta yang disediakan memang jauh. Alamatnya lagi jauhlah menapak. Parking di luar itupun sudah cukup jauh untuk berjalan. Ditambah dengan cuaca yang cukup panas sekarang ini. Bayangkan punya besar kawasan kat situ dari luar bangunan ke pejabat kementerian. Aku hairan mengapa tidak diberikan saja pas pelawat kepada pelawat-pelawat yang ingin berurusan dengan kementerian. Kemudian dibenarkan parkir di dalam. Habis cerita. Dari pengamatan aku mungkin kesemua bangunan mengamalkan sistem begitu. Iaitu tidak membenarkan pelawat luar masuk ke dalam.
Hmm.. Apa yang istimewanya bangunan ini semua sehinggakan sistem keselamatannnya sebegitu ketat? Di Amerika agak-agaknya ada tak sistem begini?.
Pagi tadi aku menonton sebuah perlawanan bolasepak yang menarik tetapi lebih kepada "one-sided football" iaitu perlawanan sebelah pihak je. Mana tidaknya, pasukan yang dicanang-canangkan tampil untuk mempertahankan kejuaraan Champions League hadir dengan reputasi hebat selaku juara Piala Kelab Dunia tersungkur tidak melawan di Stadium Olimpico. Jika pada tahun 2006 aku membenci Barcelona kerana menewaskan pasukan kegemaranku di perlawanan akhir namun kali ini aku menyanjungi mereka kerana antara pemain-pemain pujaan aku seperti Thierry Henry,Lionel Messi dan Aliaksandr Hleb menyertai mereka untuk beraksi buat kali pertama di pentas akhir Champions League. Malam semalam nyata bukanlah milik Mankayu ...err..maksud aku Manchester sebaliknya Barcelona hebat mendominasi perlawanan dari mula hingga tamat perlawanan. Cakap besar sangat Evra...
Mankayu...err..Manchester bermula garang dengan sepakan percuma Ronaldo gagal ditangkap kemas Valdes sebelum Park Ji Sung gagal memasukkan bola muntah tersebut. Tapi untuk 10 minit pertama sajalah. Aku sangkakan yang MU akan mendominasi perlawanan dan mendapat gol awal namun Eto'o yang menyumbat gol untuk Barcelona untuk serangan pertama mereka. MU hanya garang untuk 10 minit pertama saja dan selepas itu Barca mendapat rentak dan menguasai bahagian tengah dengan selambanya. Dengan berbekalkan pemain-pemain kurang tinggi seperti Messi,Xavi dan Iniesta, mereka mudah menenggelamkan bahagian tengah MU. Kesimpulannya, bahagian tengah MU memang hancur. Carrick dan Park banyak memberi bola kepada lawan.
Untuk bahagian pertahanan pula, Barca sememangnya seimbang untuk bahagian serangan dan pertahanan. Serangan diterajui Messi,Henry dan Eto'o manakala pertahanan pula cukup bagus membendung asakan Ronaldo, Rooney dan Tevez. Puyol mengunci pergerakan Ronaldo cukup bagus sebab itu MU sering menyerang dari bahagian kanan yang mana Sylvinho kurang efektif mengawal Rooney. Kawalan Puyol memang terbaik yang mana menyebabkan Ronaldo menerima kad kuning kerana tak puas hati dikunci baik oleh Puyol. Yaya Toure juga begitu berkesan di 'centreback'. Gerard Pique yang pernah dibuang Alex Ferguson pula cukup bersahaja bergandingan dengan Toure. Pique begitu bagus menghantar bola ke depan yang sering tepat ke sasaran. Boleh dikatakan beliau begitu versatile dalam kebanyakan pemain pertahanan Barca.
Jadi,kesimpulan untuk perlawanan pagi tadi: Pertarungan Messi-Ronaldo
Setelah digembar-gemburkan sebagai pertarungan antara dua pemain terbaik dunia ini, nyata malam tersebut adalah milik Messi biarpun Ronaldo dilihat berhempas pulas menjaringkan gol. Sepakan percuma cantik Ronaldo di awal permainan seakan menjadi petanda bahawa beliau mahu membuktikan yang dia layak mendapat gelaran pemain terbaik dunia. Sejurus selepas itu, Ronaldo lebih banyak membazirkan peluang dari mencipta gerakan untuk rakan lain apabila bertindak merembat jauh dari gawang Barca. Permainan solo beliau sebenarnya merugikan pasukan. Messi pula bermain secara bersahaja dan dengan penuh skill menanduk masuk gol kedua untuk Barca. Amatlah jarang sekali melihat Messi menjaringkan gol dengan kepala sehinggakan seorang peminat Barcelona pun berkata, " Apabila Messi mula menjaringkan gol dengan kepala,dia adalah seorang pemain hebat". Jadi, untuk membandingkan dua pemain ini, adalah lebih layak dikatakan Messi adalah seorang pemain genius yang penuh skill dan perangainya lebih baik dari Ronaldo.
