Thursday, September 02, 2010

Lagenda 17


Masa tu hujan rintik-rintik. Aku dan rakan lain terpaksa berteduh lama di Tesco. Ah, Tesco lagi. Entri sebelum ni pun Tesco jugak. Freemason betul blog nih. Takpelah, aku tumpang teduh kejap sambil-sambil shopping mata kat Tesco ni. Tunggu punya tunggu, jam dah nak pukul 6 petang. Dah beli barang ape semua, kitorang tak tahu nak decide buka puasa kat mana. Nak buka puasa kat rumah dah biasa. Jadi, hari itu nak melanggar kebiasaan sikit.

Sahabat aku yang merupakan seorang penyokong kuat pasukan Selangor mencadangkan satu tempat yang aku rasa tak familiar dan belum pernah aku pergi. Tempat baru katanya. Ya, aku tahu tu tempat baru sebab aku pernah baca di suratkhabar mengenai restoran yang baru dibuka kat area Shah Alam ni. Tanpa berfikir panjang, kitorang pun menyetat motor dan bergerak terus ke destinasi memandangkan jam pun dah nak pukul 6.30 petang. Kalau pegi bazar kat area stadium tu, konfem dapat bau je. Nak-nak hari Ahad macam ni. 


Kitorang pun sampai.....

Dan....


Audi depan kedai tu sape punya kalau tak brader ni



Nasi ayam Hainan yang sedap



Inilah tempatnya. Restoran Lagenda 17 milik lagenda Selangor dan Pahang Zainal Abidin Hassan. Daripada pencen tak tentu hala, lebih baik buat bisnes. Pada mulanya, aku agak tempat ni macam eksklusif dan harga macam boleh tahan mahal. Tapi lepas usha-usha sikit, set berbuka puasa dia baru RM10 je. Dalam set tu, ada nasi ayam Hainan, air sirap limau, bubur dan secedok aiskrim. Huii..Boleh tahan jugakla...Ingatkan tak cukup tapi lepas suapan terakhir aiskrim vanilla dia, alhamdulillah la. 


Header menu pun memang terma-terma dalam bola



Menu aku takde dalam ni



 Belakang menu siap ada sekilas pandang. Mana nak dapat restoran camni



 Dinding belah dalam ada keratan-keratan lagenda



 Jersi pun ada. Berpeluh lagi kot


Masa kitorang datang tu, Zainal pun ada jugak. Beliau siap salam lagi ngan kami ni. Dan tambah best, dia sendiri melayan pelanggan-pelanggan yang datang dengan mengangkat hidang dan sempat tanya, " Cukup tak kuih ni?" kat kitorang. Macam ni la buat aku respek. Walaupun aku takdela minat sangat dengan Zainal ni masa dia main kat Selangor dulu, tapi aku terharu dengan keramahan dia. Tak mustahil aku boleh datang lagi. 



Jersi-jersi lain




Kat atas dinding pun ade padang



Menu sebelum berbuka. Eh, ada ke menu sebelum berbuka?



 Mural gambar-gambar kenangan Zainal sewaktu zaman gemilang diabadikan di dinding restoran


No. 17 banyak signifikannya dengan beliau. Dia masa main kelab mana entah, Selangor sambar dia masa umur 17 tahun. Jersi yang dia dapat first masa main untuk Malaysia jugak adalah nombor 17. Masa Pahang lawan Singapura final Piala Malaysia dulu pun, Fandi Ahmad jersi bernombor 17 jugak. Dan macam-macam lagilah yang berkait dengan nombor 17 ni. Mana aku dapat info ni? Tak mainla gugel-gugel. Aku baca kat belakang menu dia. Hehe.


Mintak otograf bang. Ala, tak dengar pulak


Korang jangan lupa datang restoran dia ni kalau duduk area Shah Alam. Layanan best, harga boleh tahan, suasana bersih dan lebih penting kalau minat lagenda bernombor 17 ni, memang patut datang.


