Thursday, June 12, 2008

Ada apa dengan blog?

Soalan ini menerjah aku sejak akhir-akhir ini disebabkan oleh seseorang yang bertanya. Macam-macam menusuk fikiran lalu wujudlah pertikaian.

"Kau buat blog ni ada orang baca ke?"

"Apa motif kau buat blog ni kalau sekadar nak tulis cerita sendiri?"

Begitulah antaranya.Bagi aku blog ini sama seperti catatan diari.Dan 'diari' ini lain dari yang kita tulis kerana ia boleh dikongsi dengan orang lain.Aku peduli apa pun kalau takde orang nak baca blog ni.Tiada sesiapa yang rugi dalam hal ini.Aku dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati,apa yang aku lihat di sekeliling aku dan menilai perkara yang berlaku dalam hidup.Ini satu cara supaya kita dapat nilai balik diri kita untuk kita belajar dari kesilapan dengan berpandukan catatan blog.

Ada orang buat blog berkisar cerita peribadi,kisah politik,sukan,seni dan macam-macam lagi.Dan sejak kerajaan hilang 2/3 dalam PRU baru-baru ini,ramai pula blogger muncul macam cendawan tumbuh.Yang hairan bin ajaibnya,ada brader ni boleh mengutuk para bloggers dengan menuduh mereka sebagai pengancam keselamatan negara.Blogger hanya tahu menabur fitnah yang aku rasa dia cakap tak semua la kot.Takkan semua kot? Tup-tup brader ni skang dah blog sendiri siap ade webnet lagi.Adoyai.Dulu hang kata blogger ni penipu,la ni hang pun dah ada blog sendiri.Apa cer?Itulah namanya orang terdesak.Huhu.Lantak la dia.

Apapun,blog adalah medium terbaik untuk kita meluahkan segalanya(asalkan tidak mengancam negara).Kau orang nak buat blog pasal apapun,jalan jer meskipun tiada yang membacanya.Itulah keistimewaan blog.Hanya blogger sahaja yang faham mengenai warkah yang berkertaskan monitor skrin,bermata penakan keyboard.Jumpe lagi.

2 comments:

SaRaH said...

salam ziarah.. :)
btol tu, blog medium terbaik utk luahkan everything...
kalau dulu beliau kata blogger penipu, la ni dia pun penipu la kot, kan? :P

eJAI said...

salam..
thanks sbb sudi ziarah blog sy..
btul la kot ape yg awk ckp. skang nie die menipu dlm blog pula..hehe :p

 
Google Analytics Alternative