Park Ji-Sung kebanggaan Asia?
Park Ji Sung dicanangkan menjadi kebanggaan Asia apabila pertama kalinya pemain Asia berada di pentas akhir Champions League. Mengapa baru sekarang? Sebenarnya tidak apa yang nak dibanggakan dengan kenyataan ini. Beliau menyertai antara kelab terbaik dunia iaitu Manchester, maka tidaklah mustahil untuk beraksi di final. Sebenarnya, sebaik saja Park menjejakkan kaki di PSV Eindhoven itulah sebenarnya yang perlu dibanggakan. Kenyataan ini sebenarnya makan diri apabila Park beraksi buruk pagi tadi terutamanya pada separuh masa pertama. Mungkin sup kataknya masih belum berkesan kot.Cukuplah sekadar itu saja. Kalau lebih-lebih nanti marah pula peminat MU. Apapun, Barcelona selayaknya memenangi perlawanan semalam seterusnya dijulang sebagai juara Eropah. Hakikatnya, MU beraksi di bawah tahap sebenar kerana Barcelona berjaya mengekang dan menguasai bahagian tengah. Inilah resepi kejayaan anak buah Josep Guardiola.
P/S - Nampaknya Manchester akan menjadikan 'Asia Tour'nya sebagai medan melepas dendam. Jadi, Malaysia harus berhati-hati agar tidak dimalukan dengan jumlah gol yang besar. Aku sarankan pemain dan peminat Malaysia bawa batu untuk 'direjam' pada syaitan-syaitan merah itu. :p
Ketika Manchester United memenangi gelaran liga mereka yang ke 18 baru-baru ini, aku terdengar satu soalan bodoh di kedai mamak. Sebelum itu, aku nak bagitau yang kedai mamak itu dipenuhi hampir kebanyakan penyokong Syaitan Merah atau Red Devils. Biasalah, orang Malaysia. Berbalik kepada soalan bodoh tadi, aku terdengar dan melihat ia dilontarkan oleh seorang remaja berjersi United. Soalan yang dilontarkan adalah ketika tamat perlawanan dengan Arsenal di mana keputusan seri sudah memadai buat MU memenangi gelaran.
Soalan tersebut berbunyi....
" Wey, ni final ke?".........
...........
............
Suasana sunyi ketika itu kerana soalan itu aku kira dilontarkan agak kuat. Tiada jawapan untuk soalan itu baik dari kawan-kawannya ataupun pengunjung lain. Aku cuba menahan gelak dengan segera meninggalkan restoran mamak itu. Sebenarnya aku malas melihat pasukan MU menjulang piala.
Maka, sebab beliau bertanyakan soalan itu berkemungkinan adalah:
A) Melihat kawan-kawannya gembira sedangkan keputusan seri. B) Melihat sambutan gembira para pemain United di kaca tv. C) Melihat penyokong Arsenal pulang hampa. D) Sebab dia memang bengap?
Jadi, nasihat aku, sebelum turun menonton di kedai mamak pastikan anda dapatkan dulu info perlawanan yang bakal anda tonton jika tidak mahu malu sendiri. Jangan sesekali mengikut dan turut serta kawan-kawan sedangkan anda tak tahu apa-apa lebih-lebih lagi penyokong MU. Biasa terjadi...
P/S - Jangan marah fans MU. Tahniah untuk gelaran ke 18.
Bertemu lagi kita dalam rancangan Jurnal Kembara. Mungkin baru kali inilah entri ini bersesuaian dengan nama blog. Pernah pergi Kampung Kuantan? Haa apa?..taktau kat mana? Kampung Kuantan ni terletak di Kuala Selangor. Kampung Kuantan ini terkenal dengan kelip-kelip. Dalam dunia ini cuma ada 2 tempat saja yang menjadi habitat kelip-kelip ini. Di Malaysia dan di Brazil. Ok, sekarang baru tau.Baik, kita mulakan sekarang.Setelah menamatkan kertas terakhir untuk final exam semester ini, aku bersepakat mengajak rakan serumahku untuk melihat kelip-kelip di Kuala Selangor. Setuju saja rakan-rakan serumahku.
10 MEI 2009 10.00pm
Kami mula bertolak dari rumah sewa di Shah Alam.
Sudah pakai tali pinggang keledar ya semua?Ok, mari jalan.
10.50pm
Sampai di Kampung Kuantan setelah melalui perjalanan yang panjang. Aku tertidur beberapa kali. Yang lain juga.