Nota bawah bawah - Agak-agak aku boleh claim tak kat abang Zainal bila buat promosi macam ni?

Sunday, August 29, 2010

Suffering-Gratitude-Joy

Akhirnya test terakhir aku sebelum raya ni yang bertajuk welding tamat tengahari tadi. Habis je test terus layan PES sampai pening kepala. Pening kepala bukan sebab ape. Sebab tak cukup tidur sebenarnya. Khamis malam sebelum tu, aku mengerjakan proposal FYP yang kena submit hari Jumaat patutnya. Nak dijadikan cerita, aku diarahkan submit Isnin pulak sebab lecturer aka supervisor aku tu terlupa yang Jumaat lepas cuti. Pergh. Memang cantik. Aku dah sampai depan pintu bilik-bilik pensyarah tengok-tengok pintu kunci. Segera aku mesej beliau dan beliau reply, terlupa Jumaat cuti. Penat aku berjaga dan tak tidur menyiapkan 3 chapter FYP malam sebelum tuh.


 

Ni bukan aku. Kenapa aku kaler rambut dia je?Lu orang pikirlah sendiri.


Jumaat malam pulak, aku mengaji subjek welding untuk test hari Sabtu iaitu pagi tadi. Study sampai tak tidur. Kalau tidur pun, tidur kejap-kejap je macam ayam. Habis test pagi tadi tu yang terus layan game tu sampai pukul 4 petang. Kepala dah betul punya tintong dah masa tu. Usai main game, terus pegi basuh baju dan layan Facebook sambil makan kerepek kejap. Eh, mana ada. Aku puasa la. Habis berFacebook dan basuh baju, aku dapat panggilan dari parent yang mereka nak datang untuk berbuka bersama seperti sebuah keluarga yang mesra. Haha. Oklah dapat aku melepas rindu pada keluarga. Tup-tup tengah sodap makan kat restoran mamak masa berbuka, ade pulak game Arsenal lawan Blackburn. Mak ai. Apsal aku boleh lupa plak kewujudan game ni? Nak je aku lempang otakku sendiri. Aku pun ajak ayah aku layan game ni dulu sebarang dua. 

Sebelum lempang hinggap kat kaki aku, aku segera membetulkan kenyataan kat ayah bahawa kita layan game Arsenal ni lepas solat Maghrib kat masjid berdekatan ye yah! Habis semayang dan berwirid(alhamdulillah), kami(aku dan ayahku saja: umi dengan adik ke Ole-Ole) pun segera mencari restoran mamak yang lain pulak buat port untuk sambung  layan game Arsenal ni. Sampai kat mamak, skor dah 1-1. Ah, aku syak kalau tak menang 6-2 macam tempoh hari tu, mesti menang 10-1. Setelah melepakkan diri selama 45 minit di mamak, kami pun pulang. Eh silap. Aku jelah pulang ke rumah sewa dihantar oleh parentku. Ape? Berape skor tadi? Lu orang gugel jela game bertarikh 28 Ogos 2010 ni. Haha...

Sampai gate....

"Angah, amikla dua bungkus roti john ni dengan nuget Seri Murni beserta kerepek ni" kata umiku. 

Aduh, aku terharu. Nuget Seri Murni ni baru je minggu lepas aku tengok kat Tesco Extra. Berhajat nak beli tapi kensel sebab harga dia  mak-ai-boleh-tahan-kau-cekik-darah-tak-cukup-lagi-ke-kau-untung-jual-minyak-masak. 

Aku berjalan sayu ke muka pintu sambil Avanza maroon kian jauh meninggalkan perkarangan rumah. 

Syukur...


Nota bawah-bawah - Sekarang memang trend letak gambar guna Paint je ke?

Friday, August 20, 2010

Jumaat Yang Ngantuk



Seringkali semasa saya solat Jumaat, saya dapati ramai insan-insan berjantina lelaki mengantuk dan sering terlelap semasa khutbah disampaikan. Maka, tak menjadilah dakwah dan nasihat-nasihat melalui khutbah itu  untuk sampai ke halwa telinga lalu menusuk ke sanubari. Lalu, saya terfikir satu solusi yang mungkin agak berat untuk dilaksanakan di sesetengah tempat. 

Ya, kita perlu cuti hari Jumaat. Bukan saja Khamis malam itu adalah malam sunat tapi supaya kita lebih bertenaga mendengar khutbah pada hari Jumaat. Tidak mengantuk dan pasti segar setelah mendapat tidur yang mencukupi sebelum masuknya waktu Zuhur. Maka, khutbah yang disampaikan oleh khatib pasti akan sampai terus ke dalam hati. Sayangnya, di beberapa tempat cutinya jatuh hari Ahad yakni bersamaan dengan hari kaum Kristian pergi ke gereja. Bukan maksud saya mahu mencurah minyak ke dalam api tapi adalah lebih baik cuti hujung minggu di Malaysia jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Mudah untuk kita mendengar khutbah. 

Lagi satu yang telah menjadi amalan setiap masjid kini, selalu sangat tabung derma ditolak ke setiap saf di dalam masjid sewaktu khutbah disampaikan. Jika tidak menolak tabung derma, akan ada budak kebiasaannya memegang bakul untuk jemaah Jumaat bersedekah. Ini satu kesalahan kerana fiqh awlawiyat di sini adalah mendengar khutbah bukannya bersedekah. Sedangkan sewaktu jemaah sibuk menolak tabung derma atau ada kanak-kanak lalu di setiap saf mengutip derma akan menyebabkan fokus para jemaah pada isi khutbah akan terganggu. Ini boleh menyebabkan pahala dan keberkatan Jumaat hilang kerana mendengar khutbah adalah antara rukun solat Jumaat. Jika terkurang satu, amatlah rugi Jumaatnya hari itu. Tidaklah salah untuk menderma tapi bukannya sewaktu khatib sedang berkhutbah, kerana adalah lebih baik dilakukan sebelum atau selepas solat Jumaat tersebut. Wallahualam..





Sekian, disampaikan oleh budak surau Kampung Melayu Majidee. Bukan Ejai. Selamat berpuasa!


Sunday, August 15, 2010

Sodap

Lagu dari Perancis yang aku suka beat dan bunyi biolanya. Layan ajelah. Nak update cerita lain malas..Haha


Thursday, August 12, 2010

Jurnal Kembara 4: Satu Hari Di Singapura

Agak lama aku terlantar di ruang belajar aku sehingga tidak punya peluang untuk menghidupkan blog ini. Jadi, di kesempatan ini, aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan jangan lupa semayang Subuh lepas sahur. 

Beberapa minggu lepas, aku ditugaskan ke Singapura untuk mencari bahan baru untuk segmen Jurnal Kembara setelah sekian lama asyik ronda Malaysia je. Haha. Sebenarnya aku ke sana untuk lawatan sambil belajar. Belajar melihat negara orang dan menghayati keindahan tempat lain.


Teruja memohon pasport di pejabat imigresen PKNS



Busy sumbat beg dalam bas. Entah bawak ape entah padahal 1 hari je


Kami bertolak seawal pukul 1 pagi untuk bajet sampai Gelang Patah tepat-tepat waktu subuh dan boleh start jalan-jalan awal pagi. Dan memang sampai sana lebih kurang area pukul 6, dapatlah kami berjemaah sama-sama di R&R Gelang Patah. Setelah lepak-sambil-minum-dan-juga-mandi apa semua, kami pun meneruskan perjalanan ke kompleks imigresen. Memang aku rasa teruja sebab tak pernah ke oversea. Paling jauh oversea pun ke Penang je. Takpun Pangkor.