Sesudah sampai, suasana di tempat masuk amat lengang. Setelah bertanyakan orang samada kelip-kelip ini masih wujudkah, kami bersyukur kerana kelip-kelip ini masih wujud. Siapa tahu, kelip-kelip ini sudah menjadi spesis terancam sekarang. Atau mungkin orang yang jaga tu cakap, "Hari ni kelip-kelip takdela. Diorang dah bermigrasi,". Mungkin panas jika dengar jawapan sebegini memandangkan aku melihat suasana yang lengang di situ.
Setelah berjalan beberapa meter ke tempat masuk, barulah aku melihat beberapa kelibat orang dan satu kumpulan remaja yang lain.
11.00pm Kami tak perlu menunggu lama memandangkan sudah tiada orang. Cuma kumpulan remaja tadi yang menunggu giliran untuk menaiki bot. Err...sampan. Kalau naik bot, habislah lari kelip-kelip tu sebab bising.
Satu sampan harganya RM40. Tak..tak. Kau tak boleh bawak balik sampan itu. Maksud di sini adalah sewanya RM40. Satu sampan naik 4 orang. Jadi pakat-pakatlah bayar RM10 seorang. Boleh dikatakan agak mahal juga. Yelah. Satu sampan RM40. Kalau hari tu, ada 20 kumpulan menyewa sampan, dapat RM800 sehari. Boleh kaya bisnes kelip-kelip ini. Tapi tak menentulah kot. Penat mendayung satu hal.
Maka, tibalah giliran aku dan rakanku menaiki sampan setelah memakai jaket keselamatan. Disebabkan malam tu bulan penuh, mungkin kelip-kelip tak sebanyak mana. Tapi yang aku lihat ini pun sudah cukup banyak. Apatah pula, kalau bukan bulan penuh.
Turun dari jeti. Aku curi-curi tangkap gambar sebab katanya tak boleh menangkap gambar.
Nampak tak kelip-kelip?Tak nampak?
Yang ini nampak tak? Cuba tengok betul-betul. Ada tu.Tompok hijau.
Ada tak?
Kelip-kelip ni macam lampu raya korang yang berkelip-kelip tu. Entah-entah diorang letak lampu raya tu kan? Eh,takdelah. Ini betul-betul punya.
11.15pm
Kelip-kelip ini hanya terdapat di sekitar jeti sahaja. Jadi, brader yang dayung sampan tu pusing-pusing dekat jeti tu jugak. Tapi, masa dia pergi tepi tebing tu macam cuak jugak. Manalah tau. Kawan aku sempat juga tangkap kelip-kelip seekor tapi terlepas. Jadi, setelah puas menikmati keindahan kelip-kelip,kami sedia berangkat pulang.
Jadi, jangan tangkap bawa balik. Kalau tangkap untuk dilepaskan balik bolehlah.
Sempat bergaya sebelum pulang.
Pengalaman yang cukup tidak ternilai harganya apabila dapat menikmati keindahan makhluk ciptaan Allah bernama kelip-kelip ini. Aku sarankan kamu pergi sebelum ia pupus dek pembangunan...Ataupun jika TNB sudah mula menerangi kawasan tersebut...Takkan korang nak pergi kat Brazil pulak nanti.
11.30pm
Sebelum balik untuk mengisi perut yang lapar, kami cuba cari kedai ikan bakar. Di sini banyak restoran tepi jalan yang menjual ikan bakar dan makanan laut.
Lauk kailan ikan masin dan tenggiri kalau tak silap aku. Tomyam tak tinggal. Sambil layan Arsenal lawan Chelsea pulak masa ni.
1.00am
Pulang. Biarpun Arsenal tewas 1-4 tapi perutku kenyang dan keindahan kelip-kelip masih terbayang di ingatan.
Sekian, jurnal kali ini. Berjumpa lagi.
P/S - Susah nak tangkap gambar kelip-kelip dengan kamera cap ayam ni. Percayalah, tengok dengan mata sendiri baru puas woo..
Diharapkan kepada anda yang sering mengikuti blog ini agar terus bersama blog ini biarpun sudah lama tiada posting baru. Kesibukan sebagai pelajar terutamanya pada hujung semester ini ditambah pula dengan pelbagai hal yang berlaku pada saya sememangnya membataskan waktu saya di sini. Insyaallah,sebaik bermulanya cuti semester nanti, saya akan mula berblogging kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan pada anda semua.
Haih, pastinya ramai yang terkejut atau terkamjat melihatkan tajuk aku yang agak kontra dengan pandangan masa kini. Bukan apa,sudah lama tak menulis,itu yang jadi begini. Apapun,baca dulu sampai habis.