Kami guna link kedua sebab drebar bas cakap tambak jem



Panorama melalui Link Kedua


Takyah cerita banyak, first tempat kami sampai di Singapura adalah Jurong. Jurong ni nama asalnya jerung. Tapi sebab lidah orang putih pelat menyebut, jadilah Jurong. Jurong ni jugak adalah kawasan perindustrian sebenarnya tapi disebabkan taknak nampak sangat kawasan industri, maka dibina satu taman yang dipanggil Jurong Bird Park. Oh ya, kami dibekalkan dengan sorang tourist guide dari kalangan wanita moden di sana. Sungguh rajin dia bercerita mengenai sejarah Temasek walaupun ada fakta dia yang macam bercanggah dengan apa yang aku belajar. Mungkin paksi sejarah direka-reka mengikut acuan tempat tersebut supaya nampak hebat dan gah.

Kawasan industri Jurong




Ni area Jurong gak kot



 Lagi besar dari Melaka punya. Takde kena tarik macam Melaka punya


Selepas tu, kami lalu area Geylang Serai dan Marina Bay punya tempat. Dekat Singapura, kebanyakan jalanrayanya adalah dalam 3 lorong dan takde satu pondok tol pun aku nampak. Tapi dengar khabar, kalau nak gunakan jalanraya, kena bayar cukai yang agak tinggi. Mungkin sebab tu jalan nampak lengang. Setelah asyik meninjau dari atas bas je panorama kat sana, akhirnya dapat juga membetulkan pinggang dan mengeliat di hentian pertama di Chinatown. Kat sini bukan ada pun, ada kuil besar je yang tengah ada sesi baca-baca dalamnya. Lepas tu, ada satu market besar yang aku tengok sebijik macam dalam Phua Chu Kang. Dalam tengah mengejar masa, aku dan beberapa member sempat menyinggah di tandas awam. Di sini, mana ada guna paip. Semuanya guna flush je. Pastu ada tisu. Pandai-pandailah basuh camne.


Mana ada paip air. Kalau tak suka, tahan jela...



Sini semua lorong 3 line tapi tu pun takde jem




Tourist guide kata Hotel Raffles ni adalah hotel tertua di sini




Rasa macam kat Jepun pun ade




Tiang tu namanya tugu 4 bangsa sempena Perang Dunia Kedua lalu




Tokong Buddha di Chinatown


Kalau tadi Jurong daripada jerung, Geylang pulak asalnya daripada kilang dan Changi daripada cengal. Semua ni nak nampak komersil dan ada nampak nilai-nilai kapitalis kat situ memang terserlah. Next stop adalah Kampung Gelam di mana tempat ni dikatakan tempat peninggalan kaum Melayu. Maksud aku peninggalan warisan dan budaya Melayu. Memang jadi satu tempat pelancongan yang menarik. Aku terpikir juga, kot-kot cara pembangunan dia boleh diaplikasikan di Kampung Baru, Kuala Lumpur selain dari jadi tempat makan nasi lemak je. Kat sini, dapatlah jugak aku beli-beli souvenir sikit untuk dibawa pulang. Boleh kata murah jugakla di sini. Kalau tak convert duit Malaysia la bai.


Panorama dari Taman Merlion



Binatang ni la yang Sang Nila Utama jumpa



Bangunan yang macam ada kapal kat atas tu memang smart



Nilah makanan tengahari yang dipanggil Nasi Sambal Goreng. Sedap beb...


Dan demi memendekkan jurnal ni, kami pun singgah di Sentosa Island sebagai pitstop yang terakhir. Kat pulau buatan ni, memang dibina khas taman tema yang menempatkan juga Universal Studio di mana aku hanya dapat lalu depan jela. Kat Sentosa ni, aku berpeluang naik Skyride yang macam kereta kabel tapi kena duduk macam bangku panjang dan main satu permainan baru yang dipanggil Luge. Luge ni berkonsepkan kereta ala-ala go-kart tanpa enjin yang meluncur dengan menuruni bukit. So, kena pandai kawal stereng dan main brek la. Melihatkan aku mengambil lap laju gila sambil cecah tangan (sebab macam dah nak terbalik), brader-brader jaga kat situ usha macam tak puas hati je.


Satu lagi binatang pelik di Pulau Sentosa tapi lagi besar


Dengan dollar yang dah hampir nak menyusut, kami ke show terakhir kat Sentosa untuk malam tu yang dipanggil Songs of the Sea. Persembahan yang menggunakan pancaran laser ke pancutan air dibuat di tepi pantai dengan props rumah-rumah usang dipacak kat pantai tu. Lebih kurang macam drama jugak dengan permulaan persembahan ada pantomin yang macam mengarut je. Yang menarik tu pancutan air warna-warni je.


Main Skyride di pulau buatan




Pulau Sentosa antara tempat yang mesti dilawati jika singgah di Singapura. Fuh,macam iklan.



Persembahan air dan laser Songs of the Sea


Bila jam dah menunjukkan pukul 11 malam dan kami pun dah nak gerak balik ke Malaysia, maka lengkaplah perjalanan satu hari kami ke Singapura. Nak cerita, memang tak puas jalan-jalan satu hari tapi kalau pandai guna betul-betul 1 hari tu memang sedap.

 Dari pengamatan aku, antara point-point yang aku rasa best di sini adalah:

- Jalan semua 3 lorong. Takde tol tapi dikenakan bayaran untuk masuk bandar supaya kereta kurang di jalanraya. Orang akan guna public transport. Di sini, pengangkutan awam memang terbaik. Setiap 5 minit ada je bas. Kalau takde bas, guna teksi yang berlambak gile. Kalau teksi pun lu orang taknak naik, naiklah MRT.

 Walaupun nampak buruk tapi ada GPS


- Kualiti kebersihan memang tiptop. Susah nak jumpa daun-daun kering kat tepi jalan. Sampah lagilah, memang tak jumpa la. Bangunan-bangunan dan flat perumahan pun tak berlumut dan semua nampak macam baru cat.

 Area Geylang tempat terletaknya flat-flat perumahan kos rendah


- Bangunan lama dibela. Bukan runtuhkan macam yang terjadi pada Penjara Pudu. Ni semua dasar kapitalis.

- Singapura sudah mulakan program penanaman pokok semenjak dari tahun 70-an menurut tourist guide. Tak heranlah, jalan kat sana redup je. Kalau kat negara kita, DBKL memang rajin potong dahan dan ranting sampai botak bersandarkan alasan taknak bagi dahan jatuh.


Mana-mana ada je pokok di tepi jalan


- Singapura juga sudah bersiap sedia menghadapi perang nuklear apabila telah membina terowong yang boleh menempatkan berjuta-juta orang di dalamnya.

Macam terowong Smart tapi boleh tahan bom nuklear


- Jangan main rasuah (takde kaitan tapi kena sebut jugak).


Pendek kata, bukan senang nak dapat peluang melancong dengan kos murah macam ni. Kadang-kadang ada benda yang dapat kita ambik dan belajar daripada negara orang supaya dapat dijadikan teladan dan panduan buat kita jugak. Tak bermakna yang hebat tu bagus tapi tak bermakna jugak yang bagus tu hebat. Jadi,aku harus hargai pengalaman yang aku timba ini. Sekian, dan jangan lupa cuba murtabak Singapore.

Tuesday, July 27, 2010

Pengalaman Pagi Ahad

Aku matikan enjin. Aku menongkat motor setelah diminta turun.

" Mintak lesen..," pegawai yang tampak muda itu memulakan bicara setelah lama aku berdiri dan menunggu.

Aku mengeluarkan dompet dari poket lantas aku tunjukkan lesen L aku. Sambil itu aku berkata, "Saya lesen L je bang," jawabku jujur memandangkan aku tidak menampal L pada motor.

Pegawai polis muda itu hanya diam sambil meneliti lesen L aku. Dilihatnya keseluruhan motor yang aku tunggang ibarat mengesyaki motor itu motor itu curi. Aku rilek-rilek je sebab dia macam tak kisah pasal pelekat L tu.