Seminggu selepas filem Geng & Upin dan Ipin ditayangkan barulah aku berkesempatan untuk menontonnya. Apa yang menarik ialah kebanyakan pawagam yang aku pergi semuanya full house. Pada mulanya aku ke Jusco Cheras Selatan dengan harapan di fikiran tak ramai sangat orang kalau di pinggir-pinggir bandar ini, tapi malangnya semua penuh pada petang itu. Aku malas nak tengok malamnya sebab ada Epl. Jadi,aku menghala ke The Mines. Walaupun penuh juga, aku terpaksa beli juga tiket dan duduk di barisan ke-3 dari depan.
Aku pasti ramai yang dah menonton filem Geng ini yang diberitahu jumlah kutipannya sudah melepasi RM2 juta. Kalau masih belum menonton, aku nasihatkan kau pergi beli DVD original Geng nanti. Kalau tidak, anda pastinya malu bergelar rakyat Malaysia jika tidak menontonnya. Kerana apa? Kerana ini adalah produk Malaysia hasil tangan anak tempatan. Jika kita menolak menontonnya maka pastilah ada sesuatu yang tidak kena di kotak pemikiran kita. Industri animasi boleh dikatakan agak baru, jadi apa salahnya kita berikan sokongan kepada mereka di industri ini agar mereka terdorong untuk menghasilkan yang lebih baik pada masa depan. Respon penonton penting dalam memotivasikan mereka.
Walaupun ada kelemahan dalam filem ini, ia masih mampu dibanggakan. Malah, lebih jauh boleh dibanggakan. Sesetengah pergerakan ada yang nampak kaku dan tidak lancar(smooth). Semasa insiden kemalangan bas itu juga nampak tidak sempurna. Tetapi, ini boleh dimaafkan kerana filem ini adalah hasil sulung mereka. Terdapat pelbagai lagi aspek lain yang boleh dinilai dengan merit tinggi. Les Copaque boleh menghasilkan suatu cerita yang mengajak penonton mengembara sekali bersama watak dalam filem tersebut. Dengan keindahan warna dan gerakan 'kamera' nya, ia sememangnya sebuah filem pengembaraan yang mendebarkan dan mengujakan. Apa yang pastinya, watak Upin dan Ipinlah yang menarik penonton ke pawagam setelah selama ini kita dihidangkan dengan kisah mereka di bulan puasa dan baru-baru ini, siri baru mereka di TV9.
Jika hendak bercerita mengenai filem animasi, sudah banyak sebenarnya pakar dari Malaysia menghasilkannya. Lihat saja di Youtube dan carilah filem-filem animasi 3D dari negara kita yang mana ada dihasilkan oleh individu ataupun syarikat. Contoh yang paling ketara ialah filem Saladin. Filem Saladin belum ditayangkan di Malaysia dan aku kurang pasti samada filem ini akan ditayangkan di sini atau tidak. Tetapi filem ini sudah menembusi pasaran luar dan menyertai pelbagai pertandingan.
Namun, aku merasakan jika Saladin ditayangkan di Malaysia terdahulu sebelum filem Geng, pastinya rakyat Malaysia akan terkejut seterusnya akan memberi kesan terhadap kutipan tiketnya. Seperti yang aku katakan, animasi pada sebilangan besar rakyat negara kita masih baru dan ada kalangan yang masih tidak tahu negara kita ada pakar animasi. Apabila Geng keluar, maka orang ramai seperti "oowh", "woww" dan macam-macam lagi ekspresi teruja yang lain. Atas kecekapan strategi yang dijanakan produksi Les Copaque yang menghasilkan Geng, mereka mengeluarkan dahulu siri tv Upin dan Ipin. Ini untuk melihat dahulu bagaimana sambutan penonton terhadap animasi 3D. Siri itu malah lebih didekatkan lagi dengan penonton terutamanya kanak-kanak dengan cerita yang berkaitan dengan kebudayaan Melayu sendiri contohnya rumah kampung bertiang,main labah-labah,main kapal kertas dan lain-lain. Atau lebih tepat lagi, siri itu bercirikan Malaysia.
Strategi ini cukup berjaya dalam menarik minat kanak-kanak malahan dewasa dengan telatah Upin dan Ipin. Dan orang kata, suara watak mereka itu yang membuatkannya comel. Ada kebenarannya juga. Jadi, cuba kita bayangkan Saladin dikeluarkan sebelum Geng, maka sudah pastinya sambutan diterima tidak sebaik filem Geng. Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat aku, bukanlah sumber dari pihak yang menghasilkan Saladin.
Akhir kata, tajuk yang aku kemukakan di atas itu hanyalah kontra daripada apa yang orang kata. Aku tidak kata yang Geng tidak best. Malah, menonton Geng adalah pengalaman seronok buat aku. Saja je aku menulis berbeza dari apa orang lain cakapkan.Apapun,sokonglah industri animasi negara.
Trailer siri animasi Saladin. Filemnya masih tidak tahu bila dikeluarkan.
"Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.." ( Al-Anbiya' : 30 )