"Tengok road tax dik...,"

Aku dah mula berdebar. Memang cuak. Aku perlahan membuka bahagian tempat duduk kerana cukai jalan terletak di dalamnya. Brader polis tu usha-usha cukai jalan tu tanpa menyentuhnya. Mula-mula dia tengok sekali imbas tapi kali kedua dia tengok lama sikit.

"Dah mati ni dik..," katanya sedikit tegas selepas kali terakhir cukai jalan tu hidup adalah pada Mac lalu.

" Bang, saya dalam perjalanan nak amek training motor ni. Ni motor member ni. Bukan motor saya, "

"Ko nak aku saman ko tak?" panggilan adik tadi terus bertukar kepada ko.

"Jangan bang. Saya student lagi. Mana ada duit ni," aku buat-buat nada merayu padahal dah cuak gile.

"Tengok student pass ko...," mintak brader ni. Aku agak student pass ni kad matrik la kot. Aku pun terkial-kial keluarkan kad matrik aku sampai siap tersangkut-sangkut kat compartment dompet lagi. Aku agak brader ni dah boleh nampak aku punya tangan ada goyang-goyang.

Brader ni belek-belek kad matrik aku lama je.

" Okla..jalan..," fuhhh, ayat ni yang aku tunggu sekian lama.Berbunga-bunga je.

Aku tanpa segan silu terus kickstart motor dan belah dari situ. Dalam hati aku cakap...

"Cepatlah lesen siap woi!"

Monday, July 26, 2010

100% Halal

Apa kecoh-kecoh pasal nak pakai jugak jersi lambang syaitan dan salib. Pakai jer yang ni, 100% halal. 





 Takde keraguan.

Tuesday, July 20, 2010

Jika Sehari Ada Tujuh Minggu

Alhamdulillah sekarang semuanya yang aku rancangkan dalam hidup hampir berjalan dengan lancar. Walaupun mungkin perit sikit mula-mula tapi insyaallah untuk jangka masa panjang akan memberi pulangan yang baik. Itulah yang aku harapkan.  Ada masa aku ceritakan.

Mungkin susah sikit untuk berblogging sekarang memandangkan aku sudah berada di tahun akhir dan macam-macam benda nak kena setel. Final year project la, nak kena buat eksperimen welding la, nak itula, nak inila. So, mungkin masa di sini akan menjadi terhad. Apapun, ingat sabtu ni nak layan puisi la. Tapi boleh ke budak Jayzuan ni berpuisi, pasal aku pun belum pernah tengok dia ni berpuisi. Asyik bergadis elektrik adela. Haha.



Kalau nak dengar cerita yang tak mengantuk, try pegi...



P/S - Dengar cerita Singapura hari tu banjir. Harapnya nanti tak la....

All posters credit to http://waafee.blogspot.com/

Monday, July 12, 2010

Gerak Hati



 Menang 1-0 je setiap game start dari 2nd round boleh julang piala


Terus terang sebelum Piala Dunia bermula lagi, memang takde dalam nawaitu aku yang Sepanyol akan menjadi juara Piala Dunia tahun ni walaupun mereka memenangi Euro 2008 sebelumnya. Kekalahan kepada Switzerland pada perlawanan pembukaan seakan mengiyakan telahan aku. Tetapi, skuad muda Spain ini membuktikan yang masih ada pasukan yang kalah pada perlawanan pembukaan akan menjuarai piala berprestij ini. 



Bukan aku meragui keupayaan skuad 'La Furia Roja' ini tapi bersandarkan permainan mereka yang agak kurang meyakinkan untuk memecah masuk tembok kebal pasukan-pasukan gergasi lain menyebabkan aku meletak harapan pada 7 pasukan lain yang pernah memenangi Piala Dunia sebelumnya. Sangkaan itu agak meleset setelah satu persatu pasukan - pasukan gergasi tumbang terutamanya kedua-dua finalis 4 tahun sudah, Itali dan Perancis di peringkat kumpulan lagi. Maka, setelah Spain menjejakkan kaki ke suku akhir barulah aku yakin dan gerak hati aku memilih Spain akan dinobatkan sebagai juara tahun ni. Tak caya? 

Betul tak aku tulis?Haha


Spain - Belanda

Sebenarnya, aku berbelah bagi untuk perlawanan pagi tadi kerana kedua-duanya memang aku minat. Aku minat Belanda sejak zaman Bergkamp lagi. Manakala Spain aku baru je amik port sejak Morientes main pada tahun 2002 lalu. Jadi, untuk perlawanan ini, aku menyokong penuh Belanda kerana kelibat Arjen Robben menari-nari dengan bola begitu menarik hati aku. Tambahan pula, Spain tidak memasukkan playmaker sebenar mereka pada malam tersebut lebih awal iaitu talisman Arsenal, Cesc Fabregas. Lebih malang lagi, banyak keputusan pengadil berat kepada Spain. Jadi, aku lebih bersimpati kepada pemain-pemain Belanda yang bermain bermati-matian malam itu cuma tiada luck bersama mereka apabila larian-larian Robben dinafikan Casillas. Apapun, mereka berhak menerima pujian atas satu persembahan cemerlang dan aksi-aksi menarik yang disajikan sepanjang kempen ini. Tahniah Spain dan kredit kepada Belanda. Juga tahniah kepada Mueller yang memenangi dua anugerah FIFA, Pemain Muda Terbaik dan Pemenang Kasut Emas. 


Piala Dunia kali ni ada ceritanya sendiri seperti tahun-tahun sebelumnya. Capello, Vuvuzela, Jabulani, Mueller, Paul the Octopus, Subkhidin, tasbih Maradona, gol Lampard dan macam-macam lagi adalah antara warna perencah bagi edisi kali ni. Mungkin tak sehangat dan sepanas sebelum-sebelumnya tapi masih terasa.

Jumpa lagi di Brazil 2014!!

Sunday, July 11, 2010

Semalam dan Hari Ini

Mempertahankan tempat ketiga bukan mudah


Sementelah Paul si sotong membuat 'tekaan' bahawa Jerman akan menang tempat ke-3, maka puak-puak Uruguay pun merentang kain tertulis menu sotong panggang semasa perlawanan Jerman - Uruguay pagi tadi. Hakikatnya, nyawa Paul memang akan berada dalam bahaya jika dibawa melancong ke Uruguay ataupun jika terlepas ke laut Uruguay. Sebelum ni, warga Jerman mengugut mahu menjadikannya sotong masak lemon setelah kekalahan kepada Sepanyol tempohari. Nampaknya, mereka mungkin menarik balik ugutan itu selepas perlawanan pagi tadi. Dan angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan gosip liar bahawa Paul merajuk dan mungkin final ini adalah 'ramalan' terakhirnya. Lagipun, beliau pun belum berkahwin. Eloklah cepat-cepat cari calon, mana tahu ada pengganti kelak. 


 Mueller: Emerging talent of Germany


Mengenai perlawanan pagi tadi yang aku tontoni antara jaga dan tidur (asal gol je aku terjaga sebab member menjerit), Thomas Mueller idola aku berjaya menjadikan jumlah jaringannya kepada 5 untuk Piala Dunia kali ni. Satu pencapaian baik bagi anak muda yang hanya baru berusia 20 tahun dan bermain pertama kali untuk Piala Dunia ini. Diego Forlan yang sebelum ni hancur di Manchester Utd, agak menyinar di kejohanan kali ini sehingga disenaraikan dalam calon Golden Ball FIFA. Anugerah untuk pemain yang "berdiriluar" atau bahasa Inggerisnya, outstanding. Pada usia 31 tahun mungkin terlambat baginya untuk meniti era keemasan sebagai seorang pemain bolasepak namun Piala Dunia 2010 ini boleh dijadikan kemuncak bagi karier beliau dan penutup gemilang untuknya di persada bolasepak antarabangsa. 

Bye-bye Lan


Mengenai perlawanan final pagi nanti antara Holland dan Spain, kedua-duanya menjadi faveret aku. Kerana apa? Kerana ada 2 pemain Arsenal bagi setiap pasukan. Holland ada Van Persie dan Spain ada Fabregas. Jadi, aku tak kisah siapa juara. Cuma, aku rasa elok kiranya Spain yang menjadi juara sebagai ganjaran permainan menarik mereka. Lagipun, kita perlu hormat pada pilihan Paul. Sekian, selamat menonton.

Wednesday, July 07, 2010

Paul The Octopus

Pasukan Belanda kini sudah selamat melabuhkan punggung di Hotel African Pride Melrose Arch di bandar Johannesburg yang menjadi tempat letaknya Stadium Soccer City iaitu gelanggang final tahun ini. Apa yang menarik di bandar ini adalah Nelson Mandela yang pernah dipenjarakan di Penjara Robben(?) sewaktu zaman Apartheid menetap di Vilakazi Street di pekan Soweto. 

Tempat lepak Arjen Robben dan Wesley Sneijder menjelang final nanti


Manakala, untuk game separuh akhir pagi esok, Germany berentap dengan Spain. Paul si sotong yang berusia dua tahun telah bulat hati memilih Spain sebagai pemenang untuk perlawanan malam ni. Hebat sangatkah Paul si sotong ni? Pandai sangat ke dia meramal pasukan ibarat bookie berjudi? Dan yang paling penting, tererkah dia bermain bola dengan 8 kakinya?

Paul pilih Spain beb


Paul si sotong sebelum ni telah meramalkan Jerman tumpas di tangan Serbia di peringkat kumpulan dan ternyata benar. Si sotong ni juga telah meramalkan Jerman akan menumbangkan England dan Argentina di peringkat kedua dan suku akhir yang mana juga amat tepat. Maka, dengan memilih Spain sebagai pemenang pagi esok, adakah para bookie dan kaki judi semuanya sepakat memilih Spain untuk muncul sebagai pemenang? Mana aku tahu. Untuk makluman, semua game yang pernah si sotong ni ramal, 1 je tak betul itupun masa final Euro 2008 yang Spain menang walhal beliau ramal Jerman menang. 

Ah, khurafat semua ni. Tapi orang kata deria haiwan ni kadang-kadang lebih kuat dari manusia. Kalau tanya aku pulak untuk game Jerman dengan Spain, aku rasa Spain kot pegi.

Friday, July 02, 2010

Cerita Petang

Tadi aku beli pisang goreng. Beli 3 ringgit. Sedap sikit main Facebook sambil makan pisang goreng. Sebelah plastik pisang goreng ni ada air teh sejuk. Baki teh semalam tak habis, letak dalam peti sejuk boleh jugak minum petang-petang ni. Kalau pisang goreng ni cicah dengan air teh ni konfem la tak sedap ek. Cicah kopi guarana ok le kot. 




Facebook ni pun dah bosan pulak aku main. Sama je semua. Pegi stalk blog orang lagi best. Dapat idea sikit nak tulis ape. Kehkehkeh...

Gaji bulan lepas dah dapat tapi taktau la nak buat apa. Nak simpan semua ke atau nak belanja habis, aku pun taktau. Ingat nak buat beli motor. Senang sikit nak pegi kuliah. Asyik menumpang aje selama ni. Tensen pun ada kalau menumpang-menumpang ni. Aku kena ikut timing si penunggang. Kalau dia cepat ok lagi. Ni kalau dia lambat, mau aku layan Atashinchi dulu kat tv. Nak-nak mandi dekat sejam lebih. Angin woo..





Malam ni pulak Belanda lawan Brazil. Nasib baik McDonald ada HD. Boleh lepak pekena BigMac sebarang dua. Tapi umi aku pulak dengar cerita nak goreng burger malam ni. So, tak jadi la lepak McD. Lepak depan tv rumah lagi best bantai MakChicken. Result malam ni Brazil menang le kot walaupun darah Belanda aku kuat mengalir dalam diri. Ceh.
 
Google Analytics Alternative